GANGGUAN DI HOSPITAL

0
204

GANGGUAN DI HOSPITAL
KIRIMAN: @Jubah Kosmetik Raya / Pena Anak Sarawak

=============================
Nama aku Dena. Bukan nama sebenar. 

Kisah yang aku nak ceritakan ni berdasarkan pengalaman yang aku dan kakak aku sendiri alami, waktu kami menjaga arwah ayah di hospital beberapa tahun lepas.

Arwah ayah dikejarkan ke sebuah hospital di salah sebuah daerah Bumi Kenyalang. Tak perlu la aku sebutkan hospital mana.

Jarak hospital dan rumah kami yang agak jauh menyebabkan aku,ibuku dan kakakku membuat keputusan untuk bermalam di hospital tersebut dan bergilir-gilir menjaga ayahku yang sakit.

Keadaan di hospital tersebut pada waktu malam agak sunyi. Malam pertama aku dan kakakku pulang ke rumah terlebih dahulu untuk mengambil barang keperluan. Jam waktu itu menunjukkan pukul 1.00 pagi. Suasana sekeliling agak gelap dan sunyi.

Kami berdua memasuki pintu lif dan menekan butang tingkat satu. Bila perut lif terbuka, kami berdua terus melangkah keluar.

Terperanjat kami, apabila kami berada di tingkat bawah sekali – di kawasan tempat letak kenderaan. Lantas, aku dan kakakku berlari masuk ke dalam lif dan menekan kembali butang tingkat satu.

Pintu lift terbuka kami berada di ruang legar hospital, tempat tujuan kami.

Kami berdua melangkah dari lif, mencari pintu utama hospital terbabit. Namun, semakin jauh kami berjalan, kami masih berada di hujung blok yang agak sunyi. Yang ada cuma pintu-pintu bilik yang terkatup rapat, dan sebuah katil yang berada di hadapan salah sebuah pintu di situ.

Aku mulai merasa seram sejuk dan mengajak kakakku berpatah balik. Baru aku mahu mengangkat kaki, tiba-tiba salah sebuah pintu elektronik yang agak jauh dari tempat kami berdiri terbuka dengan sendirinya, sedangkan tiada sesiapa berada di situ.

Aku dan kakakku melihat antara satu sama lain, cuak – dan mula membuka langkah seribu.

Nasib baik malam itu kami akhirnya berjaya mencari jalan keluar.

Itu pengalaman yang pertama.

Pengalaman kedua terjadi selepas beberapa minggu kami berada di situ. Rumah Anjung Kasih (tempat bermalam bagi waris yang melawat) yang disediakan pihak hospital penuh, jadi kami terpaksa bermalam di ruangan menunggu.

Malam itu, ada pesakit wanita yang meninggal dunia. Waktu itu kakak aku pergi ke tandas, dia memberitahu sewaktu di tandas – dia melihat ada kelibat hitam melintas di belakangnya dengan laju.

Kakak aku terus berlari keluar mendapatkan kami di ruang menunggu.

Sewaktu aku dan kakakku sedang makan di ruang menunggu terbabit, tiba-tiba terdengar suara halus seorang wanita memberi salam. Aku ketika itu hanya berdiam diri.

“Waalaikumsalam.” ujar kakakku tiba-tiba.

Aku ingatkan cuma aku seorang yang mendengar suara tersebut. Itu serba ringkas pengalaman aku dan kakakku di hospital tersebut. Pernah juga aku dengar kisah orang lain yang pernah menemui hantu tanpa kepala di lif hospital tersebut!

TAMAT

Suka Artikel Dari Kami?Jangan Lupa KLIK SHARE & Tinggalkan KOMEN Di Page Kami

Jangan Lupa Untuk Baca Artikel Artikel Lain DI SINI

SHARE
Previous articleDI SANTAU BUNIAN
Next articlePOKOK KETAPANG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here