MANTERA PEMANCING KUALA

0
292

MANTERA PEMANCING KUALA
Karya : Nik Helmie Hisyam
FB : Nix Helmie Hisyam

=========================

“Wahhh Cik Mail sampai tak cukup tangan nak bawak ikan, baru balik dari mancing ke?” Khidir berseloroh menyakat Cik Mail yang sudah berusia 60an.

Khidir adalah seorang pemancing tegar dimana ada kolam disitu ada la dia, dimana ada sungai disitu ada la dia yang mencangkung menunggu joran nya direntap. Tetapi Khidir selalu bernasib kurang baik bila memancing. Kadang-kadang dapat pulangan seekor sahaja. Kadang-kadang bawak balik joran dengan umpan lebih sahaja ke rumah.

“Kau ada nampak gaya aku nie macam baru balik dari shopping mall ke Khidir oi hahahahaha” Cik Mail membalas gurauan Khidir sambil membawa hasil memancingnya.

“Malam nie ada mancing lagi ke Cik Mail? Kalau ada saya nak tumpang sekaki” tanya Khidir dengan nada yang bersungguh sungguh.

“Kalau bulan terang cuaca cantik malam ni aku ada je kat tepi kuala tu dengan Andak dan Marzuki, kalau kau nak join nanti dalam lepas isya kau turun la ke kuala” ujarnya si Cik Mail sambil berlalu pergi dari kawasan rumah Khidir.

Malam itu selepas isya’, dengan berbekalkan sebatang joran lama dan sekotak umpan yang dibuatnya sendiri Khidir bergegas ke Kuala tempat dimana mereka selalu memancing. Dari jauh kelihatan samar samar lampu minyak tanah di tepian kuala, disitu la Andak, Marzuki dan Cik Mail berada sambil menunggu joran mereka direntap.

“Ehhh Andak takkan kamu berdua sahaja dengan Marzuki? Mana Cik Mail? Kata nya petang tadi kalau cuaca cantik dia turun sekali ke sini” tanya si Khidir kepada Andak yang sedang mengulung rokok daun nya.

“Kamu nie Khidir bukan nya tak kenal Cik Mail tu dia tu kalau sampai je di kuala mesti hilang kejap nanti datang la dia dengan basah kuyup nya” kata si Andak sambil membakar rokok daun nya.

Sedang mereka berbual sambil menunggu joran mereka mengena tiba tiba Cik Mail datang dengan keadaan basah kuyup.

“Engkau nie kan Mail, asal datang je mesti basah kuyup jarang aku nampak kau dalam keadaan kering kalau nak memancing kat sini. Kau kenapa Mail oi” kata si Marzuki.

“Kau bukan nya tak kenal aku Zuki, aku kalau nak start mancing kena la buat persediaan dulu kalau tidak tak mujarab nanti aku memancing” sambil membaling jorannya.

Tiba tiba joran Cik Mail bergerak gerak dengan begitu kuat. Cik Mail merentap joran nya dengan penuh bertenaga sambil disaksikan oleh Marzuki, Andak dan Khidir.

“Korang tengok ni, baru je baling da melekat seekor kat mata kail aku. Ini baru dinamakan memancing, bukan macam korang asyik datang jadi bangau je hahahahaha” Cik Mail mengejek mereka bertiga

Malam itu joran Cik Mail asyik direntap oleh ikan ikan yang kelaparan di tepi kuala. Manakala mereka bertiga hanya kadang kadang sahaja dapat. Mereka naik hairan dan pelik melihat tingkah laku Cik Mail.

“Ni Cik Mail saya nak tanya sikit la, Cik Mail ada pakai tangkal ke? Asyik mendapat je kalau pergi mancing. Silap silap kalau mancing longkang pun Cik Mail dapat ikan cuba jujur je Cik Mail” soal si Khidir sambil meletakkan umpan dihujung mata kail nya.

“Kamu ni Khidir kadang cakap tak pakai otak, kamu ada nampak sebarang tangkal ke di leher aku? Di tangan aku nie ada sebarang rantai ke sampai kamu nak kata aku pakai tangkal semata mata nak dapat ikan? Banyak lagi cara dia bukan setakat pakai tangkal” Cik Mail menjawab dengan nada yang agak marah.

Malam itu pun berlalu begitu sahaja, seperti biasa hanya Cik Mail sahaja yang membawa pulang banyak hasil. Manakala mereka bertiga kalau dikumpulkan hasil nya pun setakat 5 ekor sahaja.

Beberapa hari kemudian, Khidir ingin pergi memancing di kuala. Kali ini dia pergi berseorangan. Tepat 6.30 petang Khidir sampai di kuala dimana tempat mereka selalu memancing. Khidir membaling joran nya dan menunggu ikan memakan umpan nya. Tiba tiba phone Khidir berbunyi.

“Hello Cik Mail, ada kat mana? Kata nak join saya mancing. Saya da ada kat kuala ni tunggu Cik Mail” kata si Khidir.

“Minta maaf la Khidir, aku nak kena ke rumah anak aku kata nya ada hal penting. Aku lupa nak bagitahu kat kamu maklum la kelam kabut nak bersiap ke rumah anak aku” ujar Cik Mail dengan nada yang kelam kabut.

“Alamak Cik Mail, habis tu takkan saya sorang sorang kat kuala ni. Andak dah ke pekan Marzuki pulak kerja, memang saya jadi bangau la kat sini Cik Mail. Kalau ada Cik Mail seronok jugak dapat tengok Cik Mail asyik tarik joran je” kata si Khidir yang berbunyi kesal.

“Kesian pulak kat kamu ni Khidir, macamnie la aku ajar kat kamu satu mantera tapi ingat benda ni jangan diceritakan kat orang lain, dan jangan pulak kamu buat tak betul. Mantera ni selalu aku amalkan sebelum aku memancing, begini bacaan nya” bilang Cik Mail

Khidir mendengar dengar penuh teliti selesai sahaja Cik Mail mengajar nya tentang bacaan mantera tersebut Khidir terus meletakkan phone nya didalam beg. Jam menunjukkan pukul 7.30 malam Khidir termenung sambil menghembuskan asap rokoknya.

“Tak boleh jadi ni, takkan aku nak balik tangan kosong lagi. Nak taknak aku kena cuba jugak apa yang Cik Mail ajar kat aku tadi”

Khidir membuka baju lusuh nya, diambil umpan hati ayam yang belum dipotong bersama segenggam pasir dan mengenggam kan ke dua dua tangan nya. Perlahan lahan Khidir menuju ke dalam laut, apa yang diajarkan Cik Mail ialah genggam umpan bersama pasir dan hendaklah masuk ke dalam air laut tetapi hanya paras dada sahaja. Apabila sudah masuk ke dalam air laut yang hanya paras dada hendak la dibacakan

Hai sahabatku mambang sumanjaga,
Yang berulang dari laut ke darat,
Aku minta tolong peliharakan lah makanan ku ini,
Hei sekelian sahabatku yang di laut,
Hei mambang sumanjaga,
Nek Rendak namanya yang diam dibawah,
Nek Joring namanya yang diam di telok,
Nek Jeboh namanya yang diam di tanjung,
Dato Batik namanya yang Dato di laut,
Ku seru kau peliharakan la makanan ini

Dengan perlahan lahan Khidir melepaskan hati ayam yang di genggam nya kedalam laut dengan serta merta seperti ada tangan yang merentap hati ayam dari tangan Khidir. Khidir terus berenang naik ke darat akibat terkejut.

Selesai sahaja upacara membaca mantera Khidir terus melemparkan joran nya. Tidak sampai beberapa minit joran nya ditarik dengan begitu kuat Khidir merentap joran nya dengan penuh bernafsu.
Seekor ikan pari berjaya ditawan oleh Khidir. Khidir membaling joran nya lagi sekali lagi joran nya di tarik dengan begitu kuat. Pada malam itu Khidir mendapat banyak habuan nya, tersenyum lebar Khidir melihat hasil pancingnya.

“Patut la Si Mail nie kalau mancing asyik dapat banyak je pakai mantera rupanya. Ni kalau Andak dengan Marzuki tengok hasil aku malam nie confirm terlopong mulut diorang. Hai Khidir, tak bangau la kau malam ni hahahahhaa” ketawa Khidir bersendirian.

Pukul 11 malam Khidir berhenti dari memancing dan mengemas segala perkakasan memancing nya. Dia mengambil ikan ikan yang dipancing nya sambil berlalu pergi. Selang beberapa langkah Khidir terdengar seperti ada orang memanggil nya dari belakang, dia menoleh dan terkejut melihat macam ada sesuatu di tengah tengah laut dimana tempat dia membacakan mantera tadi seperti ada lembaga yang sedang melambai lambaikan tangan kepada Khidir. Khidir terus berlari meninggalkan tempat itu.

Sampai dirumah Khidir memberikan ikan ikan tersebut kepada isteri nya Izzah.

“Ini ada banyak ikan, simpan sikit untuk kita yang selebihnya awak bagi la kat Mak dengan jiran kita tu, saya nak pergi mandi dan tidur”

Selesai mandi Khidir terus masuk kedalam bilik tidur dan terus lena dibuai mimpi. Manakala isteri nya Izzah sedang sibuk di dapur mencuci ikan ikan tersebut sebelum memasukkan ke dalam peti sejuk. Semasa Izzah sedang mencuci ikan, Izzah terdengar seperti ada sesuatu yang sedang berlari lari di atas bumbung rumah nya. Pada fikiran Izzah itu mungkin kucing, tapi lama kelamaan bunyi itu semakin kuat dan dari atas bumbung itu terdengar suara yang sangat garau memanggil nama Khidir.

Izzah terus meninggalkan dapur dan berlari masuk kedalam bilik tidur nya.

“Abang bangun bang, saya dengar macam ada sesuatu la kat atas bumbung rumah kita ni. Bangun la bang !!!” kejut si Izzah

“Apa awak ni, malam malam buta nak cakap bukan bukan. Dah la pergi tidur” marah si Khidir kepada Izzah.

Malam itu Izzah tak dapat tidur dengan nyenyak, bunyi bising dari dapur jelas kedengaran seperti ada sesuatu yang sedang membuat sepah didapur. Khidir bangun dengan keadaan yang betul betul mengantuk.

“Apa lagi yang bising nya sayang oi, da pukul berapa ni awak nak bising bising kat dapur tu?” bilang si Khidir.

“Apa abang nie, saya kat sebelah abang dari tadi lagi. Saya sendiri pun tak tahu apa yang bising kat luar tu saya tak berani nak jenguk” kata si Izzah dengan nada yang tersekat sekat.

“Awak ni kan tu la suka sangat tengok cerita hantu da fikir bukan bukan. Ni mesti kerja si musang nie masuk kat celah mana pun aku tak tahu la. Awak tunggu dalam bilik biar saya yang pergi tengok“ marah si Khidir.

Khidir keluar dari bilik tidur nya dan menuju ke dapur. Sampai sahaja di dapur keadaan menjadi sunyi. Khidir melihat dapur nya bersepah, pinggan mangkuk habis jatuh ke lantai. Meja kerusi diterbalikkan. Tiba tiba Khidir terdengar nama nyaa dipanggil dari belakang dengan suara yang amat garau ”Khidirrrrrrrrr”. Khidir menoleh ke belakang dan alangkah terkejut nya seekor lembaga hitam berkepala botak dengan tiada mata tetapi hanya mempunyai mulut yang bergigi tajam seakan akan ikan jerung sedang mencangkung diatas peti sejuk rumah nya sambil menjelirkan lidah nya yang bercabang.

Kuku nya yang tajam sedang mencakar peti sejuk tersebut. Terbeliak mata Khidir, sambil mulut nya terkumat kamit membaca surah surah al quran dengan bacaan yang tunggang langgang. Lembaga itu memanggil manggil nama Khidir, Khidir terus berlari meninggalkan dapur dan terus masuk kedalam bilik nya. Dilihat isterinya sedang nyenyak tidur Khidir terus menutup muka nya dengan selimut. Kedengaran dinding bilik tidur nya dicakar oleh sesuatu sambil nama Khidir dipanggil.

Kejadian itu berlaku hingga la ke subuh baru Khidir dapat melelapkan mata nya. Keesokan harinya, Isteri Khidir bertanya kan pada Khidir.

“Semalam yang bising bising tu apa bang? Saya masuk dapur pagi tadi tengok bersepah habis semua barang kat dapur”

“Takde apa pun, semalam musang masuk rumah kita satu dapur tu abang kejar last last dia lari keluar lepastu da lewat sangat abang tak kemas” kata si Khidir kepada isterinya walaupun Khidir tahu apa perkara sebenarnya yang terjadi semalam. Tiba tiba phone Khidir berbunyi

“Ha Khidir macamana mancing semalam? Banyak dapat? Hahahahhaa” panggilan itu dari Cik Mail yang bertanya kan tentang hal memancing semalam.

“Eh banyak Cik Mail saya dapat semalam. Tu pun saya suruh Izzah bagi kat Mak dia sikit bagi kat jiran sikit. Sebab banyak sangat kang biar lama busuk pulak” kata si Khidir.

“Bagus la, tapi aku nak tanya mantera tu kau bukak dengan cara elok dan kau tutup pun dengan cara elok kan Khidir?”

“Bukak? Tutup? Saya baca macam biasa la Cik Mail. Macamana Cik Mail ajar macamtu la saya buat”

“Kalau kau buat macam aku ajar takde masalah la, sebelum tinggalkan kuala kau ada buat tak apa yang aku suruh”

“Saya terus pergi macamtu je la Cik Mail, tapi kan masa saya nak gerak tu macam ada sesuatu la dalam laut tu macam tengah lambai kat saya. Saya terus cabut lari la hahahahaha” gelak si Khidir.

“Bodoh ! Kau nak mati ke? Aku da cakap buat macamana yang aku ajar jangan kau salah satu pun dari cara aku ajar. Kalau tak memakan diri kau ! Kau balik rumah semalam, kat rumah kau ada jadi apa apa tak? Jujur dengan aku !” marah Cik Mail pada Khidir.

“Errrr aaaa ada Cik Mail, Se se semalam saya ternampak ada satu lembaga atas peti sejuk rumah saya asyik panggil nama saya” jawab Khidir dengan nada yang takut

“ kan aku da kata, lepas kau habis mancing kau kena campak sekor ikan yang kau pancing tu ke dalam laut tu balik. Itu salah satu langkah langkah nya, kau bawak balik semua ikan tu sekor pun kau tak campak untuk dia sebab tu dia ikut kau balik rumah tuntut ikan dia !!” jawab Cik Mail

“Habis macamana Cik Mail sekarang nie? Saya nak buat apa nie? Takkan malam ni dia datang lagi ganggu saya”

“Macamnie la, kau pergi amik ikan yang kau pancing semalam lepas tu kau baling kedalam laut kau jalan jangan toleh ke belakang lagi. Baik kau pergi tengok ikan semalam tu ada lagi atau tak. Kalau da takde, alamatnya aku da tak boleh tolong kau. Benda tu akan sentiasa ikut kau”

Khidir terus mematikan panggilan Cik Mail dan terus berlari mencari isterinya.

“Izzah, ikan yang semalam tu mana? Bagitahu aku cepat kat mana ikan semalam tu”

“Ada bang dalam peti sejuk tu saya baru nak amik hantar kat Mak”

Khidir terus mengambil dua ekor ikan dan terus pergi ke kuala di tempat dia memancing semalam. Sampai sahaja di sana Khidir terus membaling dua ekor ikan ke tengah laut.

“Nah amik aku bagi 2 ekor kau jangan ganggu aku lagi !!!” Khidir menjerit seperti orang gila dan berjalan pulang. Semasa dia berjalan dia menoleh ke belakang dan ternampak lembaga yang menganggu nya semalam sedang berdiri di tengah tengah laut sambil meratah ikan yang dibaling Khidir tadi. Khidir terus berlari pergi dari tempat tersebut.

Selepas dari kejadian itu Khidir dan Cik Mail masih mengamalkan mantera tersebut hingga ke sekarang.

-Tamat-

Suka Artikel Dari Kami?Jangan Lupa KLIK SHARE & Tinggalkan KOMEN Di Page Kami

Jangan Lupa Untuk Baca Artikel Artikel Lain DI SINI

=========================

© Mantera Pemancing Kuala
karya Nik Helmie Hisyam

Suntingan dan Gambar
Wan SC
Editor, Arkib Angker Negara

SHARE
Previous articleADA APA DALAM ALMARI
Next articleI DON’T CARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here