KASYAF

0
825

KASYAF
Nukilan: #PemerhatiDuniaAkhirZaman
FB: https://web.facebook.com/nursyazana.izzatiii

================================

*Karya yang tidak disunting*

“Detik”

Sosok tubuh itu gegas menapak seusai sampai ke destinasi yang ingin dituju. Hari semakin senja. Aku Muzammil, dengan laju aku panjangkan langkahku agar tidak terlepas untuk bersama-sama jemaah untuk solat maghrib. Selepas berwuduk , lekas aku memasuki saf berjemaah. Alang kepalang berada di masjid itu, aku turut solat isyak berjemaah. Selesai berjemaah, saat kaki mula berdiri untuk keluar. Seseorang bingkas menegurku, “ Anak ini penduduk sini ke? Paklong tak pernah perasan anak selama ini.” Mendengarkan soalan yang diajukan itu, aku tersenyum nipis lalu menjawab kembali, “ Saya memang asal sini sebelum ini paklong, tapi dah lebih 8 tahun meninggalkan kampung ini. Rumah saya di hujung kampung sana, rumah peninggalan arwah emak ayah saya. Baru hari ini saya kembali pulang ke sini semula. Hujan emas di negara orang, lebih baik hujan batu di negara sendiri, Paklong ”. Mendengarkan jawapan anak muda sepertiku, paklong akhirnya senyum sendiri. Detik hatinya bagus juga anak muda sebegini pulang berjasa ke kampung asalnya, maka selepas selesai bersembang kosong dan bersalam-salaman kami pun beransur pulang ke rumah masing-masing.

Kedudukan masjid yang aku tumpang solat sebentar tadi agak jauh untuk sampai ke rumahku. Sempat aku melihat paparan di telefon melalui aplikasi “whatsapp”, beberapa notifikasi mula masuk. Ada satu mesej yang menarik perhatianku, mesej tiga hari lepas yang meminta aku memenuhi wasiat arwah ayah untuk kembali pulang ke rumah lama kami seusai aku cukup umur 20 tahun. Oleh kerana wasiat itulah yang membuatkan aku akhirnya pulang semula. Akhirnya selepas 10 minit berjalan, aku sampai di depan beranda rumah. Kelihatan usang rumah mungkin kerana sudah lama ditinggalkan. Tak mengapalah detik hatiku, masuk dulu rehat untuk malam ini. Esok baru mula mengemas. Alhamdulillah malam itu berlalu dengan pantas, mungkin kerana aku penat sangat semalam. Pagi itu jam 5 pagi, aku tersedar bangun membersihkan diri, bersiap untuk berjemaah di masjid semalam.

Selesai berjemaah dan mendengar kuliah subuh sebentar, aku pun keluar untuk pulang. Perutku mula berkeroncong mendendang lagu sumbang, seingat aku kali terakhir makan semalam semasa singgah di RnR. Elok sedang mengimbau, kelihatan sebuah pondok kecil menjual nasi lemak di simpang jalan sebelum sampai kerumahku. Aku pun berjalan ke sana dek kerana sudah lapar. “ Assalamualaikum makcik , saya nak nasi lemak sebungkus, kuih ini kira macamana makcik?” Makcik itu melihat aku lalu menjawab, “ 5 ketul, 2 ringgit nak.” Belum sempat aku membalas kata makcik itu memintas dengan soalan kepadaku, “ Anak penduduk sini ke? Jarang makcik nampak anak muda di kampung ini. Boleh dibilang angkanya, maklumlah ramai yang sudah keluar merantau ke bandar, tak betah lagi tinggal dikampung.” Aku diam sebentar mendengar kata-kata makcik sebentar tadi, barulah daku mengerti mengapa ramai warga tua di kampung ini, tapi sosok muda sangat sedikit kelihatan. Lalu aku menjawab sambil mataku mengarah ke arah simpang ke rumahku, “ 8 tahun lepas saya tinggal disini makcik, rumah saya dihujung kampung, dulu arwah mak ayah saya tinggal disini, namun selepas mereka meninggal , saya tinggal di bandar dengan mak saudara saya.” Belum sempat aku habis berborak tiba-tiba makcik penjual kuih tadi telah hilang, yang tinggal hanya nasi lemak sebungkus dan kuih 5 ketul terisi elok dalam plastik didepanku. Aku terpempan. Aneh. Mana mungkin seorang makcik yang ku kira sudah lanjut usia itu hilang sekelip mata. Dan lebih aneh lagi aku belum sempat membayar nasi lemak dan kuih itu. Ku kira ini sedekah sajalah.

“Dia”

“Mak ayah jangan tinggalkan mil, mil takut. Jangan !!!!”, aku terjaga dari tidur saat itu. Sudah 10 hari aku mimpi perkara yang sama, 8 tahun sebelum ini tak pernah sekalipun mimpi itu menggangguku. Bagaikan dejavu rasanya mimpi yang dialamiku itu, seolah-olah kejadian itu pernah menghantui kisah hidupku sebelum ini. Berpeluh-peluh badanku setiap kali terjaga secara mengejut. Aneh rasanya, mengapa mimpi itu menganggu? Apa ada sesuatu yang belum selesai? Aku keliru. Sebenarnya kepulanganku ke kampung ini untuk merungkai 1001 persoalan yang ingin ku ketahui. 19 tahun lalu, aku dilahirkan ke dunia fana ini. Emak ayah antara yang gembira dengan kehadiranku. Namun firasatku merasakan bahawa ada yang misteri dengan kelahiranku. Seolah-olah ada yang disembunyikan. Namun persoalan ku hanya tinggal soalan tanpa jawapan apabila Allah lebih sayangkan emak dan ayah, kedua-duanya meninggal kerana kemalangan jalan raya kata mak saudaraku. Aku bernasib baik kerana selamat kerana aku ditinggalkan dengan mak saudara pada malam kemalangan itu tanpa bersama mereka. Mungkin sudah tertulis ajalku belum tiba. Dan usiaku baru 12 tahun ketika itu, namun sudah mendapat gelaran anak yatim piatu.

Sedang aku menaip kerja “freelance”ku yang masih belum siap. Aku terasa meremang dengan tiba-tiba. Seolah-olah ada sepasang mata yang galak memerhatikanku di sebalik jendela yang terbuka di kiri ku. Bayangan mata yang tajam, merah menyala sedang meliar meratah aku dalam pandangannya itu. Deriaku merasakan sebegitu. Tak betah duduk aku saat itu. Perasaanku yang asalnya tenang bertukar gundah gulana. Kebelakangan ini mimpi yang mengangguku menyebabkanku hampir menjadi seorang Phasmophobia. Menurutku ini bukan perkara yang boleh dibuat main, kerana bersangkut paut dengan realiti kehidupanku saban hari. Aku tidak betah menanggung semua ini lagi. Maka aku pun berkata tegas, “ Aku tak ganggu kau selama ini, mengapa mengangguku? Ingat kita sama-sama menumpang di dunia ini. Bezanya aku manusia, dan kau bukan. Bataskan jarakmu denganku, kerana aku tidak menganggumu.” Ternyata kelancanganku untuk menegur sebentar tadi hanya memburukkan keadaan. Dia yang tadi diluar jendela. Akhirnya masuk berdepan denganku. Dan badanku menjadi kaku serta merta seolah terkunci dan aku tidak tunggu lama kerana terlalu terkejut, aku akhirnya pengsan.

Aku terjaga esoknya, namun anehnya aku tidak berada di meja kerja ku semalam tapi diatas katil. Yang lebih mengejutkan lagi, aku tidak bermimpi seperti selalu saat terjaga daripada tidurku. Aku cuba mengingati kembali apa sebenarnya yang telah berlaku. Namun akal warasku kini langsung tidak memberikan kerjasama. Aku beralah, akhirnya aku mengambil kata putus untuk bangun membersihkan diri. Dan tanpa aku sedari, dia yang semalam masih ada disitu memerhatikanku. Dan selamanya dia akan terus memerhati, dan bila sampai waktunya dia akan muncul dihadapan ku sekali lagi merungkai 1001 persoalanku.

Hampir sebulan kepulanganku ke rumah pusaka ini, dan deriaku masih lagi sama seperti malam aku bertemu dia. Kejap-kejap aku terasa bagai nak pitam, terasa pegal-pegal badanku setiap kali bangun pagi. Aku juga sering terbabas untuk berjemaah subuh di masjid akhir-akhir ini. Seolah-olah badanku terikat elok diatas katil. Aku hanya mula sedar saat matahari mula meninggi, berkali-kali aku beristighfar memohon keampunan. Entah syaitan apa yang merasukku. Dulu aku tak pernah sekalipun culas meninggalkan solat fardhu. Solat itu tiang agama umat islam. Namun semuanya kian berubah semenjak aku bertemu dia pada malam itu. Aku ingat sebelum pengsan, wajahnya persis wajahku seolah-olah dia adalah aku namum begitu aku masih keliru. Mana mungkin wajahnya saling tidak tumpah denganku. Yang membezakan kami hanyalah warna mata. Mataku berona hitam, manakala dia berona merah darah. Sangat berbeza bagi manusia biasa, aku fikir aku mungkin gila. Tapi perasaanku terus memberontak agar terus merungkai segalanya. Akhirnya malam itu aku nekad. Aku menunggunya. Telahku pasakkan keberanian untuk bersemuka dengan dia. Dan seperti sudah maklum dia menjelmakan diri.

“Damping”

Aku terdiam seribu bahasa. Mana mungkin manusia normal sepertiku berkemampuan melihat dia yang datangnya dari alam lain. Namun kukumpulkan jua semangat yang tinggal untuk bersemuka. Belum sempat aku bersuara. Dia lebih pantas memintas kata, “ Muzammil, kau ingat padaku? Kau kenal lagi aku?” Sekali lagi aku terpempan. Jiwa kecilku meronta-ronta memerlukan jawapan saat ini, lantas aku membalas, “ Siapa kau, apakah kau syaitan yang menyerupai aku? Mengapa terus muncul dihadapan ku. Bagaimana kau mengenaliku sedangkan aku tidak?”

Aku meremang sedikit apabila ku melihat air mata darah yang mula mengalir di pelupuk matanya. Jujur ini kali pertama aku berasa takut namun tidak betah melakukan apa-apa. Dia memandangku , dan mula menjawab persoalanku, “Muzammil , andai saja aku dapat diselamatkan saat itu, kau dan aku tidak mungkin dipisahkan. Kita pasti akan bersama melayari kehidupan hari ini. Namun ajalku mendahuluimu dik, kau selamat dilahirkan ke dunia fana ini tapi aku tidak, nyawaku hanya sampai disitu sahaja. Aku gagal diselamatkan. Emak ayah sedih melihat keadaanku namun tiada apa yang dapat mereka lakukan pada masa itu. Sewaktu aku dikafankan, aku fikir itu merupakan pengakhiranku di dunia pinjaman ini, namun sangkaanku salah. Ayah telah membaca mantera di telinga ku, mantera untuk aku kembali pulang bersamamu adikku, tapi kita di dunia yang berbeza. Kau manusia, manakala aku penjagamu. Aku telah berjanji setia dengan emak ayah untuk setia mendampingimu sehingga ke akkhirnya. Dan usai kau berusia 20 tahun, maka kita akan terus bersama selamanya sesuai perjanjian yang telah termaktub antara kita.”

Aku terdiam seribu bahasa. Semua ini membingungkan. Belum sempat aku membalas, sekali lagi dia memintas menceritakan sesuatu yang lebih mengejutkan aku, katanya “ Dik, saat kau menapak ke kampung ini, semuanya hanyalah halusinasi semata-mata. Pakcik yang kau jumpa di masjid itu, makcik jual kuih itu semuanya halusinasi semata-mata. Tahu kenapa? Kerana mereka sebenarnya ialah wajah ayah dan emak yang kau rindukan. Kau terlalu merindui mereka yang telah pergi dik. Dan aku hanya mampu memerhatikanmu sampailah kau sendiri yang memanggilku untuk bersamamu. Mereka di kampung ini semuanya tidak wujud dik, hanya kau sahaja manusia. Manakala kami bukan, samaada mereka makhluk sepertiku ataupun hanyalah halusinasimu semata-mata.” Mendengarkan jawapannya aku pasrah. Maka semuanya sudah terjawab, 1001 persoalanku kini sudah mempunyai jawapannya. Mata yang memerhatiku selama ini ialah milik dia, saudara kembarku yang telah mati namun diberi kehidupan semula dengan perjanjian keramat manusia dan syaitan. Dan perjanjian itu menggunakan darah kami berdua tanpa persetujuan, dan perjanjian itu takkan pernah terbatal sehinggalah ajal menjemputku kembali ke alam barzakh. Maka aku dengan ini menerimanya menjadi sebahagian daripadaku.

Cermin ku tatap buat kesekian kalinya, dia ada disitu. Berdiri erat disampingku. Aku tahu semuanya ini tak terjangkau dek akal, namun semuanya telah tercatat bahawa aku dan dia adalah satu, berbeza dengan aku yang dulu. Dan wasiat yang ku terima sebelum ini perlu ditaati. Kerana darahku miliknya selamanya. Kerana kami berkongsi segalanya dek perjanjian keramat yang dibuat ayah pada masa itu, dan dia akan terus mendampingiku selamanya.

–TAMAT–

SHARE
Previous articlePATUNG BERUANG
Next articleRUMAH ATAS BUKIT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here