HEXAKOSIOIHEXEKONTAHEXAPHOBIA

0
1063

HEXAKOSIOIHEXEKONTAHEXAPHOBIA
Oleh: Asraf Shaari
https://web.facebook.com/mohd.asraf.71271

================================

“Puteri, kau ada mana ni? Mari teman aku kat rumah. Malam ni aku duduk sorang je.” Emilia berbual dengan rakannya melalui panggilan telefon.

“Aku ada dekat kampung ni. Takkan nak kejar mari kat sana. Sorry la wei, aku tak boleh nak teman. Hehehe…” Puteri yang berada dalam talian mengekek ketawa.

“Hmm… yeke? Okey la.” Emilia merajuk. Dia benar-benar kesal kerana enggan mengikut ibu dan ayahnya pergi bersiar-siar petang tadi.

Dia mendapat khabar bahawa kereta ayahnya rosak dan terpaksa dibaiki. Proses untuk membaiki itu mengambil masa juga dan mereka terpaksa menempah bilik hotel. Maka, tinggallah dia berseorangan pada malam ini.

Tidak lama kemudian, hujan lebat turun membasahi bumi. Suasana sejuk menyelimuti diri. Emilia mula berasa tidak sedap hati lantas dia membatu dirinya di atas sofa dan cuba melelapkan mata. Kebetulan pula internet tidak berfungsi dengan baik pada malam ini.

Sewaktu dia cuba melayan perasaan, dia mula terbayangkan sesuatu yang menakutkan. Bermacam-macam jenis lembaga menakutkan melintas di benaknya. Dia memejam mata dengan erat.
Bunyi deringan telefon memeranjatkannya. Dia tersentak lalu mengangkat t
panggilan itu.

“Kau ada kat rumah ke tu, Emi?” Puteri menyoalnya.

“Tak la, aku ada dekat kubur ni!” Emilia sedikit beremosi. Secara tidak sengaja dia menutur kata-kata kesat.

“Ala, marah ke? Relaks la beb. Aku cuma nak beritahu satu benda ni. Kau nak dengar tak?”

“Apa dia?”

“Waktu-waktu macam ni, agaknya elok kalau kau telefon seseorang.”

“Bodoh la kau ni! Habis sekarang ni aku tengah bercakap dengan siapa sekarang? Hantu?”

“Bukan macam tu, maksud aku kau telefon seseorang.”

“Telefon kau?”

“Bukan.”

“Habis tu?”

“Kau try tak call nombor ni…”

“Nombor apa?”

“666.”

“Nombor apa tu?”

“Kalau kau tekan dan hubungi nombor tu, bantuan akan sampai.”

“Maksud kau? Aku tak faham. Cuba cakap tu biar jelas sikit.”

“Maksudnya, akan ada orang temankan kau berbual.”

“Habis, kau tak boleh tolong aku berbual?”

“Aku nak tidur dah la bongok! Hujan ni best kalau tidur. Kalau kau takut sangat duduk sorang-sorang dalam rumah, call je nombor tu. Ada orang lain temankan kau berbual.”

“Tapi…”

Belum sempat Emilia mahu bertanya dengan lebih lanjut, talian ditamatkan. Perasaannya menjadi serba-salah. Semuanya menjadi tidak kena lebih-lebih lagi keadaan malam yang hampir tiba ke waktu puncak.

Pang!!!

Bunyi pinggan jatuh ke lantai dan pecah berderai kedengaran jelas. Bulu romanya mula mencanak naik.

Dia menyepikan diri di sofa sambil mengharapkan bunyi itu angkara seekor tikus. Belum sempat dia cuba menarik nafas lega, bunyi menderam kedengaran kuat sehingga menyebabkan dia menjerit sekuat hati tanpa henti.

“Arghhh!!!”

Dia cepat-cepat mendail nombor telefon rakan baiknya, Puteri namun gagal. Bunyi berdentum disertai kilat sambar-menyambar begitu menakutkan. Jantungnya hampir luruh.

Tet… tet…

Bunyi menandakan bahawa ada pesanan masuk. Dia lantas membaca dalam keadaan gelisah lalu melihat si penghantarnya memiliki nombor telefon dengan angka 666.

Kenapa tak telefon saya? Bukan ke saya ni teman awak sewaktu kesunyian?

Siapa ni? Kau siapa sebenarnya?

Nama aku Haxan. Aku telefon kau ya?

Nombor 666 naik ke talian masuk. Emilia teragak-agak untuk mengangkatnya. Perasaan syak dan curiga itu timbul di benaknya. Waktu itu juga baru dia teringat yang Puteri ada menyuruhnya menelefon nombor itu jika inginkan teman berbual. Tetapi, dia cukup khuatir andai si pemanggil itu seorang lelaki psiko yang mahu merompak, merogol, dan membunuhnya. Tidak ke itu perkara yang sia-sia membenarkan perkara buruk terjadi ke atas diri sendiri?

Bunyi nada dering terhenti. Satu pesanan pula masuk.

Kenapa tak angkat telefon? Saya bukan orang jahat. Saya cuma nak ajak berbual je.

Talian kali kedua dengan nombor yang sama diterima tetapi kali ini dia menekan butang merah. Terus dia menolak panggilan masuk itu.

Dia menghubungi Puteri dan kali ini nasibnya cukup baik. Panggilannya berjaya disambung dan diangkat.

“Kau nak apa ni? Aku nak tidur la. Memekak je bunyi telefon ni. Erghhh!” Rungutnya.

“Hei, nombor apa yang kau cakap tadi tu?”

“Nombor apa pulak?”

“666.”

“Oh, kenapa?”

“Kau tanya aku kenapa? Nombor tu dari tadi kacau aku. Kau tahu ke siapa punya nombor pelik tu? Ke kau yang nak mengusik aku? Serius la, tak kelakar la wei!”

“Hah? Mana ada aku buat macam tu. Rasanya elok kalau kau terbalikkan nombor tu kalau kau rasa tak selamat.”

“Terbalikkan nombor? Aku tak faham la bongok!”

“Kau ni, kalau tak jadi bengap memang tak sah la! Terbalikkan nombor 666 jadi 999.”

“Lepas tu aku kena buat apa?”

“Kau ni dari dulu sampai sekarang otak tu lembab! 999 tu talian kecemasan. Kalau kau rasa tak selamat, baik kau call je nombor tu.”

“Oh, macam tu.”

“Okey la, aku nak sambung tidur. Kau jangan call aku lagi, aku nak off handphone.”

Selepas itu, tangannya laju mendail angka 999. Dia menekap telefon di telinga kiri. Bunyi deringan beberapa saat kedengaran sebelum panggilan diangkat.

“Encik, saya nak buat laporan. Tadi ada orang mesej dan call saya tapi saya rasa tak sedap hati. Dia call pakai nombor pelik.” Suara Emilia kedengaran agak kelam-kabut.

“Nombor pelik? Nombor 666?” Kedengaran suara garau dengan deraman kuat melalui telefon bimbit yang dipegangnya itu.

“Encik, kenapa suara lain macam ni? Saya dah la tengah takut duduk kat rumah sorang-sorang ni. Boleh tak encik hantar anggota polis datang ke rumah saya untuk buat pemeriksaan? Saya tak boleh nak ke mana-mana sekarang. Takut…” Dia tanpa segan silu mengaku perasaan yang mencengkam hati.

“Tak ada masalah, kami akan sampai sekejap lagi! Hehehe…”

Sejurus itu juga dia mencampak telefon itu di atas meja. Matanya dapat menangkap angka yang tertera di skrin telefon… 666!

“Ma, abah, adik… Emi takut…”

Bunyi dentuman kuat menyebabkan bekalan elektrik terputus. Emilia kini berada di ruang tamu dalam keadaan gelap-gelita. Lututnya semakin kuat menggeletar.

Telefon berdering. Hatinya sedikit lega melihat nombor telefon ibunya. Dia lantas mengangkat panggilan.

“Ma… Emi takut ni.” Adunya dengan suara manja.

“Jangan takut, sayang…” Suara garau itu memujuk dengan nada yang cukup halus tetapi amat menakutkan.

“Arghhh!!!”

Emilia menjerit dan meronta-ronta. Dia telah diserang histeria. Satu suara aneh telah menyahut panggilan. Kepalanya kembang dan adrenalinnya tidak selari. Dia seperti berada di awang-awangan sebelum kornea matanya menangkap satu kelibat tinggi dan besar yang muncul dari arah dapur.

“Kenapa kau takut, Emilia? Bukan ke aku ada di sini untuk temankan kau? Mesti kau sedih dan kesunyian. Datanglah pada aku.” Makhluk dengan rupa menakutkan itu berbicara dengannya.

Makhluk itu memiliki satu mata di tengah muka. Lidahnya terjelir dan berpusing-pusing bagaikan roda. Sepasang tanduk yang tajam lagi melingkar terpacak di kepalanya. Dia mendekati Emilia yang semakin diserang panik. Dia buntu menghadapi situasi itu. Hati dan jiwanya telah mati dibawa pergi dari duniawi. Hanya jasad sahaja masih kaku dengan mata terbeliak memandang makhluk laknat ciptaan tuhan.

“Emilia… aku akan menjadi temanmu selamanya…”

Makhluk itu mendepakan kedua belah tangannya lalu mendakap Emilia yang diserang ketakutan yang melampau. Tatkala tangan makhluk itu menyentuh lehernya, kulit menggerutu dan berbulu mengakibatkan dia semakin menjadi tidak keruan. Dia terperangkap dalam dakapan makhluk yang dicipta daripada api.

*****

“Kau okey ke tak? Kenapa muka nampak pucat?” Tegur Puteri yang melihat keadaan rakannya yang tidak bermaya.

“Aku demam. Tak berapa sihat. Kau pergi la masuk kelas dulu. Aku nak ke tandas sekejap.” Emilia meluru ke tandas lalu terus mengurung diri dalam salah satu kubikel.

Sudah sebulan kejadian itu berlaku. Dia sering muntah-muntah dan pening kepala. Sakitnya agak lain macam. Dia telah ke klinik kesihatan beberapa hari yang lepas dan mendapati dirinya telah mengandung. Mustahil! Dia tidak pernah melakukan perkara terkutuk itu, masakan boleh ada janin di dalam tubuhnya atau mungkin juga ini angkara…

“Uwekkk!!!”

Emilia muntah semahu-mahunya. Dia tidak mampu menahan lagi. Selesai sahaja, dia terus keluar dari kubikel dan mencuci mukanya. Secara tidak sedar, ada tulisan merah seperti darah tertulis angka… 666!

“Arghhh!!! Tolong!!! Mak!!! Emi takut!!!”

“Eh, Emi! Bangun! Bangun!” Puteri mengejutkan dirinya yang sedang meracau.

“Hah, aku kat mana?” Emilia bingung dengan persekitarannya.

“Kau ada dekat bilik rawatan. Kau rehat dulu la ya. Aku nak masuk kelas. Tadi misi suruh aku temankan kau sekejap. Kau pengsan masa kat tandas tadi.”

“Aku takut benda tu kacau aku!”

“Tak ada apa, kau rehat je dan tenangkan fikiran. Oh ya, aku dah tukar nombor telefon. Kau ambil nombor baru aku ya.”

Emilia mengeluarkan telefon bimbitnya. “Nombor baru kau?”

“012…”

Emilia menaip tiga angka itu dan menunggu jawapan seterusnya.

“666…”

Menggeletar tangannya memegang telefon bimbit. Nombor yang disebut Puteri selepas itu tidak lagi didengari. Dia asyik terbayangkan angka menakutkan yang menghantuinya sejak kejadian itu.

“Okey, kau save ya nombor tu. Nombor lama aku tak pakai dah. Boleh delete la.” Puteri kemudian meninggalkannya bersendirian di situ.

Emilia menekup mukanya. Telefon bimbit telah dicampak entah ke mana. Suasana sekeliling bagaikan redup dan gelap seperti ingin membelenggunya.

“Dah rasa okey sikit ke?” Jururawat yang bertugas pada hari ini masuk lalu tersenyum ke arahnya.

Emilia tidak sedap hati. Dia merenung tajam susuk tubuh jururawat yang kelihatan agak tinggi dan besar itu.

“Kau?”

“Kenapa? Ingat lagi ke nombor yang menjadi titik pertemuan kita?” Jari telunjuk jururawat itu menghala ke arah dinding putih yang secara tiba-tiba memaparkan angka 666!

“Jangan ganggu aku!!! Arghhh!!!”

© Hakcipta Terpelihara 2019
Asraf Shaari, 30 Jun 2019, 10:11PM

–TAMAT–

SHARE
Previous articleTRIVIA AAN: BUNIAN
Next articleBLIND DATE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here