FORENSIK

3
1015

Tahun lepas. Isma perlu melakukan tugasan pemangkuan di Jabatan Forensik atau dikenali sebagai bilik mayat. Disebabkan Isma terkenal dalam kategori ‘penjemput’ rezeki maka minggu itu memang beliau akan kerap ‘menjengah’ ke bilik mayat tak kira masa.

Bukan tak pernah jam tangan masih bersisa otak mayat hasil post mortem dibawa pulang. Mungkin tak perasan ada tertinggal sedikit semasa membersihkan tangan kot.

Disebabkan hanya perlu collect body dan hantar ke forensic maka Isma tidak memerlukan bantuan PPK. Kata Isma, bukan susah, buka peti. Letak label. Isi dalam buku. Siap.

Tapi malam itu, sunyi sesunyi-sunyinya. Laluan dari wad 5 ke bilik mayat terasa sepi. Tiada bunyi cengkerik menemani kecuali tiupan dingin angin malam yang bertingkah dengan bunyi roda dari troli yang ditolak oleh Is itu. 

Baca juga : Blind Date

Walau bagaimanapun, Is tidak mengendahkan keadaan tersebut. Cuma kadangkala perasaannya terganggu apabila merasakan ada ‘orang lain’ yang ikut menemaninya. Lebih-lebih lagi apabila merasakan troli yang ditolaknya seakan memberat dari sebelumnya. 

Sampai sahaja di bilik mayat. Beliau memasukkan 6 ‘body’ itu kedalam peti yang telah tersedia. Kemudian kehadapan untuk mengisi beberapa perkara berkaitan simati di dalam buku dan form. Tiba-tiba…

Gedegang!!!

Bunyi pintu peti seolah dibuka dan ditutup dengan kuatnya..Terkesima dan terhenti seketika pekerjaannya.

Lantas Isma berkata, “Ye. Jap lagi aku baliklah. Aku siapkan sikit kerja ni. Nak berkenalan dengan kawan baru ke. Sabarlah. Sabar!.”

Terus terhenti semua bunyi bising tersebut. 

‘Hurm. Berhenti pun. Harap-harap ni la yang terakhir malam ni. Tak larat dah nak kena kacau.’

Krekkkkk…

Bunyi pintu penghubung antara pejabatnya dan bilik sejuk terbuka. Terasa naik semua bulu roma yang ada. 

Terlihat tag ‘putih’ milik body tadi terletak di lantai betul-betul dihadapan pintu.

“Eh, macam mana boleh tercabut. Takde buka pula ikatan kaki dan kepala dia.”

Isma tertanya di dalam hati. Tag nama itu sama dengan nama yang sedang ditulis oleh Isma!

“Ish, dia dah start nak main-main ni. Tak boleh jadi. Kena balik cepat. Haru kalau dia ikut sampai rumah.”

Laju sahaja Isma menyiapkan kerja yang tertangguh tadi. Tanpa menoleh. Terus keluar untuk mendapatkan motorsikalnya yang terparkir elok di depan bilik mayat itu.

Sekilas pandangan dialihkan ke pejabatnya yang memang boleh kelihatan dari luar. Sesuatu sedang melambainya pulang. Seolah tidak sabar mahu memulakan sesi perkenalan dengan rakan yang baru sahaja mengisi tempat kosong sebentar tadi.

 

SHARE
Next articleBILIK 314

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here