Misteri Yurizawa (Bahagian 2)

0
694

Misteri Yurizawa (Bahagian 2)
Karya : Dammerung
======================

Kedinginan terasa hingga ke tulang pagi itu. Disebabkan semua tak bawa baju sejuk, masing-masing berbalut selimut jalan ke balairaya untuk bersarapan. Tengok lopak air bertakung sana sini rupanya hujan malam tadi. Patutlah syok tidur. Cakap pasal malam tadi, Rozman teringat kejadian stranger dalam rumah. Peliknya tak ada siapa pula cerita dekat Yumiko-san dan dia sendiri pun tak terasa nak cerita. Fikir nak sarapan je.

Selalunya ramai atuk-atuk dan nenek-nenek doing their morning walk tapi pagi ni tak ada pula. Sejuk sangat kot. Cuaca agak mendung. Gunung-ganang hilang terus dari pandangan ditutup kabus tebal. Sampai di balai raya, mengeluh kuat semua. Bubur lagi. Rozman tak adalah complain sangat sebab baik bubur dari babi. Telan je lah. Hairan juga dia, kampung ni tak ada orang bela lembu ke? Bukan ke Jepun famous dengan daging-daging wagyu ni? Mana pergi lembu-lembu semua? Time tu Rozman dah kempunan nak makan daging. Tak sembelih cara syariah pun tak apalah, darurat punya pasal, asalkan bukan oink oink.

Group Kentaro takde di balai raya. Ingatkan tak sampai lagi, tapi macam dah dekat nak licin bowl bubur pun tak sampai-sampai juga. Yamazaki tanya Yumiko-san, tak nak pergi kejutkan group lagi satu ke? Yumiko mula-mula buat tak dengar, tapi bila ditanya sekali lagi baru macam terbangak-bangak jawab, “errr… oh, diaorang dah start awal sebelum korang.”

Lah? boleh pula macam tu? Sentap jugalah sebab haritu cakap go out and work as a team.

Tak apalah. Nanti catch-up somewhere. Mereka menyambung kerja kelmarin, baiki saluran air rumah sorang atuk ni yang patah dihimpap dahan pokok. Kata Rozman, memang betullah inovatif orang Jepun ni. Boleh came up dengan piping system tarik air dari gunung ke centralized takungan yang di share tiga ke empat buah rumah tanpa sebarang engineering knowledge, pakai common sense je. Buat pakai buluh tapi dah berpuluh tahun pun masih kukuh lagi.

Masa repair tu, mereka berboraklah dengan tuan rumah. Menurut atuk tu, semua penduduk kampung Yurizawa sekarang ini adalah single. Single as in eternal virgin, bukan janda atau duda. Beberapa tahun selepas penghijrahan anak-anak muda ke kota-kota besar, mereka yang masih di Yurizawa membuat keputusan untuk tidak berkahwin kerana nak mengekalkan tranquility kamung tersebut. Kalau kahwin nanti ada anak, dah ada anak kena sediakan kemudahan sekolah, bila dah ada sekolah nanti ada benda-benda lain pula. Polis pun tak perlu sebab everyone knows everyone dan nak rompak apa pun, semuade kat situ lebih kurang je. Miskin tak, kaya pun tak.

“Tapi…” salah seorang dari group Yamazaki menyampuk.

Kalau jenayah bukan satu kebimbangan, kenapa setiap rumah yang mereka pergi, which termasuklah rumah tumpangan mereka, pintu depan ada sampai tiga engsel? Even dekat Tokyo pun tak macam tu punya secure.

Alasan diberikan atuk itu tersangatlah vague; “You will never know for sure.”

Okay…

Mereka dihidangkan teh tawar. Tengok air teh, teringat Rozman time dekat kampung. Kalau ada gotong-royong macam ni mesti hidang air teh susu dengan kuih ketayap ke, pulut kuning cecah sambal tumis petai ke. Sekarang ni dia beribu kilometer dari kampumg halaman, gotong-royong kampung orang lain dan dapat Japanese herbal tea yang tak best langsung.

Kerja amal diteruskan ke rumah lain pula dan matahari semakin tinggi, tapi group Kentaro masih tak kelihatan. Masa lunch break di balairaya, hanya group Yamazaki yang ada. Yumiko-san pula sejak dari pagi tadi tak nampak-nampak sampai sekarang. Nak telefon, era awal 90-an mana ada handphone lagi. Nak pergi ke rumah Yumiko, seorang pun tak tahu mana dia tinggal.

“Eh,” kata Rozman dalam hati. “Ha’ah, kan? Kenapa takda siapa pun yang tahu mana satu rumah Yumiko-san?”

Rozman mengutarakan persoalan ini ke teman-teman dan semua sependapat. Why they never bother to know where she lives?

Yamazaki minta semua stick to their activities dan menyakinkan bahawa nanti bertembunglah dekat mana-mana tu. Yurizawa bukannya besar mana pun. Mengikut rancangan, minggu pertama fokus kepada repair rumah-rumah, minggu kedua baru cuba tengokkan sistem saliran kampung tersebut. Since club dianggotai Rozman ini adalah sama ada architecture or structural engineering students, kerja-kerja bertukang ni small matters je. Mereka dah bahagikan kerja ikut kumpulan dan Lily cadangkan mereka pergi melawat salah satu rumah yang di bawah group Kentaro.

Setelah tiga rumah dijenguk, masih tak jumpa dengan group Kentaro. Pelik. Mana pula diaorang ni pergi? Hati rasa membara je bila Yumiko-san pun masih tak nampak batang hidung. Lalu mereka pergi ke salah satu rumah dan bertanya arah rumah Yumiko.

“Yumiko? Siapa Yumiko?” Tanya seorang nenek. Mungkin dah nyanyuk tak ingat kot dengan Yumiko-san.

Pergi rumah lain pula, semua tanya siapa itu Yumiko. Nak bagi full name, again no one in the group bothers to even asked her full name. Yang tahu Kentaro sorang je sebab dia yang deal dengan Yumiko-san. Punyalah kelam-kabut arrangement student universiti ni.

Tak apalah. Tunggu petang nanti time dinner. Mereka meneruskan aktiviti amal membuat apa yang patut. Petang itu nak dekat pukul lima, group Yamazaki tiba di balairaya dan mendapati group Kentaro tengah melantak. Biasalah kalau jumpa mesti bertegur sapa, tanya khabar, hai hai hoi hoi bagai… tapi kali ini tak, tunduk je kepala masing-masing.

Bila group Yamazaki duduk di meja makan, serentak group Kentaro bangun dan letak bowl dalam sinki. Apasal pula ni? Rozman cuba menarik perhatian Gunma dengan tarik bajunya. Gunma cuma toleh kejap tengok Rozman dan kemudian beredar. Kata Rozman, muka Gunma masa tu macam nak menangis. Tanpa berkata apa-apa, group Kentaro meninggalkan balairaya.

Yumiko sampai di balairaya dan greet semua orang macam biasa. Bila tanya tadi pergi mana, Yumiko cakap dia ada hal kejap. The ladies tanya, by the way Yumiko-san…

“Oh tak perlu tahu pasal tu. I live around here.”

Itu je jawapan Yumiko. Mereka kemudiannya tanya full name Yumiko pula. Boleh pula makcik tu tanya nak buat apa?

Hello? Kalau ada emergency case macam mana? Dahlah tak bagitahu tinggal dekat mana, ni full name pun tak nak bagitau. Apa kes kau ni? Mereka menceritakan bagaimana orang kampung Yurizawa semua tak kenal anyone by the name of “Yumiko”. We thought you live here?

“Emergency macam mana?”

What the hell? Eh pelik betullah makcik ni, kata Rozman dalam hati. Okay, mereka bagi senario if something happened during the night.

“JANGAN SEKALI-KALI KELUAR WAKTU MALAM. FAHAM?!” Kata Yumiko dengan suara keras.

Yamazaki bertindak sebagai ketua kumpulan, terangkan ‘dengan awak berahsia macam ni, if something happened time malam, kami tak teragak-agak keluar untuk mendapatkan bantuan’.

Yumiko masih degil dengan amaran tidak dibenarkan keluar malamnya. Yamazaki balas dengan nada tegas,

“Yumiko-san, ingat ya, kami disini sebagai sukarelawan. Bukan dibayar. Not even one cent. Jadi jangan nak bagitahu kitaorang what we can and cannot do. Faham?”

Renungan tajam Yumiko-san ibarat pedang Samurai. Boleh terasa bahang intensenya ketika itu. Yumiko beredar dari balairaya tanpa membuka mulut.

Mereka yang halfway having their dinner dah tak selera nak sambung makan. Rozman tak dapat tahan rasa tak sedap hatinya…

“Aku rasa we should call it quit. Seriously banyak benda tak kena dengan kampung ni, dengan Yumiko lagi. Aku tak rasa aku boleh tahan satu hari lagi dekat sini.”

Lily angguk diikuti Sonoko dan Yumi. Mereka semua kemudiannya mengalihkan pandangan kepada de facto leader kumpulan, Yamazaki.

Lebih kurang seminit mendiamkan diri, Yamazaki membuat keputusan…

“We call it quit. Mengarut dah benda alah ni. Lepas ni kita pergi rumah group Kentaro bincang besok macam mana. I don’t think they would say no to our decision either.”

Memang betul apa Yamazaki cakap. Masa Rozman tarik baju Gunma tadi, dari riak wajahnya seolah-olah berkata, “get the hell out of here!”

Tiba-tiba Rozman rasa berdebar-debar. Naluri kuat menyuruh dia ke rumah group Kentaro sekarang juga.

Kicauan burung-burung di langit terbang pulang ke sarang menandakan hari hendak gelap. Mereka sepatutnya dah balik ke rumah tapi semua dah tak peduli dengan arahan, amaran dan apa-apa lagi rules tak masuk akal. Group Yamazaki berlari ke rumah group Kentaro.

Sampai di sana mereka dapati rumah tersebut kosong.

“Betul ke diaorang duduk rumah ni?” Tanya Lily. Rumah bukan sahaja kosong malahan lantai pun berdebu tanda dah bertahun tak berpenghuni.

“Kan Yumiko-san cakap diaorang tinggal next door?” Balas Sonoko pula.

“Ke kita salah salah dengar ni?” Sambung Sonoko lagi.

Bila cakap ‘next door’ tu, bukanlah sebelah betul. Seperti dinyatakan sebelum ini, setiap rumah dipisahkan dengan ladang atau sawah. Dari rumah tumpangan mereka sahaja ada beberapa rumah within 200-300 meter radius, so rumah mana satu? Ingatkan rumah yang sekarang ini kerana sederet dengan rumah mereka.

Group Kentaro berpecah untuk check setiap rumah dalam lingkungan 300 meter. Kalau zaman sekarang bolehlah communicate pakai handphone, tapi time tu kena plan in advance on the timing, so semua set jam (time ni G-Shock/Baby-G dikira jam rasmi anak-anak muda, zaman sekarang juga kot) G-Shock masing-masing ke Timer dan janji berkumpul di sini dalam 20 minit.

Ada lebih kurang 15 rumah sekitar rumah mereka within 300 meter. Rozman punya coverage semua rumah tinggal yang confirmed tak ada orang, sebab dah usang sangat. Tak ada bumbung pun ada. Tepat 20 minit, Rozman berlari semula ke Rendezvous Point.

Yamazaki geleng kepala sebaik made eye contact dengan Rozman. Yumi dan Sonoko sampai berdua pun cakap yilekk. Lily…

Lily?

Yumi dan Sonoko tak perasan Lily. Yamazaki pun tak sure.

Sayup-sayup bunyi loceng kedengaran. Hari semakin gelap. Yamazaki, Rozman, Sonoko dan Yumi dah berpandangan antara satu sama lain. Tak pasti…

Lily…

***

Kata Rozman, Yurizawa waktu siang hari memang cantik. Kau boleh randomly snapped kamera dan dalam 10 gambar kau ambil, tujuh mungkin boleh buat jadi poskad. Tapi bila matahari terbenam, it’s a different story. Cahaya matahari terbenam dihalang oleh bukit-bukau dan gunung-ganang dan ini menyebabkan hari jadi gelap begitu cepat sekali, transition senja tu macam tak ada. Kalau dekat tempat lain, pukul 6:30 – 7:00 malam tu masih terang lagi, tapi dekat Yurizawa dah macam pukul 8:00 malam.

Semua pandang ke Yamazaki untuk dia buat keputusan, after all dia chief kan. Yamazaki memutuskan untuk pulang ke rumah dulu. Terlalu bahaya untuk cari Lily sekarang, lagipun mana ada bawa lampu suluh. Kalau kampung ni ada lampu jalan tak apalah, ini lampu luar rumah pun tak ada. Mereka terpaksa menggunakan illuminator light dari G-Shock untuk pulang ke rumah. Begitulah gelapnya Yurizawa waktu malam, walaupun baru je pukul 7:00 malam.

Malam itu mereka bermalam di bilik yang lebih kecil (sebesar ruangan stor simpan barang) berdekatan dengan dapur dan bilik air untuk easy access ke toilet. Suasana hening, semua senyap. Hanya seduan tangisan Sonoko dan Yumi yang kedengaran di sebalik suasana malam yang seperti ruang vakum kerana tiada bunyi-bunyian.

Dia tak nak fikir bukan-bukan pasal temannya. Bagi dia, Lily, Kentaro, Gunma, Kitaura, Rika dan Ben are safe somewhere. Ini bukan filem slasher yang mana satu-satu kawannya disembelih oleh pembunuh tak dikenali atau whatever. This is real life. Rozman tak senang duduk fikir pasal kejadian yang menimpa dirinya. Pemikiran bahawa kawan-kawannya dibunuh seperti plotline filem slasher dan penyesalan kenapalah dia tak ambil kelas macam budak-budak Malaysia lain menumbuk-numbuk otaknya.

Gema mesin yang tak tahu dari mana datangnya bermula seperti biasa. Ini disusuli dengan derapan tapak kaki seperti orang berkawad di luar rumah. Dengan apa yang telah mereka lalui setakat ini, bunyi mesin misteri dan Orang Hutan berarak setiap malam are the least of their concern. Ini belum masuk ‘orang tua’ tak diundang dekat dalam rumah yang tunggu masa je nak berhelo-helo dengan mereka.

Rozman berdiri dan cakap dia nak pergi toilet. Yumi ikut, walaupun bertentang aja dengan bilik, that really short trip to the toilet is still frightening and risky. Apa yang melucukan kata Rozman, he’s not sure whether it’s just Yamazaki atau it’s really a Japanese thing, these people suka gila buat planning. Nak pergi toilet pun macam strategi perang. Yamazaki dan Sonoko standby dekat pintu bilik, Yumi berdiri satu meter setengah dari pintu bilik air while Rozman doing his business. Bila Rozman selesai, dia akan ambil position Sonoko, Yumi masuk toilet dan Yamazaki akan tunggu di luar and they’re going to complete the whole cycle. Yup, ada strategi nak membuang air.

Masa turn Yamazaki, suara terkekek-kekek kedengaran dari ruang tamu. Dia mai dahhh. Mereka buat tak tahu tapi dapat dirasakan yang makhluk tersebut menghampiri mereka berdasarkan suara ketawa yang makin dekat.

“Yama, cepatlah wei, celaka tu dah start mengensot ke sini dahh!” Kata Rozman. Bunyi sesuatu menyeret di lantai kedengaran jelas. Time ni Sonoko dan Yumi dah melompat masuk bilik.

Masa Yamazaki berlari masuk ke dalam bilik, Rozman sempat tengok dari ekor mata, kelibat tu bongkok badan then tolak ke depan macam cacing. Seumur hidup tak pernah terfikir yang dia akan nampak hantu, dengan cerita hantu dia dengar pasal pontianak, langsuir, pocong dan macam-macam lagi time dekat kampung, dah sampai Jepun baru jumpa. Well, at least bolehlah berlagak cakap yang dia dah pernah jumpa hantu, dekat Jepun lagi.

Pintu ditutup. Yamazaki dan Rozman bersandar di sebalik pintu sambil kaki mereka menolak dinding bertentangan untuk menahan pintu tersebut dari dipecah masuk oleh makhluk whatever it is dekat luar. Yea, macam itulah kecilnya bilik tu. Rozman dan Yamazaki terhentak apabila pintu cuba dibuka dari luar. Sonoko dan Yumi turut serta menolak pintu. Sekali lagi pintu cuba dirempuh masuk. Kuat betul hantu ni, empat orang tahan pintu pun masih terhentak lagi.

Cubaan untuk masuk berhenti. Hanya bunyi nafas mereka yang kedengaran. Rozman melihat api pelita yang semakin mengecil. Dari bekas kaca pelita, bekalan kerosene hanya bertahan untuk malam ini sahaja. Malam itu dihabiskan dengan berhimpit depan pintu, just in case benda alah tu nak masuk lagi. Tiada siapa boleh tidur. Bunyi orang bercucuk tanam di ladang kobis sebelah menemani mereka sehingga matahari terbit.

Sebaik hari jadi terang, semua kelam-kabut pack barang siap-siap. Plan hari itu ialah usahakan cari Lily dan group Kentaro. Kalau dah tengahari tak jumpa juga, mereka akan jalan kaki sehingga the next town dan buat laporan polis. Semua terlompat bila pintu rumah diketuk dengan kuat.

“Guys, buka pintu!” Suara Lily menyebabkan semua berlari ke pintu.

Rozman cakap macam nak menangis tengok Lily sihat walafiat. Tak sempat awek Filipina tu nak masuk, dia dah dipeluk oleh Yumi dan Sonoko. Dari cara Lily cuba meleraikan pelukan tersebut, dia ada perkara penting untuk disampaikan. Segera dia menolak mereka semua masuk ke rumah semula dan mengunci pintu.

“What the hell Lily, ko kat mana malam tadi?”

“I bermalam di rumah this siblings. Masa cari group Kentaro, I stopped by their house dan mereka insist on spending the night at their place”

“That’s crazy Lily, you tak tau diaorang tu macam mana. You could get hurt!”

“You would do the same if you were me…”

Menurut Lily, masa dia dekat rumah penduduk kampung itu, mula-mula macam biasa je. Sebaik sahaja dengar paluan loceng pertama, mereka bersungguh-sungguh insist masuk dalam rumah kerana tiada siapa patut berada di luar bila hari dah gelap. Mula-mula of course dia tak nak tapi bila dia toleh, tengok bagaimana kegelapan ‘memakan’ setiap inci kampung Yurizawa macam kepala air melimpah dari gunung, Lily tak banyak pilihan.

Apparently kata Lily, all the weird shit that happened in Yurizawa memang tak ada kena-mengena dengan orang kampng. After all they are too old to be involved anyway. Lily juga tanya pasal Yumiko-san kepada pasangan adik-beradik tersebut dan jawapan diterima amat mengejutkan…

“Bukan Yumiko tu dengan korang semua ke?”

Turns out orang kampung semua ingat Yumiko-san adalah sebahagian dari group Rozman dan rakan-rakan dan mereka tak pernah jumpa Yumiko sehinggalah hari mereka sampai tu. Patutlah Yumiko-san selalu hilang time diaorang ni berkerja.

“But first thing first, we need to head to the balairaya,” kata Yamazaki.

Dengan backpack besar di belakang, group Yamazaki segera menuju ke balairaya dan mendapati balairaya berkunci. No big deal since masih awal. The idea is untuk jumpa Yumiko-san dan confronting her about what the hell is this all about. Dekat sejam tunggu tak muncul-muncul juga. Sampailah orang kampung yang start morning walk perasan sekumpulan anak muda berkumpul depan balairaya. Kata penduduk kampung, biasanya pagi-pagi Yumiko-san dah ada dekat balairaya, meaning that dah terbukalah balairaya tu. Berborak lebih kurang, mereka anggap aja yang Yumiko takkan datang.

Dipendekkan cerita, mereka pergi ke rumah Koyuda bersaudara yang terdiri dari kakak bernama Uchiko dan adik lelakinya Kanai. Mereka dihidangkan Oyakodon yang sangat enak dan Rozman melahap macam orang kebuluran. Setelah itu semasa berborak di ruang tengah rumah, satu revelation membuatkan mereka bertambah keliru.

Rumah adik-beradik Koyuda termasuk dalam list untuk diperbaiki kerana satu bahagian atap rumah mereka dah bocor. Sepatutnya group Kentaro yang repair rumah mereka tapi tak pernah pula ada orang datang. Mungkin mereka sibuk baiki rumah lain tapi masalahnya penduduk kampung hanya lihat group Yamazaki yang buat kerja. Tak pernah nampak group Kentaro sampai mereka curious, bukan ramai ke yang datang hari tu tapi kenapa yang sibuk bertukang hanya lima orang ini je?

Pulak dah. Apa-apa pun ini peluang terbaik untuk mereka korek lebih dalam lagi rahsia Yurizawa ni. Memandangkan pasangan Koyuda ini antara penduduk kampung paling muda (berumur lewat 50-an hingga lewat 60-an) so pasti ingatan mereka lebih baik banding dengan majoriti penduduk rata-rata berumur 80 tahun ke atas.

Mereka bertanya pasal Orang Hutan pula. Kata Koyuda yang tua, kemunculan Orang Hutan ni bermula 10 tahun lalu selepas Himiko-sama pandai-pandai lantik diri sendiri jadi high priestess di Yurizawa. Orang kampung tak ambil port sangat pun sebab mostly non-religious, siapa yang nak panjat tangga ke tokong atas bukit tinggi-tinggi tu lagipun. Since Himiko-sama paling outspoken so mereka biar dia representing the villagers.

Pada mulanya, Yurizawa gempar dengan kemunculan Orang Hutan, tapi memandangkan mereka ini tak ganggu orang, malahan menjaga kampung dengan mengusahakan sawah padi dan tanaman, mereka terimalah kehadiran kaum misteri itu. Cuma dengan syarat semasa Orang Hutan bekerja, tak ada siapa pun dibenarkan berada di luar. Fair enough lah, minding your business type of agreement. Mula-mula kekok juga dengan curfew, tapi lama-lama dah biasa.

Bunyi mesin itu pun sama. Ia muncul secara tiba-tiba sekali dengan Orang Hutan. Since orang kampung terbongkang awal, so tak ada ambil kisah pasal mesin tu. Himiko-sama cakap bunyi dari construction highway sebalik gunung. Sudah tentulah macam tak logik sebab jauh kot construction tu… but then, hey who cares? As long tak kacau aku, I’m cool with that. Gitulah kekdahnya persepsi orang kampung Yurizawa terhadap ‘dua gajah besar’ dekat kampung tu.

Ikutkan hati dua beradik itu memang nak blah dari Yurizawa, tapi apakan daya mereka tiada tempat lain selain kampung terpencil ini. Lokasi kampung dan gaya hidup membuatkan Yurizawa terpisah dari dunia luar. Bukan tak ada orang luar datang melawat selain Rozman dan rakan-rakan, tapi teramatlah jarang. Satu-satunya hubungan mereka dengan orang luar ialah van putih yang datang setiap hari Jumaat membawa barang-barang groceries untuk dijual.

Koyuda bersaudara itu juga menyalahkan generasi sebelumnya yang menakutkan mereka tentang pancaroba di luar Yurizawa, dengan orang jahatnya, gempa buminya dan lain-lain. Isolation tersebut menyebabkan keturunan Yurizawa akan pupus sebaik orang terakhir di kampung menghembuskan nafas terakhir. Mereka seperti dah terima kenyataan that is how their life is.

Yamazaki bertanya ada tak cara macam mana nak cari group Kentaro sebelum mereka di declare hilang dan proceed buat kes polis. Kanai-san tanya korang ni duduk rumah siapa dekat kampung ni?

Pertanyaan itu mengingatkan mereka kepada ‘hantu’ dalam rumah. Rozman cakap rumah sebelah tangga pergi ke tokong sementara group Kentaro tak sure dekat rumah mana.

“Apasal korang duduk situ? Gila ke?” Tanya kedua-dua Koyuda bersaudara dengan terkejut.

Sebenarnya rumah itu tempat persediaan mayat sebelum di cremate. Kiranya macam rumah mayatlah. Even orang kampung sendiri tak berani nak lalu-lalang depan rumah tu.

Apa nak terbalik semua orang dengar penjelasan pasal rumah tumpangan mereka. Rumah itu Yumiko-san yang cadangkan. Meluap-luap kemarahan Rozman pada Yumiko. Dia tahu Yumiko aware pasal rumah tu dan ada niat suruh mereka menginap di situ. Tujuan apa dia tak pasti, tapi yang pasti they’re being played by her.

Rozman dan rakan-rakan bagitahu Koyuda bersaudara pasal hantu ‘orang tua’ dalam rumah. Mereka cuma mengeluh dan cakap…

“Menyusahkan orang je. Kenapa tak diuruskan Harupa tu?”

“Errr… excuse me, Harupa?” Tanya Lily.

Menurut Koyuda, generasi orang tua mereka, ramai membela “Harupa”. Harupa ialah semangat hutan yang ‘dilahirkan’ dalam hutan dan ‘dibela’ oleh orang kampung untuk menolong mereka bekerja. Sebelum mesin angkat arang batu wujud, mereka angkat sendiri bertan-tan arang batu dari lombong ke bawah. Technically speaking manusia biasa mana larat nak angkat, so they relied on these ‘forest spirit’ dipanggil Harupa untuk menambah kudrat mereka.

Harupa ni akan ikut tuan mereka ke mana sahaja dan biasanya akan disguise jadi kucing ke, anjing ke tapi versi paling glamer ialah babi hutan. Kalau tuan mereka mati, satu upacara akan dilakukan di mana Harupa dalam versi babi hutan akan dibawa ke hutan menggunakan abu mayat tuan mereka dalam bekas sebagai umpan. Bila dah jauh dalam hutan, bekas isi abu mayat akan ditanam dan Harupa akan disuruh untuk jaga ‘tuan’ mereka. So in the end they will stay in the forest. That is why, kata the Koyudas, hutan di sini banyak babi hutan.

Apa yang terjadi di rumah tumpangan mereka. Mungkin si mati tak declare atau tak sempat wasiatkan untuk uruskan Harupanya dan Harupa tu bertenggek dekat tempat terakhir dia lihat tuannya. Bila dah tak bertuan, tu yang dia menyamar jadi tuannya dan melepak dekat situ je sebab dia tak tahu nak pergi mana dah. Of course dalam kepala otak Rozman dah terbayang hantu raya. Harupa is the Japanese version of hantu raya. No shit.

Semua ternganga dengar. One of them tanya…

“So you guys, ada bela tak…. Harupa?”

Koyuda bersaudara gelak je.

“Of course lah ada….”

Semua menanti further elaboration on that part tapi tak kunjung tiba. The Koyudas konar balik masuk part group Kentaro.

Berbalik pada cerita pasal group Kentaro ni. The Koyudas cadangkan pergi jumpa Himiko-sama. Kalau nak jumpa better sekarang sebab kejap lagi dia nak pergi tokong, unless they all sanggup nak daki tangga tinggi-tinggi tu.

So kesemua mereka pergi ke rumah Himiko-sama di tengah-tengah kampung dan satu-satunya diperbuat dari batu (lain-lain rumah kayu). Seorang wanita tua kecil keluar setelah dipanggil. Mereka dijemput masuk dalam rumah dan tanpa membuang masa menerangkan semuanya kepada ketua komuniti Yurizawa itu.

Himiko-sama mengeluh panjang.

“Sebab inilah aku tak suka orang luar datang kampung ni,” katanya tenang tapi keras.

Mereka bertanya pasal Yumiko kepada Himiko-sama dan jawapan beliau sama seperti penduduk kampung lain.

“Bukan dia sama korang ke?”

Menurut Himiko-sama, Yumiko datang bertemu dengannya lebih kurang sebulan lalu dan mengenalkan diri sebagai lecturer universiti tempat Rozman belajar. So ding dong ding dong, Himiko-sama bersetuju considering banyak rumah rosak dari ribut taufan beberapa minggu sebelumnya. Few helping hands won’t harm eventhough she had some doubts about her.

Rupa-rupanya keraguannya terbukti benar. Ada udang sebalik batu si Yumiko ni. Himiko-sama suruh mereka lepak dulu dekat rumah Koyuda dan datang ke balairaya sebaik dengar bunyi loceng. Group Yamazaki habiskan masa membaiki bumbung rumah Koyuda sebelum paluan loceng kedengaran.

Tiba di balairaya, mereka tengok dah ramai menunggu. Peliknya, Himiko-sama pun ada juga. Bukan ke dia yang palu loceng besar dekat tokong tadi? Gila power orang tua ni kejap je boleh turun dari tokong. Untuk pengetahuan semua, kalau berdiri di kaki tangga menuju ke tokong, tak nampak penghujungnya, that is how high that place is. Superman ke apa Himiko-sama ni?

Well, anyhow, since mesyuarat JKKK kampung Yurizawa dah nak start, mereka mengambil tempat duduk. Rozman agak terkilan kerana kalau mesyuarat JKKK dekat kampungnya di Kedah, mesti ada makan-makan, dekat sini jangan kata kuih keria, air mineral pun tak ada.

Himiko-sama memang no-nonsense type of leader. Tak ada pembuka kata menghargai kedatangan tuan puan apa segala tu, terus straight to the point.

“Some of the kids that came three days ago went missing. That bitch Yumiko, which I don’t trust her in the first place apparently have some part to play in it. Can anyone give some input about this?”

Tu dia. Rozman dalam hati bagi Himiko-sama slow clap. Atuk-atuk dan nenek-nenek berpandangan antara satu sama lain.

“Anooo… Himiko-sama,” kata seorang atuk tua sambil mengangkat tangan.

Atuk itu rumahnya boleh kata paling hujung dan mendakwa ternampak sekumpulan anak muda memasuki jalan tak berturap hujung kampung yang ada bunyi air terjun tu. If his memory served him right, dia nampak sekitar tengahari semalam. Masa tu dia nak sound tapi apa sangatlah kudratnya yang berumur 80++ tahun itu.

Himiko-sama berang. Kenapa tak bagitahu dia semalam?

Atuk tu relax je cakap, “how? Walk to your place? Nak jalan pergi toilet pun aku malas.”

Hilai tawa memenuhi balairaya. For a second dia terlupa pasal group Kentaro. Now he knows kenapa penduduk Yurizawa mampu hidup lama-lama. They’re living a simple life dan happy with it. Kalau dekat Malaysia, umur-umur macam penduduk Yurizawa ni terlantar dah. Tak kena stroke sebab darah tinggi, tak pun kaki dah kena potong sebab diabetic, or kanser, or whatever… apa-apa pun dah nyanyuklah. But not here, 80++ still going strong. No hospital, no clinic. Even kedai jual ubat pun tak ada.

DUM! Himiko-sama menumbuk meja. Suasana dalam balairaya flipped 180, sunyi sepi. Himiko-sama memandang group Yamazaki.

“I don’t usually do this, tapi aku bagi kebenaran korang untuk check dekat sana dengan syarat, enter that place at your own risk dan jadi apa-apa, korang tanggung sendiri. DAN korang kena keluar dari situ sebelum hari jadi gelap.”

“YES!” Kata Rozman dalam hati. At last some adventure. Yamazaki, Rozman, Sonoko, Yumi dan Lily berpandangan dan angguk-angguk tanda persetujuan. Yamazaki minta kebenaran untuk memulakan pencarian sekarang juga.

Di rumah Koyuda, mereka mempersiapkan diri. Nasihat Kitaura untuk packed sekali hiking/trekking equipment just in case, memang tak sia-sia. Koyuda bersaudara menyatakan kerisauan mereka dan they assure the Koyudas that they’re going to be just fine.

Mereka berjalan menuju ke hujung kampung. Sepanjang jalan tu atuk-atuk dan nenek-nenek yang tinggal di rumah sepanjang jalan tu memberi kata-kata semangat. Macam nak pergi perang pulak.

Yamazaki, Rozman, Lily, Sonoko dan Yumi tiba di jalan menuju ke hutan. Patung-patung sami botak dengan tangan mendepa seolah menyambut mereka. Angin sepoi-sepoi bahasa membuai tangkal-tangkal terlilit di pokok-pokok besar di kiri dan kanan laluan tersebut.

Tanpa berfikir panjang, kelima-lima pelajar universiti memasuki jalan menuju ke bekas-bekas lombong arang batu di kaki bukit.

Bahagian 3 KLIK SINI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here