GANGGUAN

0
878

GANGGUAN
FB: Ameera Zafeera
url FACEBOOK: https:// www.facebook.com/ameera.zafeera

================================

*Karya yang tidak disunting*

Dikala senja mula melabuhkan tirai diwaktu itu lah Hana baru berangkat pulang dari kenduri rumah Mak Cik Lin,”Mak Cik,Hana balik dulu ya.”sapanya sebelum pulang.”Ha,iya lah hati-hati masa balik,terima kasih tolong ya”balas Mak Cik Lin,Hana hanya mengganguk dan membalasnya dengan senyuman.Dia hanya berjalan kaki berseorangan di waktu itu oleh kerana rumahnya tidak lah jauh mana dari rumah Mak Cik Lin. Sambil melangkah pulang dia mengumam seorang diri “kenapa lah lambat sangat majlis Cik Lin ni habis nak dekat maghrib baru dapat balik”.Badannya terasa melekit dan juga letih.Untuk pulang ke rumah dia perlu melalui sebatang pokok nangka yang agak tua usianya.Sejak beberapa hari ini dia merasa ada sesuatu yang aneh dan tidak kena.Dia berasa tidak sedap hati.Namun gerak hati nya merasa sangat tidak enak pada waktu itu.

Tiba-tiba dia merasa bulu romanya berdiri tegak.Dia memandang keliling namun tiada apa yang dapat dilihatnya.Uish,kenapa rasa sejuk semacam ni katanya.Dia terus berlari ke arah rumahnya.Setibanya di rumah dia mengetuk pintu berkali-kali seperti orang kehilangan arah,ibunya membuka pintu dan memandang Hana dengan reaksi yang terkejut.”Kenapa ni Hana?” tanya ibunya.Dia hanya mengeleng kepala sambil tersenyum.Mukanya juga kelihatan agak sedikit pucat.Pada malam itu bermula lah semuanya.

Selepas selesai solat isyak bapa Hana,Cik Mad pun pulang ke rumah.Cik Mad terus duduk bersila dan menyambung semula kerja menyirat jaringnya itu memandangkan jaring lamanya telah rosak.Tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk dua kali dengan bunyi yang sangat kuat,kerana bunyi ketukan yang kuat itu Cik Mad yang sedang leka menyirat jaring terus bangun dan membuka pintu,alangkah terkejutnya Cik Mad apabila tiada orang diluar hanya kepekatan malam yang menemani serta bentuk tapak tangan yang ada di pintu luar rumahnya.

Di waktu yang bersamaan,Hana tiba-tiba ketawa dan berkata”terima kasih bagi masuk”dengan nada yang agak mengerikan.Cik Mad tergamam dengan keadaan Hana yang terjadi secara tiba-tiba itu.Cik Mad tidak berlengah setelah melihat keadaan anaknya itu.”Yah,pergi panggil Ustaz Zairi sekarang!.Ada yang mengacau anak kita ni”.ujar Cik Mad kepada isterinya.Isterinya mengangguk tanda memahami arahan suaminya itu.Cik Mad melihat anaknya yang masih lagi sedang tertawa dan mula menyisir rambutnya itu.

Tidak lama setelah itu Ustaz Zairi pun sampai,semasa Ustaz Zairi diperkarangan rumah dia hanya mengelengkan kepala nya.”Kenapa Ustaz?’tanya Cik Yah.Ustaz Zairi hanya menunjukan isyarat agar mereka masuk ke dalam rumah terlebih dahulu.Ramai penduduk sudah pun mula berkumpul di situ .Sewaktu Ustaz Zairi melangkah masuk ke dalam rumah,Hana serta merta menangis tersedu-sedu dan behenti menyisir rambutnya.

“Assalamualaikum,Kenapa kamu menganggu dia”Ustaz Zairi memulakan bicaranya.Hana masih lagi menangis tanpa menjawab.”Saya tanya sekali lagi kenapa mesti kamu menggangu dia dan masuk ke dalam tubuh dia”kata Ustaz Zairi dengan nada yang lebih tinggi.Hana berhenti menangis dan merenung ke arah Ustaz Zairi ,”Saya tidak ada kawan,kebetulan dia lalu dan saya suka melihat dia,saya suka rambut dia”jawabnya.Ustaz Zairi bertanya lagi”kamu berasal dari mana?.”Pertanyaan itu tidak dijawab,Hana meneruskan menyisir rambutnya.”Aku sarankan baik kamu tinggalkan tubuh badan dia sebelum aku memusnahkan kamu dengan ayat-ayat suci Allah.”Ustaz Zairi bertempik.Hana tidak menghiraukan tempikan Ustaz Zairi bahkan dia mula menyanyi mendayu-dayu.

Hana secara tiba-tiba menjerit ketakutan,”Abah datang,Abah datang.Aku takut,tolong aku”.Cik Mad dan Cik Yah terkejut dengan jeritan anak tunggal mereka itu.Ustaz Zairi dapat merasakan sesuatu yang tidak elok datang menghampiri.”Baiklah,aku akan berjumpa dengan abah mu”.kata Ustaz Zairi kepada Hana.Ustaz Zairi mengarahkan Cik Mad untuk mengikuti nya.Mereka menuju ke arah sebuah rumah kosong yang agak usang tidak jauh dari rumah Hana.Cik Mad berasa hairan dengan kehadiran mereka ke rumah usang itu kerana Ustaz Zairi tidak memberitahunya apa-apa pun mengenai tujuan mereka di situ.

“Aku datang hanya untuk berbincang dengan mu mengenai anak mu yang mengganggu Hana”Ustaz Zairi bersuara memecahkan kesunyian rumah usang itu.Cik Mad berasa aneh kerana dia tidak melihat kelibat sesiapa pun ketika itu.Dari satu sudut yang agak gelap muncul Tok Din yang entah dari mana datangnya.”Bukan aku yang menghantar dia,aku sudah lama halau dia,dia degil tak boleh dengar kata aku.Aku tak suka dia.”ujar Tok Din yang terkenal dengan ilmu berubat dikampung itu.Orang-orang kampung tidak lagi menggunakan khidmatnya kerana mengetahui kehebatannya mengubati penyakit dengan menggunakan ilmu hitam,namun bagitu masih ramai orang luar yang menggunakan khidmatnya.Sambungnya lagi”setahu aku ,dia hanya degil tidak mendengar kata aku,tidak pula aku tahu dia akan membuat kacau sehingga begini,kalau aku tahu begini yang akan jadi sudah lama aku bunuh sahaja dia”.

Ustaz Zairi memandang wajah Tok Din,”jadi sekarang Tok nak buat macammana,nak saya yang keluarkan dia atau Tok ambil dia semula.Tok Din terus ketawa dan dengan sinis berkata”dia bukan urusan ku lagi”sambil tersenyum.Ustaz Zairi menjawab”baiklah kalau itu keputusannya.Bertaubat lah Tok sebelum semuanya terlambat masih ada ruang untuk Tok”.Tok Din terus melangkah keluar dari rumah usang itu sambil berkata “benda tu datang hanya jika dia di seru,tak mungkin dia datang begitu sahaja”.Cik Mad memandang Ustaz Zairi dan berkata “diseru?”.

Ustaz Zairi dan Cik Mad kembali semula kerumah.Hana masih lagi ketawa dan menyisir rambutnya.”Ustaz saya suka dia ,saya diberi kebenaran sebab tu saya datang dekat dia”,ujar Hana.”Keluarlah kamu sebelum aku bertindak dengan cara yang akan menyakiti kamu”balasnya.Berubah reaksi muka Hana ketika itu”Bukan kah aku telah memberitahu kamu aku suka dia, kenapa kau mesti ganggu aku,pergi!”jerit Hana.Ustaz Zairi hanya tersenyum dan menjawab”baiklah kalau itu katamu,bersedia lah kamu”.

Ustaz Zairi memulakan bacaan rukyahnya, Hana mula merasakan bahang panas.Dia menjerit-jerit kesakitan.”Sakit,sakit,jangan ganggu aku”rintih Hana.”Jadi kamu mahu keluar dari tubuh badan ini atau tidak?’ujar Ustaz Zairi .Hana masih lagi tersenyum sinis walaupun sedang mengelupur kepanasan.Ustaz Zairi meneruskan bacaan sambil memicit ibu jari kaki Hana.Akhirnya Hana mengalah,”Baiklah aku mengalah,aku keluar sekarang,”.Hana terus rebah tidak sedarkan diri.Aneh bisik hati Ustaz Zairi.Cik Mad dan Cik Yah berlari mendapatkan Hana yang tidak sedarkan diri itu.”Terima Kasih Ustaz”ujar Cik Mad.

Ustaz Zairi masih lagi terfikir mengenai kejadian yang menimpa Hana,dia juga masih lagi berfikir apa yang dikatakan Tok Din kepadanya.”Pelik,mengapa mudah sekali urusannya,dan kenapa dia berkata begitu kepada aku”,Ustaz Zairi bermonolog sendirian.Manakala keluarga Hana sudah pun kembali seperti biasa.

Sebulan selepas itu.

“Ustaz tolong datang ke rumah saya sekarang ,Hana hilang suami saya tiba-tiba kerasukan,tolonglah ustaz”,kata Cik Yah yang datang tiba-tiba di rumah Ustaz Zairi.Ustaz Zairi dan Cik Yah bergegas menuju ke rumah mereka.Ramai orang kampung telah pun berada di perkarangan rumah mereka ketika itu.Cik Mad yang sedang ketawa itu berdiri menghadap penjuru dinding rumahnya sambil melukai tangannya sendiri dengan serpihan kaca yang dikutipnya entah dari mana.Ustaz Zairi terus membaca ayat-ayat rukyahnya sambil menuju ke arah Cik Mad.Cik Mad jatuh terduduk dikala bahunya disentuh oleh Ustaz Zairi.”Siapa kau,kenapa mengganggu manusia ini”ujarnya.Cik Mad mula menangis mendayu-dayu dan berkata,”aku disuruh,tuan aku yang mahukan semua ini”.Ustaz Zairi meradang lalu berkata”siapa tuan mu itu,apa urusan nya dengan hamba Allah ini”,sambil meneruskan bacaan rukyahnya itu.Cik Mad tidak menjawab soalan itu.

Ustaz Zairi meneruskan bacaan walaupun dikala itu tangan Cik Mad yang terluka masih lagi mengeluarkan darah.Ustaz Zairi memperkuatkan bacaan rukyah nya sambil berkata”keluarlah kau dari badan hamba Allah ini.”Ustaz Zairi cuba mengeluarkan makhluk itu dengan kadar segara kerana mengkhawatirkan keadaan Cik Mad.Bacaan demi bacaan ayat rukyah dialunankan,akhirnya berjaya dilakukan mengeluarkan makhluk yang mengganggu Cik Mad itu.Ustaz Zairi mengarahkan beberapa orang kampung agar membawa Cik Mad ke hospital.Cik Yah juga mengikuti ke hospital.

Tanpa berlengah Ustaz Zairi terus berusaha untuk mencari Hana pula.Dia duduk bersila sambil memejamkan mata dan menggunakan ilmu dalaman yang dipelajarinya untuk mencari Hana.Didalam alam separuh sedar itu Hana ditemui berada didalam rumah usang yang pernah dia pergi sewaktu merawat Hana ketika dahulu.Hana dilihat duduk di dalam sebuah bilik dalam keadaan menangis ketakutan,dia dijaga oleh makhluk yang berbadan besar,mempunyai taring dan bola matanya sangat merah.Hana menjerit meminta pertolongan setelah melihat kehadiran Ustaz Zairi.

“Kenapa kau mengurung dia disini,apa yang kau mahukan!”tempik Ustaz Zairi.Mahluk itu mendengus kasar lalu menjawab”tuan aku mahukan dia”.Ustaz Zairi menjawab “Siapa tuan mu,adakah engkau bersama dengan makhluk yang mengganggu Cik Mad tadi”.Makhluk itu hanya tertawa.”kau tidak akan dapat mengalahkan aku mahupun tuan aku,kau hanyalah manusia yang lemah.Lagi pun tuan aku menjanjikan aku perempuan ini sebagai habuan aku”.Ustaz Zairi terus membaca ayat-ayat suci untuk mengalahkan mahluk itu.”akan aku pulangkan semula apa yang tuan mu hantar kepada keluarga ini”bentak Ustaz Zairi.Mahluk itu mula mengelupur kepanasan kerana ayat-ayat suci yang dibaca oleh Ustaz Zairi ketika itu.Bacaan ayat tetap diteruskan meskipun pelbagai gangguan yang dialami oleh Ustaz Zairi.Akhirnya makhluk itu meninggalkan Hana dengan keadaan nya yang sudah separuh terbakar.

Ustaz Zairi tersedar semula ke alam yang nyata dengan peluh membasahi segenap tubuhnya.Penduduk kampung pula terpingga-pingga melihat keadaan Ustaz Zairi yang basah seperti baru lepas mandi.Ustaz Zairi terus mengarahkan beberapa penduduk kampung untuk pergi mengambil Hana di rumah usang tersebut.Hana ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.Penduduk kampung berasa hairan kerana menemui Hana di situ sedangkan sebelum itu mereka telah pun mencari di tempat yang sama.Ustaz Zairi pula menzahirkan rasa kesyukuran memuji kebesaran Nya kerana dapat menyelesaikan masalah Cik Mad dan juga Hana.

Setelah beberapa hari dari kejadian Cik Mad pun dibenarkan pulang ke rumah,Hana dan Cik Mad juga masih lagi melakukan perubatan secara islam untuk memulihkan diri mereka.Tok Din pula ditemui mati dengan cara yang mengenaskan.Jasadnya juga hanya ditemui setelah mula mengeluarkan bau.Walaupun hanya beberapa hari Tok Din meninggal dunia namun jasadnya sudah pun hampir mereput.Muka nya tidak lagi kelihatan setelah dimamah ulat-ulat yang memakan isi- isinya.Bau busuk menyelubungi segenap ruangan rumah Tok Din.Keadaan rumahnya pula seperti tidak pernah dihuni sesiapa kerana kelihatan begitu usang.Pihak polis menyatakan kematian Tok Din diklasifikasikan sebagai mati mengejut .

Yang lebih mengejutkan Cik Mad Dan Hana ialah ternyata perbuatan itu dilakukan sendiri oleh ibunya Cik Yah,kerana tidak sanggup lagi menjadi orang miskin dan inginkan kekayaan segera walaupun terpaksa menjadikan anaknya sebagai tumbal kepada keinginannya itu.Gangguan pertama yang Hana lalui adalah berpunca dari ibunya sendiri.Tanpa diketahui ahli keluarganya Cik Yah mula mempelajari ilmu hitam.Oleh kerana cubaan pertamanya untuk menjadi kan Hana tumbal tidak berjaya akhirnya dia memutuskan untuk meminta pertolongan dari Tok Din.Cik Yah dimasukkan ke hospital mental kerana perbuatan yang dilakukannya itu seperti sebuah karma kepadanya lebih-lebih lagi dia sendiri yang menjumpai mayat Tok Din ketika itu.Kini Cik Mad dan Hana telah pun berpindah ke tempat lain demi melupakan sejarah silam yang pernah dilalui mereka.

–TAMAT–

SHARE
Previous articleSETAN
Next articlePATUNG BERUANG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here