ALINS

0
2122

PROJEK ALIEN ARKIB ANGKER NEGARA

ALINS
oleh: MrHuzaifah

=========================

Malam itu suasana di Kampung Asahan tenang dan nyaman. Di hujung kampung terdapat sebuah rumah yang agak usang. Rumah itu di huni oleh dua orang adik beradik perempuan iaitu Maizura dan Alins, ibu dan ayah mereka telah lama meninggal dunia ketika kelahiran Alins. Semenjak itulah Maizura selaku kakak menjaga adiknya dari kecil hingga kini.

“Akak… Esok hari lahir Alins kan?” Tanya Alins iba-tiba.
“Iya Alins, kenapa?” sambil Maizura melihat dalam mata adiknya itu.
“Tiada apa. Maknanya esok umur Alins dah 10 tahun lah kan?
“Iya,”
“Tapi kenapa Alins tidak boleh pergi ke sekolah?”
“Bukan tidak boleh, tetapi kita tidak punyai wang untuk kamu ke sekolah”
“Ohhhh” balas Alins sambil tangannya sibuk menjahit anak patung yang di buatnya sendiri.

Maizura melihat sayu wajah adiknya. Dia sangat memahami apa yang adiknya lalui saat ini, tetapi demi keselamatan, dia terpaksa buat begitu. Kasih sayang Maizura kepada Alins tidak terhingga, adiknya itu dijaga dengan baik.

Setiap kali ulang tahun kelahiran Alins, Maizura akan teringat tentang ibu dan ayahnya. Dia masih ingat waktu itu jam pukul 2:15 pagi. Ibunya kesakitan akibat ingin melahirkan Alins. Tanpa berlengah ayahnya terus membawa ibu pergi kehospital, tetapi malangnya ketika dalam perjalan ke hospital, mereka telah mengalami kecelakaan jalanraya. Kereta yang dinaiki terbabas lalu menyebabkan ayahnya meninggal di tempat kejadian bersama ibunya. Alins terselamat kerana bantuan orang yang kebetulan melalui jalan itu.

Nama Alins diberi oleh ketua kampung, Maizura hanya mengikut sahaja apa yang ketua kampung katakan. Alins tidak bijak seperti kanak-kanak seusianya. Namun dia mempunyai satu kemahiran, iaitu membuat boneka. Dari mana datangnya kelebihan itu tidak diketahui oleh Maizura, tanpa belajar adiknya mampu mengahsilkan boneka-boneka indah. Cuma kesemua boneka itu tidak mempunyai mata dan terdapat lubang didadanya.

Pagi itu Alins sudah bangun awal pagi. Boneka yang di jahitnya malam tadi juga sudah siap. Maizura hanya membiarkan apa yang dilakukan oleh adiknya itu. Baginya sudah cukup baik jika adiknya diam dan sihat.

“Assalamualaikum…” Suara garau seorang lelaki memberi salam di hadapan pondok usang dua beradik itu.
“Waalaikumusalam…” Jawab Maizura sambil membuka pintu.

Kelihatan ketua kampung tercegat berdiri di hadapan rumahnya. Maizura keluar dari rumah lalu menghampiri ketua kampung. Dari raut wajah lelaki berusia 50-an itu, jelas melihatkan kebimbangannya, dengan keadaan mengah dan semput dia ingin menyampaikan sesuatu.

“Maizura. Kamu dengan adik kamu okay tak? Tanya ketua kampung apabila melihat Maizura sudah di hadapan pintu.
“Alhamdulillah, baik-baik saja tok” balas Maizura sambil menjengah Alins yag berada di dalam.
“Huhhhh..! nasib baikkk..” ujar ketua kampung apabila mendengar jawapan dari Maizura.
“Kenapa tok ketua?” Maizura pelik.
“Mari! Ikut tok”

Seperti biasa Maizura akan mengunci pintu dan tingkap rumahnya jika keluar meninggalkan Alins di rumah untuk membeli barang keperluan atau sebagainya. Tok ketua terkocoh-kocoh berjalan menuju ke sebuah rumah yang jauh dalam lingkungan 150 meter dari rumah Maizura.
Belum pun sampai di rumah itu,dari jauh Maizura dapat melihat jelas orang kampung berkumpul di perkarangan rumah. Sebaik sahaja sampai, Maizura lihat 4 mayat sekeluarga dalam keadaan sangat ngeri terbaring di ruang tamu. Kesemua mayat itu mempunyai sesuatu yang mencurigakan, iaitu setiap mata dan jantung mereka sudah tiada. Maizura teringat boneka hasil tangan dari Alins.

“Tak mungkin Alins mampu melakukan perkara ini” bisik hati Maizura.

Tok ketua kampung saling berpandangan dengan Maizura, seakan dia pun mempunyai persoalan yang sama iaitu “adakah Alins pelakunya?”. Namun persoalan itu hanya disimpan di dalam hati. Tidak terluah dek kerana tidak mahu mengecilkan hati Maizura.

Maizura bergegas pulang semula ke rumah, lalu terus mendapatkan Alins dan membelek-belek tubuh Alins. Setiap inci tubuh adiknya itu di teliti. Tiada apa yang ganjil, tiada kesan luka atau lebam kerana pergelutan. Dari apa yang dilihat tadi, keadaan mayat dan rumah menunjukkan berlaku pergelutan yang amat dasyat.

Apabila melihat keadaan Alins tiada apa-apa tanda mencurigakan, sedikit sebanyak melegakan hati Maizura. Maizura memandang ke arah boneka yang di buat oleh Alins. Jantung Maizura berdegup kencang. Rasa kepalanya melayang, dia terduduk sambil merenung dalam ke wajah adiknya Alins. Wajah comel gebu itu membuatkan hatinya rasa serba salah, kasih sayang terhadap adiknya teramat sangat.

“Alins…. Ada pergi mana-mana ke malam tadi?” Maizura memulakan pertanyaan.
“Tak ada akak, Alins kan tido je” balas Alins ringkas.
“Errrm….” Maizura tidak mampu menafikan.

Ketua kampung memanggil beberapa orang kampung untuk berbincang perkara yang telah menimpa kampung mereka. Untuk mengelakkan kejadian semakin teruk, ketua kampung telah bercadang untuk meletakkan beberapa orang pengawal. Malah pengawal-pengawal itu dipilih sendiri oleh ketua kampung.

Malam yang dinanti pun telah tiba, ketua kampung serta beberapa orang pegawal berjaga di setiap beberapa meter antara mereka. Mereka di sediakan wisel untuk kegunaan jika berlaku kecemasan.

Suasana malam itu sunyi, bunyi cengkerik dan riang-riang mengindahkan lagi suasana. Tiada tanda-tanda berlaku kejadian aneh atau merbahaya. Suasana tenang sehingga matahari terbit pagi itu, dan mereka semua pulang ke rumah dengan penuh ke syukuran.

“Assalamualaikum… Tok….” Tiba-tiba ada suara memanggil dari luar rumah ketua kampung.
“Waalaikumusalam” ketua kampung membalas sambil berlari anak keluar dari rumah.
“Tokk… mari cepat!” ujar si lelaki salah seorang yang turut berkawal malam tadi.

Tanpa berfikir panjang, ketua kampung terus menyarung kasut lalu bergegas mengekori si anak muda itu. Sehinggalah sampai di sebuah rumah, sudah kelihatan beberapa orang kampung. Ketua kampung melihat kedalam rumah. Lima mayat bergelimpangan, sama keadaan dengan mayat yang ditemui semalam. Mata dan jantung mayat hilang dari tubuh.

“Kita tidak boleh biarkan perkara ini!” Kata ketua kampung sambil termenung jauh.
“Tok..di beberapa buah rumah juga kami temui mayat, tetapi ada seorang budak terselamat!” tiba-tiba jerkah seorang penduduk kampung kepada tok ketua.
“Haaaaa! Mana yang selamat?” Tanya tok keua untuk menanyakan beberapa soalan.

Budak berumur 12 tahun itu di bawa kepada tok ketua kampung. Maka di soal oleh tok ketua tentang kejadian yang menimpa dan apa yang dilihat oleh budak itu.

Dalam keadaan ketakutan dan mengigil, budak itu menceritakan. Sewaktu mereka sekeluarga sedang tidur lena, tiba-tiba mereka di kejutkan dengan bunyi sesuatu barang terjatuh. Budak itu terus menyorokkan diri. Manakala ayah dan ibu serta adik beradik lain tidak sempat menyelamatkan diri. Makhluk itu bertubuh kecil, tubuhnya seperti manusia tetapi di pipi kiri dan kanannya mempunyai sesungut yang boleh memanjang dan memendek secara tiba-tiba untuk menyerang. Sesungut itu seakan ular yang hidup, menyerang setiap mangsa dengan pantas dan tepat. Kesemua serangannya tepat menuju jantung, dan apabila mangsa rebah, sesunggut itu akan mengorek mata lalu makhluk itu memakannya. Jantung pula di simpan di dalam sebuah bekas lalu makhluk itu meninggalkan kawasan dengan tenang dan hilang sekelip mata bagaikan halimunan.

Mendengar cerita budak yang terselamat itu, maka tok ketua yakin itu adalah salah seekor dari spesis Mateorasil. Makhluk itu tiada di bumi melainkan hanya seorang!

Beberapa anak muda di panggil ke rumah tok ketua. Kes kematian itu di berikan kepada pihak polis. Tok ketua tahu, pihak polis tidak akan dapat mengesan pembunuhnya dan mereka harus memberhentikan sebelum semua ini terbongkar.

“Jadi kita perlu bunuh?” Tanya seorang anak muda yang dipanggil dalam perbincangan.
“Iya! Kia harus bunuh sebelum dia melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita!” ujar tok keua kampung tegas, tanpa ada belas kasihan.
“Tapiii..” seorang lagi anak muda cuba memberi pendapat, namun terhenti apabila di tenung tajam oleh tok ketua kampung.

Mereka menunggu waktu senja, kerana pada waktu itu. Makhluk sepsis Mateorasil lemah dan mudah untuk mereka menyerang dan menangkap. Makhluk ini boleh menjadi halimunan. Maka mereka harus berhati-hati dan lebih bahaya adalah sesunggut mereka mampu menyerang dalam jarak jauh.

Senja sudah pun menjelma. Suasana kampung sedikit tenang walaupun dari pagi hingga tengah hari tadi kecoh dengan kehadiran pihak polis dan beberapa unit lain. Kini mula reda, dan mereka harap esok tidak akan muncul lagi kisah pembunuhan kejam itu lagi, kerana sudah hampir 20 orang mati dalam masa dua hari.

Maizura sedang leka masak untuk makan malam, tiba-tiba rumahnya di serang oleh sekumpulan makhluk mempunyai tubuh bersisik seakan ular. Mata makhluk itu berwarna biru terang dan bercahaya. Kumpulan makhluk itu diketuai oleh seekor makhluk yang mempunyai perbezaan dari segi warna kulit dan bentuk yang lebih besar.

Melihat keadaan itu serta merta Maizura turut berubah wajah. Kulitnya yang lembut bertukar menjadi bersisik. Matanya turut menjadi warna biru, dia cuba mempertahankan adiknya. Dia tahu makhluk-makhluk itu dating untuk membunuh adiknya.

“Errriiighhhhhhhhhh…errriiiggghhhhh” tiba-tiba Alins menjerit seakan seekor binatang dan mereka tahu bunyi itu adalah makhluk Mateorasil.

Beberapa makluk berisik dengan pantas menerkam kea rah Alins untuk menangkap dan mengelakkan dari dia berubah wajah. Maizura cuba menghalang namun pantas di tangkap oleh ketua mereka. Wajah Alins sudah mula berubah, dipipi kanan dan kirinya perlahan-lahan mengeluarkan sesunggut. Ternyata selama ini sangkaan mereka adalah benar. Maizura terduduk kelu melihat perubahan adiknya. Dia tahu adik kesayangnya bakal dibunuh. Beberapa makhluk lagi terus menangkap sesunggut Alins untuk mengelakkan ia menyerang.

Wajah dan bentuk tubuh Alins sungguh berbeza. Maizura tahu ini adalah spesis dari ayahnya. Tidak disangka Alins mengikut 100% dan tidak dapat mengawal jiwanya.

Alins dibawa ke sebuah pergunungan yang agak jauh dari kampung, disitu mereka akan membunuh Alins demi keselamatan mereka yang menumpang di muka bumi. Mereka harus jaga kehadiran mereka supaya tidak di hidu oleh manusia dan sebenarnya kampung itu hampir 70% adalah makhluk seperti mereka termasuk ketua kampung. Mereka datang dari angkasa lepas dan membuka perkampungan di muka bumi sehinggalah sudah mempunyai anak.

“Alins! Maafkan akak” Maizura memegang tubuh badan Alins, air matanya mengalir lembut.
“Errigggggghhh..errrigghhh..” Alins berbunyi, namun tidak langsung difahami oleh Maizura.
“Jika kamu tidak boleh melihat, baliklah kerumah dan berehat” ujar ketua kampung kepada Maizura.
“Tidakk!, waktu kelahirannya tidak dapat saya lihat. Sekurangnya kematiannya biarlah saya melihat” kata Maizura sayu.
“Baiklah” balas ketua kampung sambil memandang kearah Alins.

Salah seorang dari lelaki tadi memegang atas kepala Alins, kelihatan perlahan-lahan keluar satu cahaya berwarna seakan hijau kebiru-biruan. Cahaya itu membakar setiap inci tubuh Alins. Maka meronta-ronta Alins kesakitan dan akhirnya hanya tinggal debu mengantikan diri Alins. Maizura terduduk melihat segalanya. Dia berharap semuanya adalah mimpi ngeri hidupnya.

Setelah sebulan kejadian itu berlaku. Kampung mereka sudah menjadi aman dan damai semula. Namun Maizura telah membawa diri ke tempat lain. Alins hanya tinggal kenangan. 10 tahun di jaga dengan baik namun keadaan memaksa untuk dia kehilangan Alins selama-lamanya.

=========================

ALINS
oleh: Mr.Huzaifah

SHARE
Previous articlePLANET SUNTOI
Next articleKAU, PERCAYA?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here