Misteri Yurizawa (Bahagian 3)

1
507

Misteri Yurizawa (Bahagian 3)
Karya : Dammerung

======================

Siapa yang familiar dengan hutan di Jepun, or at least pernah pergi Aokigahara akan tahu betapa spooky nya hutan-hutan di negara matahari terbit itu. Tak seperti hutan tropika di Malaysia yang boleh dikatakan colorful, hutan di Jepun agak plain. Pokok kurus-kurus tapi tinggi dan ini membuatkan ground level lapang. Kepada mereka yang tak biasa hiking dalam hutan Jepun, mereka dengan mudahnya akan hilang orientasi dan akhirnya tersesat. Ini ditambah pula dengan kerendangan bumbung hutan membuatkan sesetengah bahagian tak dapat sinaran matahari langsung.

Rozman dan Yamazaki pernah camping di Aokigahara, antara tempat paling haunted di Jepun but still tak boleh beat the creepiness hutan di Yurizawa. Disebabkan Aokigahara technically ialah kawasan pelancongan jadi banyaklah kemudahan disediakan untuk pengunjung, berbanding dengan hutan yang mereka tengah explore sekarang mungkin orang kampung Yurizawa sendiri pun tak pernah masuk.

Perkara paling creepy ialah air terjun tersebut. Dari entrance lagi boleh dengar jelas deruan airnya macam betul-betul dekat sebelah je, tapi bila mereka menjejaki arah berpandukan bunyi air, tak sampai-sampai ke air terjunnya. Jangan kata air terjun, jeram pun tak jumpa. Seperti seluruh hutan memantulkan bunyi air terjun dari pelbagai arah membuatkan mereka tak boleh nak pinpoint the exact location of the waterfall.

Mungkinkah group Kentaro tersesat dalam hutan?

Kemungkinan itu membuatkan Rozman dan Yamazaki risau. Siang-siang pun meremang bulu tengkuk, tak tahulah malam macam mana. Diharapkan tanggapan mereka itu salah dan group Kentaro ada di tempat lain yang bukan dalam hutan. Segumpal benang merah diikat pada dahan sewaktu mereka mula-mula masuk dan di rolling sepanjang penerokaan sebagai petunjuk arah ke entrance. Terkejut mereka apabila mendapati gumpalan sebesar dua penumbuk kini hanya tinggal separuh penumbuk. Rasanya tak sampai 15 minit pun mereka masuk dalam hutan tu. Bunyi air terjun masih kedengaran di telinga masing-masing, seolah-olah mengejek mereka supaya mencarinya.

Kelima-lima berbincang dan membuat keputusan untuk meneruskan pencarian sehingga gumpalan benang habis kemudian baru patah balik pergi entrance tadi untuk ubah game plan. Dengan Yamazaki leading the pack, mereka masuk lebih dalam lagi ke dalam hutan menuju ke air terjun.

Kata Rozman, tak kisahlah tang mana dia putar kepala, semua bahagian sama je. Sampai tahap dirasakan seperti they’re going in circle.

“Are we going in circle?” Tanya Rozman kepada rakan-rakan.

Yamazaki berhenti sebaik Rozman tanya macam tu. Tak perlu balas pun dah tahu semua pun rasa begitu. Yumi yang ditugaskan memegang benang menunjukkan baki benang yang tinggal hanya melilit jari telunjuk.

Mereka patah balik menuju ke entrance dengan Yumi di depan sambil menarik perlahan-lahan benang merah tersebut. Tiga atau empat minit into the journey, betul-betul sebelah mereka ada air terjun setinggi tiga tingkat dengan kolam air nan biru di bawahnya.

What the hell? Tadi takde pun. Padahal mereka ikut laluan yang sama masa mereka masuk tadi.

Tak tahu kenapa, mereka excited gila bila nampak air terjun. Macam first time dalam hidup tengok air terjun sampai terloncat-loncat semua. Yumi ikat tali dekat ranting dan semua berlari ke waterfall.

Rozman dengan Yamazaki dah banzai dulu terjun tiruk masuk dalam air. Si Lily, Yumi dan Sonoko pula boleh buat tiger show tanggal pakaian satu-satu sampai tinggal bra dengan panties je sebelum tiruk sama. Yamazaki main simbah-simbah air dengan the girls tapi Rozman buat hal sendiri sambil berendam. Malu ‘adik’ dah terbangun

Dah puas berendam, mereka bersiap untuk meneruskan perjalanan keluar dari hutan. On the way keluar tu masing-masing bergelak ketawa, bergurau senda. By the way, untuk pengetahuan semua, sepanjang di Yurizawa, mereka tak pernah mandi sebab rumah tu takde tempat mandi. Cuma ada toilet dengan sinki kecil buat basuh muka dan gosok gigi. Kata Rozman, rasa segar gila dapat mandi-manda air terjun dan rasa best je sehingga lupa tujuan asal mereka masuk hutan tu.

Yumi tiba-tiba berhenti di tengah perjalanan…

“Guys…” Kata Yumi dengan suara terketar.

Benang tu dah putus. Kelam kabut cuba cari baki benang tapi mungkin sebab zig-zagging dalam hutan tadi sampai putus beberapa bahagian. Lagipun mereka tak berani nak spread out untuk cari benang sebab takut hilang. Baru je nak happy-happy dah psiko balik.
Sonoko dah cembeng, Lily dan Yumi pula mata dah berkaca-kaca. Yamazaki punyalah bengang dia menjerit sekuat hati sampai bergema satu hutan.
That feeling of knowing they’re lost in the woods membuatkan Rozman rasa kepalanya berputar. Jam menunjukkan sekitar 4:30 petang. Hari semakin lewat dan amaran Himiko-sama untuk keluar sebelum hari gelap terngiang-ngiang di telinga.

“Yurizawa banyak sungai kan?” Tanya Sonoko. “Kalau kita jejak sungai kat waterfall tu mesti tembus kat salah satu sungai di kampung. Betul tak?” Katanya lagi.

Kelegaan terpancar di wajah mereka. Segera mereka trace back laluan ke air terjun dan nasib baik lah terjumpa. Yamazaki sekali lagi lead kumpulannya menyusuri jeram bermula dari arah air terjun tersebut. Jalan punya jalan, hari pun semakin gelap.

Rozman dan Lily cuba menaikkan moral ahli kumpulan dengan memberi kata-kata sokongan. But it doesn’t help that much since mereka sendiri pun tengah panik.

Tiba-tiba mereka bertembung dengan satu rantai besi tergantung depan mereka. Rantai itu dari jentera penarik kotak pengangkat arang batu yang mereka jumpa di tepi-tepi sungai perkampungan Yurizawa. This is good kata Yamazaki, at least mereka tahu kalau follow rantai tu for sure akan sampai ke kampung.

Masalahnya tak tahu arah mana. Rantai tersebut berada dalam kedudukan horizontal dan susah nak agak hujung mana dari arah kampung dan hujung mana mengarah ke lombong di kaki bukit. At that point of time, berpecah bukan satu pilihan kerana takda siapa sanggup pergi berlainan arah dan end up lebih sesat dengan hari pun nak malam ni.

Rozman mengeluarkan kompas. Mengikut tradisi orang Jepun biasanya mereka akan bina rumah menghadap matahari terbit. Katakanlah rumah-rumah di Yurizawa dibina dengan depannya menghadap matahari terbit which is arah timur, maknanya lombong adalah arah barat, arah belakang mereka. It’s a far fetched idea but that’s the only solution they have right now.

Kelima-lima mereka berputar ikut jarum kompas yang berpusing. Setelah mengenal pasti arah tujuan, mereka segera merentasi hutan Yurizawa berpandukan rantai besi tersebut. Bunyi paluan loceng dari jauh membuatkan mereka mula berjogging.

Loceng akan di palu tiga kali dengan setiap paluan ada interval lebih kurang 10 minit. Menurut kata Koyuda bersaudara, paluan pertama menandakan hari dah nak gelap dan semua kena balik rumah. Paluan kedua ialah pemberitahuan kepada Orang Hutan bahawa penduduk Yurizawa semua dah masuk rumah dan paluan ketiga adalah dimana mereka akan mula turun ke kampung dan naik ke tokong atas bukit.

Jika tadi berlari, sekarang dah mula mendaki, dan tak stop mendaki. Rozman dah rasa mereka sebenarnya menaiki tanah tinggi.

“Guys stop, stop running!” Kata Rozman.

“We’re running towards the wrong end.”

Keluhan dilepaskan dan semua terbaring di lantai hutan beralaskan daun-daun kering.

Paluan kedua sayup-sayup kedengaran. That’s it. Mereka takkan sempat nak patah balik. Yamazaki paksa semua bangun. Mereka kena cari tempat untuk berlindung dan yang pasti bukan di kawasan terdedah macam sekarang ni.

Masalahnya nak pergi arah mana pun tak tahu, setiap sudut dalam hutan tu ibarat copy paste antara satu sama lain. Dah bertengkar si Rozman dengan Yamazaki. Lily pula cuba tenangkan dua jantan ni. Sonoko dan Yumi terduduk memeluk lutut.

Sebaik loceng di palu buat kali ketiga, rantai besi itu bergerak. Bunyi enjin membingitkan seluruh kawasan hutan.

Kegelapan menyelubungi hutan hanya dalam beberapa saat. Kalau tadi boleh lagi tengok muka masing-masing, kini teraba-raba sebab visibility zero. Kata Rozman, itulah situasi paling menakutkan dia pernah alami sampai mengigil kepala lutut, jatuh terduduk dan mengalami vertigo. Tengok atas, kiri, kanan gelap-gelita. Panik tu tak payah cakaplah, Tuhan je yang tahu.

Suara Yamazaki, Lily, Sonoko dan Yumi memanggil-manggil dalam tangisan di sebalik bunyi rantai besi dan enjin is the only reservation that he have to know that all of his senses are working. Rozman segera bangkit dan mengeluarkan lampu suluh dapat free dari beli bateri. Dia mencari rakan-rakannya, tapi tak berani randomly suluh kerana takut kalau tersuluh benda yang bukan-bukan, jadi dia hanya suluh ke tanah je. Rozman jumpa Lily, kemudian Sonoko dan Yumi berpegangan tangan dan terakhir Yamazaki tengah peluk pokok.

“We have to move, we have to move,” kataRozman dan mereka berpegangan tangan dengan Rozman di depan dan Yamazaki paling belakang. Kelima-lima pelajar universiti berjalan dalam kegelapan malam tak tahu arah tujuan.

Jalan sikit ada je yang terjatuh. Nak jalan 5 meter pun susah. Last-last give up dan terbaring di lantai hutan. Semua mengenggam tangan antara satu sama lain seerat-erat yang boleh dan berdoa supaya tiada bala bencana terjadi pada mereka malam itu.

Lolongan seperti monyet kedengaran bersahutan. Setahu Rozman hutan macam ni mana ada monyet. Kalau ada pun siang tadi mesti dah dengar dah.

Bunyi seolah orang menyapu menandakan ada sesuatu sedang memijak daun-daun kering di lantai hutan. Bunyi tersebut bukan satu tapi banyak seperti orang ramai sedang berjalan di hutan.

Orang Hutan.

Rozman dapat merasakan tubuh Lily kaku dan genggamannya semakin kuat. Dia berharap supaya Orang Hutan tak sedar kewujudan mereka dalam kegelapan itu. Walaupun tak nampak tapi dengar bunyi mereka berjalan pun terkucil di buatnya.

“Lily…” Rozman dalam suara berbisik.

“Shut up!” Balas Lily dengan suara seperlahan mungkin.

“If we’re gonna die tonight, I just want-”

“I swear to God I’m gonna kill you if you’re not going to shut up!” Potong Lily dengan suara meneran yang terpaksa di control on lower register.

“If we’re managed to get out from this shithole, I’ll marry you.” Kata Rozman lagi.

“For f**k’s sake Rosh, what the-”

“Shhh!” Yamazaki menyuruh mereka senyap.

Rozman cakap, dia sendiri pun tak tahu kenapa dia merepek-repek. Mungkin too many feelings on extreme level dan definitely dia rasa macam anytime akan mati, tu yang otak dia weng kejap. Lily jadi mangsa hehe.

Semalaman tak tidur dan kepenatan melampau membuatkan Rozman terlena. Jangan tanya bagaimana, he just did.

Pipinya rasa pedih.

Aduh. Ape ni?

Kali ni pipi lagi sebelah terasa pedih.

“WAKE UP!” Muka Lily betul-betul depan mata.

Rozman bingkas bangun dan lihat hari dah terang. Tapi…

“Where are-”

“I DON’T KNOW! I woke up and I saw you and then I looked around and then..” Lily tak mampu nak teruskan kata-kata. Air matanya dah terburai.

“Natures call? Natures call, it got to be natures call.” Kata Rozman cuba berfikiran positif.

Mereka melaung-laungkan nama Yamazaki, Sonoko dan Yumi sampai sakit tekak. Apa kejadah jauh benar pergi kencing diaorang ni?

Now they are lost, hungry, thirsty, exhausted, scared and some of their friend are missing and probably hurt.

Rozman tak tahu what can be more worst than this.

Dia tenang kan Lily.

“We still have that chain, we follow it, either way, I don’t care, we think of something once we got out. I’m sure they’re okay, they’re just lost.”

Rozman lihat kiri dan kanan rantai besi yang tergantung.

Lat talilat lai li tamplum… okay sebelah kiri.

Rozman dan Lily berjalan lemah dalam hutan. Berpandukan rantai besi…jauh ke dalam hutan. Semakin dalam mereka masuk ke dalam hutan mengikut rantai besi tersebut, makin mencabar perjalanan mereka. Tumbuh-tumbuhan makin tebal dengan pokok-pokok gergasi yang banirnya boleh memuatkan dua orang dewasa. Rozman dan Lily berhenti apabila rantai besi menembusi hutan di cerun bukit yang curam. Perut lapar, dahaga dan kepenatan melampau, Rozman tak berdaya nak mendaki cerun di depannya.

“Take 5, take 5 Rosh, I can’t take it anymore.” Kata Lily terbaring kepenatan.

Rozman turut berbaring di lantai hutan. Lily dah tertidur di sebelahnya. Rozman menelan seberapa banyak air liur yang boleh. Tekaknya kering kontang. Kelopak mata terasa berat, dikelip-kelipkan mata untuk menahan diri dari tertidur tapi tubuhnya terlalu lesu. Dengan secebis tenaga yang tinggal dia menggapai tangan Lily dan memegang dengan erat. Tak kira apa yang berlaku, dia takkan lepaskan Lily, never ever let her go, never ever…never…

ZZZzzZZZzzzzzZZzzzzzzz…

Rozman sedar dengan objek berwarna perang depan mata. Rupanya masa dia terlelap, daun-daun kering berguguran melitupi seluruh tubuh badannya. Lily pula terbenam terus dalam rimbunan daun kering. Gila, berapa lama dia terlelap? Tangannya yang masih erat memegang Lily dah naik kebas. Dengan sebelah tangan, Rozman struggle untuk berdiri kerana lagi sebelah masih semut-semut. Vertigo. Kepalanya pusing dan dia terdesak perlukan air. Rozman kejutkan Lily tapi gadis itu cuma mengerang. Sewaktu dia pegang kepala Lily, terasa berbahang di dahi. Dilihatnya wajah Lily pucat dengan bibir mengigil-gigil. Demam pulak dah…

Rozman membantu Lily bangun. Lily muntah air dan terjelepok ke tanah. They won’t make it to hike the hill jadi Rozman papah Lily mengelilingi cerun tersebut. Mesti ada opening somewhere.

Terdengar suara orang berborak. Sayup-sayup tapi dengar jelas butirannya, dan seakan cam suara itu. Rozman seperti disuntik adrenalin dan mendukung Lily dan berlari anak ke arah suara itu.

Mereka tiba di sebuah tokong beratap merah. Dari keusangan tokong, ternyata sudah lama ditinggalkan. Suara lelaki dan perempuan berborak kedengaran di sebalik tokong. Rozman memang cam sangat suara si lelaki, dia sandarkan Lily yang dah tak separuh sedar ke dinding tokong sebelum memanggil…

“Gunma? GUNMA! It’s me Roshi!” Laung Rozman sambil lari mengelilingi tokong itu.

“ROSSSSHIIIIIIII!” Jeritan nickname Rozman bergema ke seluruh kawasan hutan.

Rika menyambut kedatangan Rozman dengan senyuman dan tangisan. Mereka berpelukan lebih kurang dan minta bantu Lily di belakang. Rika berlari pergi ke Lily manakala Rozman ke depan tokong dimana suara Gunma kedengaran.

Gunma duduk di tangga tokong dengan kaki berikat dua batang kayu. It looks bad. Rika muncul di sebelah tiang memapah Lily yang lemah dan dibantu Rozman untuk berbaring atas some kind of small balcony. Rika kembali dengan bekas berisi air. Walaupun rasanya payau, Rozman melahap air dalam bekas tersebut sepuas-puasnya.

“What happened? Where are Kentaro and Kitaura?” Tanya Rozman kepada Gunma.

Gunma teragak-agak untuk menjawab. Mungkin tak tahu nak mula kat mana.

“Kitaorang sesat, Gunma jatuh dalam gaung dan the guys pergi cari bantuan semalam sampai sekarang tak muncul-muncul” Kata Rika tenang sambil membantu Lily minum.

So cerita group Kentaro begini…

Sebenarnya rumah group Kentaro bukan sebelah ladang kobis yang group Yamazaki sangkakan. Rumah diaorang dekat belakang lagi berhampiran terowong. Technically memanglah sebelah rumah Yamazaki tapi kalau mengarah ke utara lah. Mungkin they missed it masa mencari tempoh hari sebab kena pergi dekat terowong baru nampak rumah tu.

Selepas gangguan malam pertama, keesokan harinya mereka minta tukar rumah dan dapat this one house di kawasan hujung kampung. Dari rumah tu dengar clear bunyi air terjun. Semua gatal nak pergi berendam jadi mereka devised plan macam mana nak pergi ke air terjun tersebut. Mereka guna alasan untuk check air terjun sebagai persediaan membaiki sistem pengairan. Untuk lebih menyakinkan, mereka akan tabur all these engineering whatever jargons so that Yumiko tak boleh nak counterback.

Hari yang sepatutnya mereka mula aktiviti, instead of repairing people house, diaorang ni pindah masuk dan bersihkan rumah baru. Since Yumiko pun ada time tu, mereka pun kelentong pasal preliminary check kat air terjun tu. Sudah tentu Yumiko-san tak bagi. Lagi mereka cuba justified, lagi keras larangan Yumiko-san, sehinggalah mereka ugut kalau macam tu sampai hujung minggu ni aja lah kitaorang kat kampung ni. Yumiko beralah.

“Okay kalau korang nak sangat besok aku bawa tapi kena awal-awal pagi sebelum breakfast”

Yumiko meninggalkan rumah group Kentaro. Girang gembira semua bila dapat tahu besok dapat berendam. What is it about Japanese and waterfall that many of them are super excited? Hell I don’t know. Malam itu semua tidur dengan lena despite the usual pelikness berlaku di luar rumah.

Keesokan harinya, mereka bangun awal dan seperti dijanjikan Yumiko-san dah tunggu depan rumah. Mereka ramai-ramai masuk hutan dengan Yumiko-san sebagai guide. Kata Gunma, Yumiko-san tak bersuara langsung pagi itu.

Seperti apa yang dialami group Yamazaki, group Kentaro dengar bunyi deruan air tapi tak sampai-sampai ke air terjunnya. Yumiko pula makin jauh ke depan. Bila suruh tunggu, buat tak tahu je. Sampailah Yumiko benar-benar hilang dari pandangan mereka.

Group Kentaro melaungkan nama Yumiko tapi tiada jawapan. Memang sah lah Yumiko sengaja meninggalkan mereka dalam hutan. Kentaro cuba bawa kumpulannya keluar dan mereka seperti putar-putar ke tempat yang sama, atau tempat lain tapi tak dapat bezakan kerana semua arah sama je rupanya.

Tengah kalut mencari jalan keluar, empat ekor babi hutan keluar entah dari mana mengejar mereka. Tengah lintang pukang menyelamatkan diri, mereka lompat kedalam gaung berdekatan tapi malangnya Gunma mengalami kecederaan di kaki kiri. Mereka terperangkap dalam gaung tersebut di kepung tapi babi-babi hutan itu hanya merenung mereka. Kata Gunma lagi, mata-mata babi hutan tu merah menyala. Dengusan babi hutan itu pula seperti taking their own sweet time untuk terkam mereka.

Lepas beberapa saat, babi-babi hutan berlalu pergi meninggalkan mereka. Semua menghela nafas lega tapi masalah mereka tak selesai lagi. Matahari dah tegak atas kepala dan perut berbunyi. Kitaura cuba usha keadaan sekeliling dan terjumpa sebuah tokong tinggal. Perfect untuk berteduh ditambah pula ada perigi kat depan tokong tersebut. Iya rasa airnya pelik tapi lebih baik dari tiada air langsung.

Mereka bertukar-tukar pengalaman. Pasal air terjun, pasal rantai besi kat tengah hutan, pasal kehilangan Yamazaki, Sonoko dan Yumi pagi tadi. It’s a tough heart to heart talk tapi mereka terlalu letih untuk embrace the mixed feelings.

“Wait…” Kata Rozman.

“Kalau korang stuck kat sini dari pagi kelmarin, so siapa yang kitaorang jumpa kat balairaya tengahari tu.”

Mereka cerita pasal Koyuda bersaudara, atuk nampak group Kentaro masuk hutan dari rumahnya, Harupa and so on.

Gunma dan Rika cakap obviously itu bukan mereka. Mengenangkan all the weird shit mereka dah lalui, Rozman tak terkejut pun.

“Harupa…heh.” Kata Gunma dengan sinis.

“Rumah korang tak kena ke? Kan ada orang-orang kampung datang berbisik ke lantai masa first day, ingat tak? Mesti rumah korang pun ada mangkuk ayun tu kan?”

“Tak pula It just that masa kat rumah, mereka ada tanya kenapa korang (group Yamazaki) ambil rumah sebelah tangga ke tokong? Rumah tu actually tempat penyediaan mayat untuk dibakar dan berhantu.”

“Lepas tu apa korang cakap?” Tanya Rozman lagi.

“Kitaorang gelak je lah. Bagitau atuk nenek tu yang kitaorang mana percaya hantu setan ni semua. So, mungkin sebab tu mereka tak bagitau korang pasal Harupa masa ziarah tempoh hari. Tak nak kena gelak”

“Kau ni relax je aku bagitau pasal Harupa. That motherf*cker is scary man”

“Yeah, aku tau, kalau kat rumah kau tu ada sekor je, ni ha kat area tokong ni, macam zoo!” Kata Gunma separa berseloroh.

Rozman tercengang. Apa maksud kau Gunma?

“We’ll see tonight” Jawab Gunma.

Rozman mengeluh panjang. Tak sampai seminggu mereka di Yurizawa, Yamazaki, Sonoko dan Yumi hilang, Kentaro dan Kitaura tak tahu kat mana, Gunma patah kaki, Lily demam, satu group sesat dalam hutan, hampir tiap malam kena deal dengan hantu raya siapa tah dan malam ni sekali lagi nak berdepan dengan Harupa cilanat.

Kicauan sekawan burung pulang ke sarang di langit menandakan hari nak malam.

“Kalau korang nak membuang, baik buat sekarang. Bila dah malam, you won’t have that chance. Trust me” Kata Gunma serius.

Bahagian 4 KLIK SINI

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here