Kau Milikku

0
2063

Tajuk : Kau Milikku
Karya : Ila Sayang

“Hai, Nina. Kau tunggu apa lagi tu? Dah, jom kita pergi makan”.

“Ala, aku tunggu suami aku ni. Dia dah janji nak jemput aku makan tengah hari sama-sama. Takpelah, Zira. Kau gerak dulu la, ya”.

“Ok. Kalau encik suami kau tak sampai juga nanti, kau terus jelah makan kat tempat biasa kita tu, ya. Aku ada kat situ.” Zira terus berlalu pergi sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Nina.

Ahhh… sebal rasa hati Nina menanti Rizal yang tidak kunjung tiba. Bukan pertama kali Rizal memungkiri janji. Malas rasanya untuk Nina melayan rasa kecewa. Dia terus melangkah ke arah Restoran Mak Minah, restoran yang menjadi kunjungan hariannya untuk makan tengahari bersama Zira.

“Nina…Nina… dah, makan ni. Jangan buat muka cencorot tu. Menyampah aku tengoknya. Aku dah siap-siap orderkan menu kegemaran ko ni. Cepat makan. Masa mencemburui kita, tau tak.” Zira tergelak kecil, sambil melihat wajah Nina yang muncung sedepa.

“Emm…. terima kasih, Zira. Mujur ada teman yang selalu menghiburkan aku. Selalu saja dia menjadi tempat aku melupakan segala masalah. Dengan Zira, aku sentiasa rasa terhibur. Terima kasih sekali lagi Zira.” Tidak terluah dek kata-kata, hanya hati Nina berbicara.

“Syamsul. Tengah hari nanti you tak payah susah-susahlah datang sini. I akan temankan Nina makan tengah hari. You jangan risau. Malam nanti kita jumpa ya, sayang”.

“Ok. Kalau you dah cakap macam tu, senanglah hati I. I pun banyak kerja ni, sayang. Bye, sayang. Makan kenyang-kenyang, ya. Terima kasih sayang sebab memahami”.

Zira tersenyum sejurus mengakhiri perbualannya di telefon.

“Ahhh… Syamsul, pandai saja dia mengambil hatiku. Tidak sia-sia aku mengenali lelaki ini. Sempurna di mata dan hatiku,”bisik Zira di dalam hati.

“Zira, aku sejak kebelakangan ni, kan… selalu rasa tak sedap hati. Rasa macam ada sesuatu yang mengganggu rumahtangga aku. Entahlah. Mungkin perasaan aku saja atau macam mana, aku pun tak pasti”.

“La, tak habis lagi ke masalah ko Nina. Bawa bersabar Nina… mungkin kau suami isteri letih sangat bekerja. Cuba kau rehat-rehat, pergi bercuti, tenangkan fikiran. Boleh juga kau habiskan masa berdua. Kan romantik gitu”.

“Itu lah. Dah banyak kali juga aku cuba berbincang dengan Rizal. Tapi tak ada penyelesaian.Dia pun alasannya sentiasa sibuk. Aku pun tak taulah Zira.Kadang-kadang bila aku duduk sendirian di rumah, aku macam ternampak kelibat Rizal… tapi fizikalnya agak sedikit berlainan. Besar sungguh dari biasa.Di mana aku pergi, mesti di situ ternampak kelibatnya. Dia sepertinya memerhatikan aku pun ada,” adu Nina kepada Zira.

“Hahaha! Apalah kau ni, Nina. Kalau rindu Rizal, kau cakap sajalah.Nampak kelibatlah konon. Dah lah, baik kau buat sesuatu supaya rumahtangga kau lebih aman dan sweet selalu,”nasihat Zira.

“Tak, Zira. Sungguh! kadang-kadang kelibat tu buat aku semakin takut kepada Rizal. Sebab aku semakin keliru antara Rizal yang sebenar dengan kelibat Rizal yang berkeliaran di dalam rumah aku tu.Aku takutlah, Zira.” Nina merintih.

“Bosannya cuti-cuti, duduk tercongok dalam rumah ni. Ada suami, suka sangat bekerja. Kalaulah Rizal ada, boleh juga aku berbual-bual.Kan, Comel kan… kan… harapkan awak saja lah yang boleh teman.” Nina berbisik sendirian sambil mengusap kepala kucing kesayangan dia dan Rizal.

Grrrrrr…grrrrr..!

Tiba-tiba, Si Comel menderam. Matanya tertumpu ke arah sofa yang biasa diduduki oleh Rizal, jika dia menonton televisyen ataupun berehat sambil membaca buku.

“Kenapa awak ni, Comel. Awak pun marahkan Umi, ke. Janganlah macam ni. Umi ada awak je, tau. Awak pun rindu Abi, ke?Abi awak pagi-pagi dah keluar tinggal kita saja dalam rumah ni.” Nina memujuk Comel, seperti kanak-kanak pula gayanya.

Tetapi deraman Comel semakin kuat. Matanya terus tertacap ke sofa kosong itu.

Grrrr… grrrrr… grrr!

Nina tertarik untuk terus memandang ke arah sofa itu. Buntang mata Nina. Dadanya berdegup kencang, peluh dingin merembes ke seluruh tubuhnya. Sesak mencari nafas sendiri. Fikirannya kosong…

“A…. bang…?”

Gelap terus pandangan Nina. Apa yang tinggal hanya bayangan kelibat Rizal yang terus merenung dengan mata merah menyala, bertubuh besar, berwajah bengis, dan… MENGERIKAN.

“Nina, awak jangan lah fikir yang bukan-bukan. Kalau rindu saya sekalipun, janganlah bayangkan saya sengeri itu. Awak ni macam-macam sangat.”Rizal menepis aduan Nina.

“Tengok saya. Kalau rindu awak, saya bayangkan awak macam bidadari yang sopan…lemah lembut… putih… mulus, apalagi dengan haruman yang semerbak. Menggetarkan jantung hati saya, tau tak.”Rizal memujuk.

“Ala… abang ni, cubalah percaya saya. Saya bukannya bermimpi. Kalaulah si Comel boleh menjadi saksi, mesti abang akan percaya. Abang… janganlah selalu tinggalkan saya. Saya sunyi tinggal di rumah ni.” Nina membalas.

Rizal mengusap lembut tangan Nina. Dengan harapan Nina dapat melupakan mimpi ngerinya itu…

Ahhh… Nina, si isteri yang terlalu lemah lembut. Selembut hati yang dimilikinya… manakala dia, suami yang masih mencari kelebihan pada diri sendiri.

“Zira, suka betul you berkawan dengan Nina tu, ya. Ke mana-mana saja you pergi, mesti ada dia. Macam bayang-bayang. You manusia, Nina bayang-bayang. Memang tak boleh dipisahkan. Sebati. Langsung tidak ada curiga.” Syamsul memula bicara.

“Nina? Hahahaha! Diakan perempuan yang tak banyak kerenah. Senang dijadikan kawan. Ke mana-mana pun senang untuk diuruskan. Mudah memaafkan. Boleh menerima keadaan sekeliling. Positif. Kenapa? Takkan dengan Nina pun you cemburu? Melampau juga you ni.” Tersenyum Syamsul dengan kata-kata Zira.

“Eh, you ni. Buat apa I nak cemburu. Bersyukur lagi, adalah. Kalau I takda, bolehlah Nina temankan you. You temankan Nina. Senang hati I. Ke mana-mana, asalkan you dengan Nina, I ok je. Lesen besar I bagi, tau. Kurang rasa susah hati I.” Syamsul menyambung bicara.

Zira terus senyum meleret memandang wajah Syamsul. Sungguh bertuah dia memiliki Syamsul. Bertuah, dan sangat bertuah…

“Abang… abang… tolong Nina, bang… tolong Nina… cepat balik.”

Rizal cemas mendengar suara Nina di talian telefon.

Nina masih sempat mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi Rizal. Lemah seluruh tubuh badannya, tidak bermaya. Tercungap-cungap mencari nafas. Nina tidak berdaya lagi. Perlahan-lahan, tubuhnya terkulai lemah.

Seluruh tubuh Nina lebam, calar balar. Sepertinya dipukul dan dicakar sesuatu. Pucat lesi wajah Nina, bagaikan tidak berdarah. Di mulutnya masih tersisa darah yang dimuntahkan. Entah berapa banyak jumlah darah yang keluar dari mulutnya itu. Nina sudah tidak dapat mengingatinya. Habis basah lencun bajunya dengan darah. Sesak dadanya, nafasnya semakin terputus-putus. Urat saraf Nina hanya merasai kesakitan yang amat sangat. Tidak mampu untuk dia menahannya.

Dari ekor matanya, Nina melihat kelibat Rizal. Masih lagi melilau-lilau di dalam biliknya. Kekal bengis, mengerikan. Matanya juga kekal begitu; merah membara, menampakkan kemarahan yang tidak tahu asal usulnya. Sepertinya tidak puas dengan apa yang terjadi keatas Nina.

“Apa lagi yang ko nak dari aku, haaaaa! Puas hati kau, kan…siapa kau sebenarnya, haaa… siapa…?” Nina menjerit kuat, bergema seluruh rumahnya.Kelibat Rizal terus sahaja menghentak kepala Nina ke dinding… darah pekat mengalir terus dari kepala Nina.

Sunyi sepi. Kelibat Rizal menyeringai puas… dan berlalu pergi…

Rizal terdengar suara jeritan Nina dari arah bilik, sebaik sahaja tiba di rumah. Panggilan telefon yang ternyata berbaur cemas, tidak menyenangkan hatinya. Bergegas Rizal menuju ke tingkat atas.

“Ninaaaaaaa!!!” Rizal menjerit melihat keadaan Nina.

“Nina… apa yang terjadi sayang…

Ninaaaa… jangan tinggalkan abang… maafkan abang, Nina…

Ninaaaaaaaa….”

Mencintai mu
Seumur hidupku
Selamanya
Setia menanti

Walau dihati saja
Seluruh hidupku
Selamanya
Kau tetap milik ku

Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hatiku
Selamanya

Mencintai mu
Seumur hidupku
Selamanya
Kau tetap milikku

Zira berterusan menghayati suara merdu Krisdayanti itu. Dari lirik dan melodinya, sangat dekat di hati Zira…

Ahhhh… bahagia akan terus jadi milikku. Terima kasih, Nina…

Selamat datang, sayangku…

Syamsul Rizal Bin Ahmad Azmi…

SHARE
Previous articleSERUAN MALAM
Next articleMATA ADI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here