PATUNG BERUANG

0
832

PATUNG BERUANG
Nukilan: D’Nurwahi
FB : https://web.facebook.com/hidayah.mohdzamani

================================

*Karya yang tidak disunting*

“Raudhah sudah sudahlah tu main dengan patung tu. Mari sini makan.”Jerit Puan Khalsom.

“Nana, awak tunggu sini tau kita nak pergi makan kejap. Ummi dah panggil tu. Awak tunggu tau.” Ujar Raudhah kepada patung beruangnya yang di beri nama Nana.

Raudhah duduk disamping Umminya. Tiba-tiba Raudhah mengangkat tangan seperti membuat isyarat sekejap .

“Raudhah kamu bercakap dengan siapa?” Soal Puan Khalsom.

“Dengan Nana. Nana panggil Raudhah ajak main sama sama.”

Puan Khalsom terus menoleh ke arah patung beruang milik Raudhah. Tapi dia tidak dapat melihat apa apa. Patung tersebut hanya kaku di situ.

“Kamu nie Raudhah ada ada jela. Cepat habiskan makanan kamu tu.”

Setelah selesai menjamu selera Puan Khalsom duduk di ruang tamu sambil memerhati gelagat Raudhah.

“Nana, Ummi tengok kitalah. Macam mana nak main dekat luar? Nanti Ummi marah.” Ujar Raudhah.

“Raudhah, kamu bercakap dengan siapa tu?” Tegur Puan Khalsom apabila terdengar suara Raudhah berbicara. Saat dia memandang ke arah Raudhah, Puan Khalsom terkejut kerana mata patung beruang milik Raudhah seakan akan bergerak.

“Raudhah bercakap dengan Nana-lah. Nana ajak main dekat luar. Katanya dekat luar ada ramai kawan. Boleh ye ummi, Raudhah nak main dekat luar.”

“Dah malam ni sayang. Jom kita tidur ye. Esok baru main lagi.” Puan Khalsom cuba memujuk Raudhah agar meninggalkan Nana. Dia pasti ada yang tidak kena dengan patung beruang tersebut.

“Lagipun malam malam macam ni mana ada kawan kawan datang main lagi dah. Kita masuk bilik tidur ye.” Puan Khalsom masih cuba untuk memujuk Raudhah.

Tiba-tiba mata Raudhah merenung Puan Khalsom dengan tajam. Mukanya berubah menjadi bengis. Mata hitam milik Raudhah membesar. Patung beruang milik Raudhah juga turut berubah rupa.

Puan Khalsom terkesima. Dia cuba untuk bergerak tapi tidak berdaya.

“Raudhah, Raudhah kenapa sayang?”

Raudhah tidak menjawab malah berterusan memandang Puan Khalsom dengan wajah yang bengis. Selang beberapa ketika Raudhah menangis teresak esak.

“Ummi dah tak sayang Raudhah. Ummi dah benci Raudhah. Betul cakap Nana, ummi dah tak sayang Raudhah lagi.” Ujar Raudhah sambil menangis teresak esak. Suaranya begitu sedih sekali. Tanpa sempat Puan Khalsom berkata apa apa. Raudhah terus berlari ke biliknya.

Puan Khalsom mengejar Raudhah. Setibanya dibilik Raudhah, Puan Khalsom cuba mencari Raudhah tapi tidak jumpa. Puas di cari disetiap pelusuk bilik itu tapi masih tidak dijumpai.

“Ummi, Raudhah kat sinilah.” Puan Khalsom terdengar suara Raudhah memanggilnya tapi tidak kelihatan.

“Ummi, sinilah.” Sekali lagi suara itu bergema. Puan Khalsom masih tercari cari Raudhah. Tiba tiba seluruh rumah Puan Khalsom menjadi gelap gelita.

*Prangggg!*

Bunyi kaca terhempas ke lantai.

“Raudhah, Raudhah dekat mana sayang? Janganlah main main macam ni dengan ummi.” Ujar Puan Khalsom dengan nada gementar. Sedang dia cuba mencari jalan keluar dari bilik Raudhah, dia terasa ada sesuatu yang melintas di belakangnya.

“Raudhah.” Sekali lagi Puan Khalsom memanggil nama anaknya. Dalam kesamaran cahaya Puan Khalsom terlihat ada satu lembaga yang berdiri di hadapannya. Lembaga itu memegang patung beruang.

“Raudhah, mari sini dekat ummi. Kita turun bawah hidupkan lampu. Gelap ni bahaya Raudhah jalan sorang sorang.” Pujuk Puan Khalsom. Tiba tiba lembaga itu membesar dan semakin membesar. Puan Khalsom terkejut. Dia bingkas melarikan diri. Habis segala barang dilanggarnya.

“Ummi, ummi nak pergi mana tu? Marilah sini kita main sama sama. Nana pun nak main dengan ummi.” Puan Khalsom terdengar suara Raudhah memanggilnya.

“Ummi, sinilah.” Puan Khalsom menoleh ke kiri.

“Ummi, kat sinilah.” Dia menoleh pula ke kanan.

“Ummi.” Suara tersebut memanggil Puan Khalsom tanpa henti. Di segenap sudut terdengar suara itu memanggilnya. Puan Khalsom semakin binggung. Dia menutup telinganya dengan kedua tapak tangannya.

“Diam! Diam!” Jerit Puan Khalsom. Suara tersebut terus senyap. Sepi. Tiada satu bunyi pun yang kedengaran. Tiba tiba terdengar bunyi tapak kaki orang berlari. Semakin lama semakin hampir. Jantung Puan Khalsom berdegup dengan begitu kencang. Peluhnya menitik tanpa henti.

Dari kesamaran cahaya dia dapat melihat ada satu lembaga yang sedang berlari menuju ke arahnya. Lembaga itu semakin hampir.

*Zassss*

Lembaga itu melanggar tubuh Puan Khalsom. Puan Khalsom jatuh ke lantai. Tidak semena mena kaki Puan Khalsom di tarik oleh patung beruang milik Raudhah. Puan Khalsom cuba membebaskan dirinya namun tidak berjaya.

“Allahuakhbar!” Jerit Puan Khalsom sambil menendang patung beruang itu dengan kuat. Patung itu terpelanting ke belakang. Dengan pantas Puan Khalsom cuba berlari bersembunyi. Patung beruang itu mengejar Puan Khalsom. Dia cuba menerkam Puan Khalsom dari belakang. Puan Khalsom jatuh sekali lagi. Patung beruang itu terus mencekik leher Puan Khalsom.

“Allah. Allah.” Hanya itu yang mampu terlafaz dari bibir Puan Khalsom. Tiba tiba patung tersebut hilang.

“Ummi, kenapa ummi pukul Nana?” Sekali lagi suara milik Raudhah kedengaran. Puan Khalsom masih cuba mencari dari arah mana suara tersebut datang.

“Ummi, Raudhah kat atas ni-lah.” Tanpa berlengah Puan Khalsom mendongak ke atas. Terlihat susuk tubuh milik Raudhah berada di atas almari. Matanya kelihatan begitu merah.

“Raudhah turun sayang, nanti Raudhah jatuh.” Pujuk Puan Khalsom sambil menghulurkan tangannya.

“Nana, ummi dekat sini!” Jerit Raudhah.

Puan Khalsom terkejut tatkala melihat patung beruang itu memegang sebilah pisau. Patung itu semakin menghampiri dirinya. Dari kesamaran cahaya terlihat patung itu seolah olah sedang tersengih.

“Pergi! Jangan dekat! Raudhah tolong ummi Raudhah.” Rayu Puan Khalsom. Entah bagaimana tiba tiba Raudhah muncul di belakang Puan Khalsom.

“Ummi nak pergi mana? Nak lari? Ummi tak nak main dengan Raudhah ke?”

“Raudhah bangun nak. Raudhah tak sayang ummi ke?” Rayu Puan Khalsom.

Patung beruang itu cuba sekali lagi untuk menerkam Puan Khalsom tapi tidak berjaya. Puan Khalsom semakin takut. Dia cuba untuk berlari mencari jalan keluar. Dari kejauhan terlihat patung beruang itu mendekati Puan Khalsom. Semakin lama semakin hampir. Puan Khalsom tersandar ke dinding. Ternyata dia terperangkap di dalam bilik.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi pintu diketuk dengan kuat.

“Tolong! Tolong!” Jerit Puan Khalsom dengan lantang.

“Cepat tendang je pintu ni. Aku dengar ada suara orang minta tolong tu.” Faiz memberi arahan kepada kawannya. Sebaik sahaja pintu tersebut berjaya di pecahkan Faiz dan Hazim terus meluru masuk ke rumah Puan Khalsom.

“Faiz cuba hidupkan lampu.” Arah Hazim.

“Tak bolehlah Zim.”

“Tolong! Tolong!” Sekali lagi mereka terdengar suara orang meminta tolong.

“Tingkat atas cepat!” Hazim dan Faris terus berlari menuju ke bilik Raudhah.

Ketika mereka sampai di bilik Raudhah. Mereka ternampak patung beruang yang sedang cuba menikam Puan Khalsom. Hazim lantas melaungkan azan sekuat mungkin. Tiba tiba Raudhah muncul dari belakang dan menerkam Hazim. Faris cuba melepaskan Raudhah dari terus menerkam Hazim.

“Nyah kau dari sini setan! Dengan nama Allah yang Maha Besar aku perintahkan kau lepaskan kawan aku sebelum aku bakar kau!” Raudhah pantas melepaskan Hazim.

“Pegang dia Faris.” Ujar Hazim. Hazim lantas membaca beberapa ayat suci Al Quran untuk memulihkan Raudhah. Setelah beberapa ketika Raudhah terus jatuh pengsan.

“Allah!” Hazim lantas menoleh ke arah Puan Khalsom tatkala terdengar suara Puan Khalsom. Patung beruang itu telah menikam perut Puan Khalsom. Dengan gelojohnya patung itu menjilat darah Puan Khalsom yang mengalir keluar.

“Faris cepat tangkap patung tu!” Jerit Hazim. Faris terus menerpa ke arah patung beruang tersebut. Namun, dengan sepantas kilat patung itu hilang tanpa meninggalkan sebarang jejak.

Puan Khalsom hampir kehilangan nyawanya. Faris dan Hazim membawa Puan Khalsom dan Raudhah ke hospital berdekatan. Sehingga kini tiada seorang pun dari mereka yang menemui patung beruang itu. Patung tersebut sebenarnya milik seorang bomoh yang telah mati. Bomoh tersebut meletakkan rohnya di dalam patung tersebut.

Hazim dan Faris merupakan dua orang insan yang ditugaskan untuk menangkap patung beruang tersebut. Namun sehingga kini mereka masih tidak berjaya. Puan Khalsom dan Raudhah telah berpindah ke rumah lain. Raudhah sudah serik untuk bermain dengan patung beruang.

Akhir kata, hati-hati mungkin patung beruang milik anda adalah patung beruang yang bernama NANA.

–TAMAT–

SHARE
Previous articleGANGGUAN
Next articleKASYAF

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here