Tuesday, May 26, 2020
Home Cerita Seram MISTERI – Pernah Dengar Lagu Hotel California Nyanyian Band Eagles?Anda Pasti TERKEJUT...

MISTERI – Pernah Dengar Lagu Hotel California Nyanyian Band Eagles?Anda Pasti TERKEJUT Dengan Fakta Misteri Di Sebalik Lagu Tersebut

0
870

Pernahkah anda mendengar lirik lagu Hotel California yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan penyanyi dari Barat yang diberi nama Eagles? Adakah anda memahami lirik lagu yang disampaikan oleh mereka? Untuk pengetahuan pembaca setia kisahseram.com, lirik lagu Hotel California sebenarnya menceritakan peristiwa sebenar yang pernah terjadi suatu ketika dahulu yang mana aktiviti pemujaan telah bergiat aktif dalam masyarakat California. Aktiviti pemujaan ini telah dilakukan di dalam sebuah hotel yang terletak di California Street, San Francisso yang mana fungsi hotel ditukar menjadi salah satu ‘Church of Satan’ oleh Anton Lavey.

Dalam lirik lagu Hotel California, jelas menunjukkan bahawa hotel ini telah menjalankan aktiviti pemujaan syaitan berdasarkan lirik “And in the master’s chambers, they gathered for the feast, they stab it with their steely knives, but they just can’t kill the beast”. Andai difahami dengan betul, lirik lagu ini adalah berkenaan upacara ritual dan pemujaan yang memerlukan korban, namun tidak dapat dilaksanakan kerana sesuatu yang ingin dikorbankan itu terlalu kuat. Namun begitu, maksud lirik ini disangkal oleh penulisnya dengan menyatakan bahawa lirik lagu ini hanyalah berkisarkan tentang suasana rumah sakit jiwa.

anton lavey

Mendiang Antoy Lavey Bersama Alat Pemujaannya

Walaupun hal ini disangkal kuat oleh penulis lagu tersebut, ianya tetap tidak mampu memadamkan andaian dan kepercayaan pendengar terhadap maksud lagu Hotel California. Hal ini dikuatkan lagi apabila gambar kulit depan cakera padat mereka dikeluarkan. Jika diperhatikan dengan teliti, akan kelihatan gambar seseorang yang bukan dari kalangan ahli band mereka. Ramai yang mendakwa bahawa gambar orang yang turut menumpang itu adalah roh Anton Lavey yang tidak tenteram.

Anton Lavey

Penampakan Roh Anton Lavey Pada Tingkap Hotel California

Perkara ini hangat diperkatakan oleh masyarakat sekitar sehingga memaksa kumpulan band tersebut mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa lagu yang dicipta oleh mereka sama sekali tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan aktiviti pemujaan yang dikatakan berlaku di Hotel California. Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Don Henley, salah seorang ahli kumpulan band tersebut ialah, “It was really about excesses of American culture and certain girls we knew. But it was also about the uneasy balance between art and commerce”.

eagles band

Don Henley juga turut menegaskan bahawa lirik lagu mereka hanyalah bertemakan “penjara” yang harus dilalui oleh para artis yang terlibat dalam industri muzik. Ppenjara merupakan simbol paling tepat bagi mereka yang telah menceburi bidang muzik kerana mereka tidak boleh keluar atau lari daripada bidang ini walaupun mereka sudah tidak lagi bergiat dalam bidang tersebut. Beliau juga turut menyatakan bahawa tajuk lagu tersebut bukanlah merujuk kepada ‘Church of Satan’, tetapi merujuk kepada rumah sakit jiwa. Mungkin kenyataan beliau ini benar, namaun segala-galanya terpulang kepada para pembaca, sama ada mahu menerima atau sebaliknya.

MISTERI KE DUA

Misteri Di Sebalik Hotel California

Malam tadi, dengan angin sepoi2 bahasa..belum ditambah dengan angin yang keluar dari lubang buntut roomate aku..aku layan lagu Hotel California yang dipopularkan oleh kumpulan The Eagles. Korang sure pernah dengar lagu ni kan? Femes sangat lagu ni sefemes lagu Negaraku..semua orang tau. Tapi korang tau tak kisah di sebalik lirik lagu Hotel California ni? Setiap kali aku mainkan lagu ni kat lappy, meremang bulu ketiak. Ditambah pulak ngan susunan liriknya buat aku seram sejuk di bawah hembusan dingin aircond. Aku akhirnya amik keputusan nak cari makna di sebalik lirik lagu ni.. dan inilah apa yang aku dapat…

Ada banyak sangat versi yang aku temui mengenai lagu ni..tapi sejauh mana kebenarannya wallaha’lam. Hotel California terletak di Todos Santos, Mexico. Hotelnya kecik..takde la besar mana..sebesar rumah tumpangan je. Mengikut penjelasan pemilik hotel berkenaan, ahli The Eagles pernah menginap di salah sebuah bilik di hotel berkenaan dalam menghasilkan lirik tetapi mengikut penjelasan Snopes.com..tiada seorang pun ahli kumpulan tersebut yang pernah menginp di situ. Siapa yang betul ni?

Ada ura2 mengatakan yang hotel tersebut merupakan nama timangan bagi sebuah hospital yang terletak di pinggir Los Angeles iaitu Hospital Psikatrik Camarillo State. Namun tiada bukti yang mengesahkannya. Kisah ganjil yang menjadi buah mulut orang ada mengatakan yang hotel berkenaan merupakan tempat yang dihuni oleh puak kanibal yang mana akan melayan pengunjung yang datang dan pada akhirnya mereka dijadikan menu hidangan sebagaimana yang tertulis di dalam lirik lagu – “You can check in any time you like, but you can never leave”



Dari pemerhatian melaui lirik itu juga ada mengisahkan tentang ketagihan dadah iaitu melalui liriknya – “Warm smell of colitis rising through the air”  di mana merujuk kepada suasana ketika menghisap marijuana dan Hotel California merupakan kod nama bagi penggunaan kokain dan jalan menuju ketagihan.


Ada juga yang percaya bahawa hotel berkenaan melambangkan kediaman Ketua Penyembah Syaitan, Master Aleister Crowley yang berhampiran tasik Loch Ness yang mana banyak perkara2 ganjil dan aneh sering berlaku. Nama samaran Crowley pula adalah The Beast – nama yang disebut dalam salah satu perenggan di dalam lirik berkenaan.



Ada juga satu kisah yang aku dengar tentang sekumpulan remaja yang dalam perjalanan pulang dan akhirnya berhenti bermalam di sebuah hotel kerana kereta rosak. Pada mulanya hotel tersebut kelihatan biasa, namun bila tiba waktu tengah malam.. beberapa orang antara mereka hilang. Salah seorang dari mereka berjaya melepaskan diri..itu pun setelah terbit fajar pagi. Selepas membuat laporan akan kehilangan rakan2nya di hotel berkenaan.. pihak polis lantas membuat siasatan, dan mendapati tiada hotel yang didakwa oleh remaja berkenaan..malah hotel tersebut tiada di situ. Kisah tersebut menjadi urban legend pelancong2 yang melewati kawasan berkenaan. Apa kata korang rasai sendiri pengalaman dengan menghuni hotel tersebut di Todos Santos, Mexico.


Walau apa pun..lagu Hotel California tetap unggul dan disebaliknya terdapat misteri yang masih belum terungkai dalam susunan liriknya. Adios ~

 
Eagles – Hotel California

On a dark desert highway
Cool wind in my hair
Warm smell of colitas

Rising up through the air
Up ahead in the distance

I saw a shimmering light
My head grew heavy and my sight grew dim

I had to stop for the night
There she stood in the doorway

I heard the mission bell
And I was thinking to myself
This could be Heaven or this could be Hell
Then she lit up a candle
And she showed me the way
There were voices down the corridor
I thought I heard them say


(chorus)
Welcome to the Hotel California
Such a lovely place
(Such a lovely place)
Such a lovely face
Plenty of room at the Hotel California
Any time of year
(Any time of year)
You can find me here

Her mane was Tiffany twisted
She’s got the Mercedes Benz
She’s got a lot of pretty, pretty boys
That she calls “friends”
How they dance in the courtyard
Sweet summer sweat
Some dance to remember
Some dance to forget

So I called up the Captain
Please bring me my wine
He said:
“We haven’t had that spirit here since 1969”
And still those voices are calling from far away
Wake you up in the middle of the night
Just to hear them say

*(chorus)

Mirrors on the ceiling
Pink champagne on ice
And she said:
“We are all just prisoners here
Of our own device”
And in the master’s chambers
They gather for the feast
They stab it with their steely knives
But they just can’t kill the beast
Last thing I remember
I was running for the door
I had to find the passage back to the place I was before
“Relax” said the night man
“We are programed to receive.
You can check out any time you like
But you can never leave”

SHARE
Previous articlePINTU PAGAR PULANG III
Next articlePodcast – GEMPA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here