Misteri Yurizawa (Bahagian I)

0
1255

Misteri Yurizawa (Bahagian I)
Karya : Dammerung

======================

Pada musim panas tahun 1994, Rozman dan sembilan orang lagi rakan universiti dari sebuah pusat pengajian tinggi di Chiba, Jepun menaiki van ke sebuah perkampungan di Selatan Jepun. Sebagai pelajar tahun tiga, Rozman dikehendaki memenuhi kredit elektif di mana dia harus memilih sama ada mengambil elective courses atau buat aktiviti social responsibilities.

The summer weather is too good for him to be cramped indoors, so Rozman memilih untuk menyertai sebuah social club di universitinya membantu golongan tua di luar bandar

Destinasi yang dipilih pada tahun itu adalah sebuah perkampungan bernama Yurizawa, terletak di selatan kepulauan Kyushu dan merupakan antara kampung berusia lebih seratus tahun yang masih wujud ketika itu. Kumpulan pekerja amal seramai 10 orang itu di-guide oleh Yumiko, wanita separuh abad yang sentiasa ceria dan talkative, berasal dari Yurizawa. Yumiko memberitahu, pada era kebangkitan ekonomi Jepun yang bermula pada tahun 60-an menyaksikan banyak golongan muda meninggalkan kampung halaman untuk membina kehidupan baru di kota-kota besar. Penghijrahan ini menyebabkan populasi desa seperti Yurizawa susut mendadak dan tahun demi tahun banyak kampung-kampung pupus dari peta Jepun kerana kematian penduduk-penduduk yang rata-rata orang tua.

Perjalanan mengambil masa 16 jam dari Tokyo dan van mereka berhenti di sebuah pekan kecil kira-kira 15-20 kilometer dari Yurizawa untuk bermalam. Beberapa pelajar menyoal keputusan bermalam di pekan tersebut, kenapa tak teruskan aja sampai ke Yurizawa kerana dah dekat, macam membazir je bermalam kat pekan ni. Lagipun kebanyakan mereka (termasuk Rozman) adalah seasoned outdoorsmen, so tak ada masalah nak tidur dekat luar kalau accommodation masih tak sempat disediakan. Boleh je pacak tiang khemah atau tidur dalam sleeping bag.

Yumiko tidak menjawab. Kata Rozman, dia perasan air muka Yumiko berubah. Ada waktu dia macam termenung kejap sebelum tergesa-gesa excusing herself turun ke bawah untuk berurusan dengan rumah tumpangan. Rozman malas nak berbincang soal tu, benda kecik je dan lagipun dia dah tak larat nak duduk dalam van.

Malam itu, Rozman dan rakan-rakan lain melepak dekat sushi bar. Dalam group terdapat empat orang pelajar asing dari Amerika, Filipina, Taiwan dan juga Rozman dari Malaysia. Kata Rozman, Yumiko ni jenis senang di-impressed, termasuklahlah awek-awek Jepun lain dalam group tu. So, Rozman dan Ben dari Amerika, the only non-Japanese guys in the group ambil giliran bragging pasal negara masing-masing.

Menurut Yumiko, Yurizawa dibuka ketika era Meiji Restoration dan diasaskan untuk menyokong revolusi industri Jepun pada lewat abad ke-19 melalui perlombongan arang batu. Boleh dikatakan majoriti penduduk di situ adalah pelombong arang batu di lombong terletak di kaki-kaki gunung. Selepas kejatuhan Jepun pasca-WW2 dan kebangkitan Jepun sebagai economic powerhouse pada tahun 60-an, penggunaan arang batu semakin berkurangan kerana migrasi ke tenaga nuklear. Economic boom Jepun tahun 60-an menyebabkan penutupan lombong-lombong dan penduduk kampung mula bercucuk tanam. Generasi muda pula mengambil keputusan berhijrah ke bandar-bandar besar macam Fukuoka atau Tokyo. Cuma beberapa generasi muda seperti Yumiko yang masih setia dengan Yurizawa. Kampung yang asalnya mempunyai 150 keluarga ini kini hanya mempunyai populasi tidak lebih 50 orang.

Memandangkan sushi bar pun dah nak tutup, they called it a night dan awal pagi besoknya bertolak ke Yurizawa. Perjalanan cuma 30-40 minit itu membawa mereka ke sebatang jalan kecil tidak bertanda, offshoot dari highway. Van memasuki sebuah terowong sempit yang merupakan satu-satunya jalan masuk dan keluar.

Yurizawa terletak dalam lembah dikelilingi bukit-bukau dan gunung-ganang. Rumah-rumah berserakan di kaki bukit dan pemandangan hijau sawah padi memberi perasaan nostalgik kepada Rozman yang berasal dari Kedah. Kedatangan mereka disambut oleh penduduk kampung in some sort of balai raya. Rozman agak terkejut lihat penduduk kampung semua orang tua dalam lingkungan 75 ke 80 tahun, paling muda pun adalah 3-4 orang, itu pun sekitar 50-60 tahun.

Penduduk-penduduk kampung yang ada dalam balai raya adalah generasi terakhir. Jika kesemua mereka meninggal dunia, kampung tersebut akan ditutup dan jadi kampung terbiar seperti apa yang terjadi di sekeliling Yurizawa. Pada zaman kegemilangan daerah tersebut, terdapat lebih dari 30 desa wujud di sekeliling Yurizawa, di mana ekonomi setempat adalah perlombongan arang batu. Kini hanya Yurizawa yang masih kekal, itupun hanya menunggu masa untuk jadi ghost village.

Disebabkan itu, Yurizawa tak ada balai polis, tak ada sekolah, tak ada bomba, tak ada klinik dan bekalan elektrik pun dari set generator yang dibeli sendiri. Bekalan air pula dipam terus dari gunung dan tak perlu filter kerana lagi bersih dari air mineral yang dibeli dari kedai. Kalau sakit pula, hanya berubat sendiri menggunakan herba-herba tradisional.

“Macam tempat buangan orang-orang tua.” Itulah yang singgah di minda Rozman bila mereka meet and greet dengan penduduk Yurizawa. Sampai naik kekok pula kerana santai berpakaian dengan seluar pendek dan singlet sedangkan atuk-atuk dan nenek-nenek di situ lengkap berpakaian tradisional.

Ketua komuniti adalah rahib wanita bernama Himiko-Sama. Mendakwa dirinya berusia hampir 100 tahun, menyatakan rahsia umur panjang adalah mendaki 500++ anak tangga setiap pagi untuk ke temple di kaki gunung. Himiko-Sama seorang berpewatakan serius berbanding dengan penduduk lain yang rata-rata suka bergurau macam atuk-atuk, nenek-nenek yang ramah tamah. Perkara pertama yang dilakukan oleh rahib tersebut, instead of greeting all of them, adalah menerangkan benda-benda yang dilarang buat sepanjang mereka di Yurizawa. Basically benda-benda common sense-lah; jaga kelakuan, jangan rosakkan this and that, bla bla bla. Cuma ada satu benda yang Rozman rasa pelik, mereka kena duduk dalam rumah dan tak dibenarkan keluar sebaik loceng temple berbunyi menandakan matahari dah terbenam. Even keluar dekat porch rumah pun tak boleh. Rumah pula kena dipastikan kunci semua pintu dan tingkapnya.

Siang dihabiskan berkenalan dengan penduduk kampung. Adalah jamuan sikit, tapi Rozman tak makan sebab semua meat-based foods adalah daging babi. Menurut Rozman, semasa mereka menziarah rumah penduduk di situ, rumah kosong lagi banyak daripada rumah berpenghuni. Jarak antara rumah pula agak jauh kerana dipisahkan oleh sama ada ladang atau sawah padi yang luas. Kagum Rozman melihat sawah padi dan ladang-ladang yang subur dan segar-bugar. Kuat betul orang-orang kampung Yurizawa ni. Dah tua bangka pun masih larat bercucuk tanam. Lagi-lagi dengan sawah dan kebun semua terjaga rapi.

Mereka dipisahkan kepada dua group; satu group ada lima orang dan mereka bebas memilih mana-mana rumah yang kosong sebagai penempatan sementara. Group diketuai Kentaro, memilih rumah sebelah jalan menuju ke terowong manakala group Rozman diketuai oleh Yamazaki pula memilih rumah sebelah tangga menuju ke temple. Kedua-dua rumah adalah berjiran dan dipisahkan oleh kebun kobis.

Sebelum mereka pindah masuk, Yumiko memberitahu bahawa rumah-rumah kosong di Yurizawa adalah peninggalan penduduk yang telah meninggal dunia, di mana mostly diketahui dah mati selepas terbau mayat yang dah membusuk. Jadi Yumiko menasihatkan supaya mereka tidak berkelakuan tidak senonoh dalam rumah untuk menghormati roh-roh si mati yang mungkin masih berkeliaran dalam rumah-rumah tersebut.

Knowing how superstitious Japanese are, Rozman dan yang lain dah well-aware on how to conduct themselves there. His fellow Japanese friends buat macam shrine kecik dalam rumah untuk meminta kebenaran tuan rumah menumpang sebentar semasa mereka gotong-royong membersihkan kediaman mereka for the next two weeks.

Masa mereka bersihkan rumah, adalah beberapa jiran datang melawat bawa makanan bagai. Apa yang menghairankan, setiap orang yang datang akan bersujud dekat tengah ruang tamu, membisikkan sesuatu ke lantai. Bila ditanya (Rozman dan lain-lain fasih berbahasa Jepun), orang-orang tu just cakap, “bagitahu tuan rumah yang korang ni orang-orang baik menumpang rumah mereka.”

Okay… agak spooky di situ, tapi dianggap nothing but eccentricity of local tradition.

Mereka dijemput makan malam awal, sekitar pukul lima petang di balai raya. Mujur kali ini ada ikan, so memang Rozman dengan tak tahu malunya melantak macam dekat rumah dia. Bunyi kicauan burung-burung pulang ke sarang di langit menandakan hari sudah senja. Paluan loceng sayup-sayup kedengaran menandakan semua harus pulang ke rumah dan berkurung sehingga pagi.

Tak sangka yang penduduk kampung begitu serius pasal curfew dan ‘menghalau’ Rozman dan lain-lain pulang ke kediaman mereka. Bergegaslah semua keluar dari balai raya apabila Yumiko beria-ia suruh mereka pulang. Kepelikan bertambah apabila sebelum pulang, Yumiko akan keliling rumah pastikan semua tingkap berkunci.

Mereka berkumpul dekat hall membincangkan pasal curfew tersebut. Masa tu teknologi masih basic lagi, so indoor activities terhad. Rumah tu jangan kata nak layan TV dan radio, suis lampu pun tak ada, pakai pelita je. Nasib baik ada paip dan bilik air dalam rumah. Ramai jugalah tak puas hati sebab tak boleh keluar. Gila boring terperap je dalam rumah.

Mati akallah masing-masing tak tahu nak buat apa. So just recalled first day mereka di Yurizawa. Ada yang agak menyesal sebab kampung itu kuno sangat, ada yang look forward untuk hari-hari mendatang dan ada juga yang tension sebab kampung tu tak ada awek. Tengah rancak berborak, mereka dikejutkan oleh bunyi mesin. Bunyi tersebut bukan dekat dengan rumah, tapi dalam bentuk gema, jauh dari mereka tapi cukup kuat untuk didengari sehingga ke dalam rumah.

Bunyi tu kata Rozman macam rantai besi yang ditarik, ditambah dengan deruman enjin seakan mesin rumput. Mereka cuba meninjau dari langsir tingkap dan terkejut mendapati di luar ramai orang berpakaian yukata beramai-ramai jalan depan rumah mereka. Setiap dari mereka pegang pelita dan memakai topeng-topeng muka binatang macam musang, arnab, ayam, babi dan sebagainya.

Orang-orang di luar mendaki tangga menuju ke temple sebelah rumah mereka. Mula-mula ingatkan orang-orang kampung situ, tapi bila diperhatikan betul-betul, orang-orang tersebut semuanya berjalan dengan lancar, berbadan tegap, ada yang sasa, rambut hitam dan kulit tangan, kaki tegang. Pendek kata tubuh badan dan pergerakan mereka tak macam orang berumur 70 tahun ke atas.

Mungkin orang luar kot, kata salah seorang rakan. Tapi pakai topeng? Seriau seh. Gara-gara ketakutan, mereka berpakat untuk tidur di ruang tamu beramai-ramai malam itu dan setiap kali pergi toilet, kena berteman walaupun cuma tiga meter dari ruang tamu. Sedia maklum bagaimana hardcorenya urban-urban legend Jepun dari sesi-sesi tontonan filem-filem seram direct-to-videos J-horror bersama Yamazaki (roommate Rozman di kampus), mereka tak nak ambil risiko. This is really like one of the J-horror flick plotline they’ve watched dan tak ada yang normal tentang penampakan tersebut. Mungkin sebab itulah Yumiko dan penduduk kampung bersungguh melarang mereka keluar rumah waktu malam.

Sekarang mereka dilanda dilema. Beberapa orang dari mereka dah rasa tak sedap hati dan nak balik. Masalahnya, van cuma akan datang lagi dua minggu dan hanya Yumiko yang tahu contact drivernya. Nak cakap dengan Yumiko pula serba salah, nanti dia cakap apa pula, dahlaj bawa jauh-jauh dari Tokyo. Yamazaki sebagai ketua kumpulan ambil keputusan untuk just throw tonight strange penampakan under the rug dan anggaplah one of those weird moment that you can tell your grandkids someday. Besok dia akan slow-talk dengan Yumiko-san pasal ni dan tengok macam mana, mungkin boleh pindah rumah jauh sikit dari tangga temple tu ke.

Apa-apa pun komitmen dah diberi, Yumiko-san pun dah bertungkus-lumus preparing for the trip, so rasa macam tak adil pula tiba-tiba nak balik. Ketiadaan teknologi amatlah dirasai walaupun untuk tahun 1994. Lama je rasa malam tu. Nak berborak pun tak tahu pasal apa dah. So just layan je lah gemaan enjin yang masih kedengaran sampai terlelap.

Rozman terbangun tengah malam nak kencing. Mula-mula niat nak kejutkan Yamazaki tapi tak sampai hati pula bila lihat apek tu terbongkang baik punya. So pergi sendiri ajelah, dekat je lagipun. I mean, what’s the worst that can happen anyway?

Bunyi enjin masih kedengaran, so tak adalah rasa seram sangat. Kalau sunyi sepi boleh rasa seramnya. Berbekalkan pelita, Rozman menuju ke bilik air terletak di belakang sebelah dapur. Bilik air rumah tu memang old school lah. Jamban cangkung diperbuat dari kayu dan flush pakai simbah. Since Rozman ni asal orang kampung, tak ada hallah jamban basic macam ni. Tengah syok memancut air kencing, bunyi enjin yang bergema dari tadi berhenti secara mendadak.

Kali ni dengar bunyi tapak kaki pula. Bukan seorang, tapi ramai macam orang berarak. Selesai kencing, Rozman berhati-hati skodeng dari tingkap dapur dan mendapati orang-orang bertopeng tadi dah turun dari temple dan berjalan menuju ke arah terowong keluar dari Yurizawa. Rozman kembali ke ruang tamu untuk lihat dari posisi tingkap depan pula. Sangkaannya orang-orang itu masuk terowong salah. Rupa-rupanya orang-orang tadi mengusahakan sawah padi dan ladang-ladang di sekeliling kampung. Rozman lihat sendiri dengan matanya bagaimana masih memakai topeng, mereka-mereka ini terbongkok-bongkok di sawah padi dan mengusahakan ladang tanaman.

Bulu roma meremang toksah cakaplah, macam nak terapung dah badan kata Rozman. Cepat-cepat dia masuk dalam sleeping bagnya. Walaupun dia tahu dekat luar ramai orang, tapi tak dengar pula dari dalam rumah ni. Dia buka zip dan cuba mengamati. Sunyi sepi. Bunyi cengkerik pun tak ada, which is weird for a countryside like this, in the summer pula tu.

Hmmm. Rozman menaikkan zip sleeping bagnya sehingga ke atas dan berharap cepatlah matahari terbit.

***

Rozman terjaga dikejutkan Yamazaki. Dia tengok semua tengah sibuk mengemas. Rupa-rupanya dia paling lambat bangun. Pagi itu mereka kena berkumpul di balairaya untuk meeting tugasan. Kata Rozman, biasanya meriah kalau time macam ni, tapi pagi itu suasana muram, tak ada siapa bercakap, tak ada gelak tawa, macam semua tak kenal antara satu sama lain. Masih tak settle down dengan kejadian malam tadi agaknya.

Udara pagi Yurizawa antara paling segar pernah dirasai Rozman. Dekat kampungnya di Kedah pun tak macam ni punya fresh. Pemandangan pula is to die for, dengan kabus-kabus pagi masih berlingkar di kaki-kaki gunung dan gemerlapan embun pagi di sawah dan tanam-tanaman, rasa tenang je.

Penduduk-penduduk kampung yang mengambil morning walk sentiasa greeting ‘Ohaiyo, ohaiyo’ dengan ramah setiap kali berselisih. Mungkin keramahan orang kampung, kesegaran dan keindahan pagi di Yurizawa memberi kesan positif kepada rakan-rakan Rozman. Sepanjang perjalanan, mereka saling bergurau senda dan gelak tawa antara satu sama lain.

Group Kentaro dah sampai terlebih dahulu dan half-way having their breakfast. Rozman duduk sebelah Gunma dari group Kentaro dan check sama ada Yumiko-san ada ke tak. Dah confirmed line clear, dia tanya Gunma ada tak benda-benda pelik jadi malam tadi dekat tempat diaorang?

Seluruh ahli kumpulan group Kentaro memandang tepat ke arah Rozman.

“Kau pun kena jugak?” Tanya salah seorang dari group Kentaro yang Rozman tak ingat siapa.

Lily dari Filipina yang satu group dengan Rozman menceritakan kejadian malam tadi. Ahli kumpulan Kentaro berpandangan antara satu sama lain dan kemudian dia menceritakan kes di group mereka pula…

Pada malam pertama, seperti group Yamazaki, group Kentaro juga berdiskusi tentang pengalaman mereka di Yurizawa so far dan inevitably bring up the issues pasal penduduk kampung yang semua orang tua, kemudahan kampung yang serba kekurangan, pasal orang kampung datang melawat berbisik ke lantai and so on. Semasa terdengar bunyi enjin bergema, mereka pun cuba check ke luar. Tapi instead of skodeng dari langsir, diaorang ni pergi buka langsir luas-luas dan nampaklah the procession orang bertopeng memegang pelita. The American, si Ben tu pula satu bangang nak keluar ambil gambar. Kentaro melarang keras diikuti oleh rakan-rakan lain tapi Ben berdegil juga dengan angkuhnya cakap, “I’m not into your superstitious BS.”

Ben dah siap dengan kamera di leher, buka engsel pintu. One of his group member, Kitaura menerkam Ben dan terjadilah pergelutan dekat ruang tamu. Tengah kelam-kabut tu, semua seakan freezed bila pintu diketuk. Handle pintu yang cuba dibuka berulang kali dan mujur out of tiga engsel dekat pintu, Ben cuma sempat buka satu.

Mereka dikejutkan dengan seseorang di luar tingkap. Orang itu memakai topeng musang, berdiri tegak dan melihat ke arah mereka. Berpelukanlah semua orang dalam ketakutan. Orang bertopeng musang kemudiannya mengelilingi rumah dan bayang-bayangnya muncul setiap kali dia melewati tingkap. Ben cuba untuk menutup langsir yang terbuka tadi dan belum sempat dia nak tarik, si topeng musang dah terpacul dekat depan dia, betul-betul depan batang hidung, cuma dipisahkan oleh cermin tingkap je.

Kata Kentaro, sewaktu berhadapan dengan Ben, orang itu membuka topengnya untuk beberapa saat sebelum beredar. Semua tak nampak muka orang tersebut kerana terhalang oleh kepala Ben. Tapi apa pun, selepas itu, Ben termangu. Tak bercakap, tak tidur, termenung je. Mereka cuba ‘kejutkan’ Ben tapi fikirannya seolah-olah di tempat lain. Cuma beberapa minit kemudian dia cakap mengantuk dan pagi tadi dia bagitahu semua orang yang he’s calling it quit.

Rozman perasan mat salleh tu takde dekat balai raya lalu bertanya, Ben mana? Kentaro bagitahu Yumiko-san menemani Ben ke simpang masuk kampong tepi highway tu. He’s going to catch a bus to the nearest town and then heading back to Tokyo.

Apa Yumiko-san cakap pasal kejadian ni? Tanya group Yamazaki lagi.

“Dia mengamuk.” Jawab wakil group Kentaro.

Macam susah nak percaya, Yumiko-san yang cheerful tu boleh mengamuk. Kata Kitaura, menjerit-jerit makcik tu tadi, nasib baik korang (group Yamazaki) tak sampai lagi, kalau tak sekali harunglah kena maki hamun juga.

Group Kentaro dah tawar hati nak teruskan social work ni. Dahlah malam tadi kena ‘tegur’, pagi tadi kena bambu pula. Kitaorang ni volunteer, bukan dibayar, datang sini pun pakai budget sendiri bla bla bla, satu-persatu ketidakpuasan hati diluah oleh ahli-ahli group Kentaro. Yamazaki dan Gunma cuba reason out dengan mereka. Dah sampai sini pun, at least cubalah tahan seminggu ke apa dan sebagainya.

“Ohaiyooo gozaimasu!” Suara ceria Yumiko menghentikan perdebatan sesama mereka. Yumiko menyatakan bahawa Ben dah naik feeder bus ke pekan dan sends his regards to everyone. Dari tingkah lakunya, flipped 180 degree dari pagi tadi, ceria dan riang seperti biasa. Tapi keceriaan Yumiko tak cukup untuk mengubah heavy atmosphere dalam balai raya.

“Yumiko-san…” Kata Kentaro.

Dia kemudiannya menceritakan kejadian malam tadi kepada Yumiko, semuanya, tak ada satu part pun tinggal. Yumiko pula terangguk-angguk dan kelihatan cuba menyembunyikan perasaan sebenar di sebalik senyuman paksa yang dilemparkan.

“Takde apa-apalah,” kata Yumiko tenang.

Tak ada apa-apa kepala bapak kau, bentak Rozman dalam hati. Tak perlu dia nak voice out, Yamazaki dah confront Yumiko. Dia demand Yumiko menceritakan hal sebenar kalau tak mereka tak punya pilihan selain dari menarik diri dan pulang ke Tokyo hari ini juga.

Terdiam makcik tu. Akhirnya mengalah. Yumiko bagitau tak ada apa yang paranomal tentang orang-orang bertopeng malam tadi. Mereka itu ialah kaum-kaum asal penduduk Jepun sebelum kedatangan orang Jepun sekarang dari tanah besar China beratus tahun yang lampau. Kiranya macam orang asli Jepun gitulah. Mereka ini ada perjanjian dengan orang Yurizawa yang dimeterai semasa pembukaan kampung dan masih memegang pada perjanjian hingga sekarang. Apa yang mereka saksikan malam tadi adalah ritual kaum-kaum tersebut setiap malam.

Yumiko menerangkan lagi bahawa orang-orang bertopeng ini, kita panggil ‘Orang Hutan’ lah, memilih untuk keeping to themselves dan tak suka terdedah dengan dunia luar, apatah lagi orang luar seperti kalian. Dia meminta maaf kalau out of line sebentar tadi sebab bersusah payah dia convinced orang kampungnya, terutama sekali Himiko-Sama untuk bersetuju menjalankan program ni dan sebab tu dia stressed out. Ben pula tak habis-habis menghasut semua orang untuk join dia balik Tokyo sebentar tadi.

Okaylah, fair enough walaupun masih skeptikal. Mereka lupakan kejadian tadi dan moved on. Fokus diberi kepada aktiviti mereka di sana. Berdasarkan program, group universiti itu akan repair stuffs like atap rumah yang bocor, jambatan rosak dan juga satu projek besar membaik pulih sistem pengairan tanaman dan bekalan air yang rosak dari pembinaan lebuhraya sebelah gunung berdekatan Yurizawa yang sedang giat dijalankan. Nothing major, cuma mana-mana yang boleh dibuatlah.

Sebelum itu mereka di bawa tour mengelilingi Yurizawa. So jakunlah semua ambil gambar sana sini. Kalau student Jepun sendiri pun amazed dengan keindahan kampung tersebut, apa lagi orang luar macam Rozman. Semasa tour, Rozman dan lain-lain perasan ada mesin-mesin gondola usang yang dah berkarat di setiap tebing sungai (kampung tu banyak sungai).

Menurut Yumiko, mesin itu adalah untuk mengangkut arang batu dari lombong-lombong di kaki gunung dan terus ke sungai untuk dibawa ke kilang-kilang perusahaan melalui sungai-sungai. Rantai besi masih terikat di mesin dan melunjur jauh masuk ke hutan yang tak nampak penghujungnya. Dulu, para pelombong tak perlu bersusah-payah mengangkut arang batu dari lombong, cuma perlu lambakkan dalam peti-peti kayu tergantung dan kemudian ditarik menggunakan mesin pulley ke bawah.

Salah seorang bring up pasal bunyi mesin malam tadi dan bertanya adakah dari benda alah ni? Yumiko tergelak je dan bagitahu mesin ni dah stop functioning since back in the 60’s lagi, bila aktiviti perlombongan ditamatkan perkhidmatannya. Bunyi-bunyi yang korang dengar tu datangnya dari pembinaan highway di sebelah gunung sana.

Semua gelak-gelak paksa. Come on lah. Jauh kot construction tu, takkanlah dengar sampai dekat kampung? Tapi dioranh iyakan aje, lagipun apa kejadah construction buat tengah malam buta? Since tak nak spoiled the good mood, they just dropped the subject.

Mereka berhenti di mana jalan berturap bertukar dengan jalan tanah merah, well, bukan exactly tanah merahlah, just tak berturap. Jalan tanah merah tersebut menuju ke dalam hutan dan dekat tepi ada shrine kecil dan beberapa patung sami botak diukir dari batu. Pokok-pokok besar yang mengapit jalan besar tu pula diikat tali anyaman seperti tangkal. Mereka dah sampai di penghujung kampung dan Yumiko mengatakan beyond this road is nothing but hutan rimba. Dulu tempat ni entrance ke lombong-lombong di kaki bukit/gunung. Bunyi air terjun kedengaran dari dalam hutan dan semua merengek-rengek macam budak kecil untuk berendam.

Yumiko of course tak benarkanlah sebab air terjun tu dalam territory Orang Hutan dan mereka perlu ingat salah satu larangan Himiko-Sama, tidak dibenarkan merayau sesuka hati terutama sekali di luar kawasan kampung. Pujuk rayu tak diendahkan Yumiko dan mengingatkan yang mereka punya aktiviti penuh hari itu. Aktiviti sosial bermula dan mereka membaiki few houses yang dikenal pasti memerlukan perhatian segera.

Kata Rozman, dia ingatkan negara semaju Jepun ni mestilah terjaga hal ehwal rakyat tapi rupa-rupanya lebih kurang macam dekat Malaysia juga. Rumah tunggu masa nak roboh pun ada, siap pasak pakai tiang lagi. Kadang-kadang Rozman dan Lily berseloroh, ini macam dekat negara diaorang je.

Mereka berhenti untuk makan tengahari. Another pig serving. Yumiko ni macam tak sensitif pula, padahal dia tahu si Rozman ni muslim. Lain-lain dah meluru ambil makanan, lapar gila sebab pagi tadi cuma makan bubur yang tak best. Terpaksalah Rozman balik kejap kat rumah ambil Nissin cup noodle. Good thing dia packed up tujuh cup noodle sebelum datang sini, tapi kalau hari-hari hidangan bacon dan ham, mau terpaksa declare darurat juga ni.

“Can I follow?” Tanya Lily.

Di rumah, Rozman ambil cup noodle manakala Lily masuk toilet sebab dari tadi menahan. Sementara tunggu Lily selesai, Rozman lepak kejap dekat salah satu ruang dalam rumah.

“Anoo… sumimasen,” kedengaran suara orang tua menegur. Rozman pergi ke pintu, tapi tak ada orang pula.

“Konichiwaa,” sekali lagi Rozman ditegur, kali ini dia ke tengok belakang rumah, still nothing.

“Konichiwaa…” Rozman membalas.

“Konichiwaa, konichiwaa, konichiwaa…” berkali-kali Rozman ditegur. Dia cuba cari dari mana datang bunyi tersebut. Nak stop jantung Rozman apabila mendapati greeting itu datangnya dari bawah lantai ruang tamu, tempat yang orang kampung dok berbisik-bisik semalam.

Dia berlari ke belakang dan bertembung dengan Lily di dapur yang serta-merta menampar Rozman.

“PERVERT!” Jerit Lily.

“WTF?”

“Ko ngendap aku kencing ye?!”

Lily claim nampak ‘Rozman’ skodeng dari rekahan pintu bilik air.

Okay. That’s it. Ditariknya tangan Lily berlari keluar rumah. Di luar Lily tolak Rozman sampai terjatuh dan maki hamun non-stop.

“Lily, I didn’t peep! And there’s creepy voice talking to me under the floor!”

“OH SHUT THE FU-, wait, who’s that?”

“Who’s that, what?”

Suara orang tua ketawa kedengaran dari dalam rumah. Mereka menoleh dan terlihat ada atuk tengah terkekek-kekek sambil tuding jari ke Lily.

“THAT OLD PERV!” Lily dengan muka merah padam storming masuk ke rumah. Tapi dia cuma sempat buka pintu, lihat sebentar dan tutup semula. Kemudian tarik tangan Rozman beredar dari situ. Rozman tanya Lily kenapa rushing tak tentu pasal ni?

“There is no one in the house. But I heard laughter, from underneath the floor.”

Rozman memberi ‘I told you so’ look.

Lily nak bawa isu ini ke Yumiko-san, tapi Rozman cakap tak payah. What are you going to tell her? Rumah ada hantu? Kena gelak je nanti. Aktiviti tengahari itu diteruskan sehingga early dinner. Loceng tokong berbunyi menandakan curfew dah nak start. Malam itu Rozman dan Lily cerita apa yang jadi siang tadi ke group member. Dah semua tak berani nak lepak dekat ruang tamu. Beramai-ramai berhimpit dalam bilik sebesar ruang stor. Mereka punya takut lepas dengar cerita tu sampai kalau sorang nak pergi toilet, satu group pergi, then take turn masuk toilet walaupun tak rasa nak membuang.

Bunyi enjin bergema kedengaran di luar dan cahaya pelita terpancar di sebalik langsir tingkap. Perarakan Orang Hutan menuju ke tokong tengah berlangsung ketika ini. Semua tak berani nak tengok dari tingkap dan dirasakan group Kentaro, lebih kurang 200 meter dari mereka pun macam tu juga, berkurung ramai-ramai dalam bilik sempit.

Untuk menghiburkan diri, mereka berkongsi cerita-cerita lucu, pengalaman dan lain-lain. Selain dari Lily, Rozman dan Yamazaki, ada lagi dua pelajar perempuan, Sonoko, asal Tokyo dan Yumi dari Taiwan dalam group mereka. Group lagi satu pula male dominant dengan Kentaro, Kitaura, Gunma dan perempuan seorang, Rika yang waktu itu tengah dating dengan Ben. Since Ben dah balik, tinggal empat orang dalam group Kentaro. Rozman satu jurusan dengan Yamazaki, Ben dan Gunma. Lain-lain baru kenal bila dia join kelab.

Time tu kata Rozman borak pasal Doraemon. Kan best kalau ada Dokodemo Door (Pintu Ke Mana Sahaja) dan keluarlah lawak-lawak entah apa-apa. Gelak sakan sampai lupa pasal Orang Hutan dekat luar dan kat ruang tamu rumah tu berhantu. Tengah gelak-gelak tu ada pula ‘orang lain’ turut serta gelak sama-sama. Bila dah stop gelak pun, masih dengar lagi ketawa terkekek-kekek datang dari ruang tamu.

Hening. Semua tak berani berkata-kata.

“Motto, motto, motto…” Kata suara dari ruang tamu.

Derapan tapak kaki di jerami seperti orang mundar-mandir kedengaran di ruang tamu. Perempuan semua dah peluk-peluk sesama mereka, yang jantan dua orang si Yamazaki dan Rozman takkan nak join sama pula kan. So kenalah beranikan diri pergi check, padahal macam dah nak pengsan.

Bunyi orang berjalan hilang sebaik Rozman dan Yamazaki berada di ruang tamu. Rozman tinjau ke luar tingkap dan dapati luar rumah kosong.

“Koko, koko, koko…” kelibat lembaga hitam memanggil-manggil Yamazaki dan Rozman dari ruangan dapur.

Macam lipas kudung dua orang itu lari masuk bilik, tutup pintu dan berharap tak ada yang cuba ‘beramah mesra’ dengan mereka dekat dalam bilik pula.

Kelima-lima pelajar berselubung dalam sleeping bag masing-masing dan tarik zip sampai atas. Tengah mengigil-gigil dalam sleeping bag tu terdengar pula orang mengira…

“Ichi.. ni… san… yon… go… ichi… ni… san… yon… go… ichi… ni… san… yon… go…”

Rozman tahu bukan dia seorang dengar sebab dia dapat dengar Sonoko, Yumi dan Lily menangis. Yamazaki pula cakap, “tolonglah pergi,” berulang kali dengan suara terketar-ketar.

Sebagai orang Islam apa lagi defensive mode yang Rozman boleh buat selain membaca doa. Itu pun apa yang dia ingatlah. Tak tahu kenapa dalam ketakutan amat sangat tu, matanya berat je. Dia sedar pun bila rasa mata pedih sebab matahari direct suluh ke muka dengan suara Yumiko kejut bangun. The whole group terlajak tidur pagi itu.

Two nights down, 12 to go…

Bahagian 2 KLIKSINI

SHARE
Previous articleMisteri Yurizawa (Bahagian 2)
Next articlePengintai 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here