Penghujung Fobia

0
1176

Penghujung Fobia
Karya: SenyumanPerantau SP

—-

Sofia memicit kepalanya berulang-kali. Pening, berpusing-pusing dunia di hadapannya.

Resah. Gelisah. Sedih. Benci.

Keperitan hidupnya seolah tak tertanggung lagi.

Apa salah aku?

Kenapa benda ni menyerang aku?

Apa dosa aku diserang benda ni?

Air mata Sofia dah kering untuk mengalir, seumpama tanah gersang yang sunyi tanpa mata air mahupun embun pagi.

Hukhukhuk…

Huuuuuuu…

Jiwanya menjerit dan menjerit…

—-

Setahun lalu…

Sofia baru sahaja selesai kuliah Dr. Zamri. Tersenyum luas. Dia memang gemar dengan pengajian undang-undang Islam.

Ditambah menariknya syarahan Dr. Zamri, berganda-ganda minat dia untuk menggapai cita-cita sebagai peguam syari’e.

Zzzzezzz… Zzzzzezzz..Zzzzezzz…

Getaran telefon bimbit mengganggu lamunan Sofia.

Ibu Tersayang calling…

“Assalamualaikum ibu.”

“Assalamualaikum, saya Koperal Zaidi. Saya buat panggilan dari Jalan Petola. Maaf ye. Saya nak maklumkan ibu cik, terlibat kemalangan di simpang tiga.”

“Allah.. Macam mana keadaan ibu saya encik?”

“Cik datang dulu ye.”

Hari itu merupakan hari terakhir Sofia menatap wajah suci ibunya.

—–

Air mata dikesat laju. Sofia teringat lagi detik kehilangan ibunya. Sejak itu, perangai cerianya mula bertukar.

Dari seorang yang ‘happy go lucky’, darjah keceriaan mulai turun. Daya fokus pembelajaran sedikit sebanyak menurun.

Ibu.. Ibu.. Ibu…

Teresak-esak rayuan Sofia. Kepalanya dihentak berkali-kali di dinding bilik kuliah. Matanya mulai membengkak.

Jam tangan kirinya dibelek kiri kanan. Memori jam tangan menyerang Sofia.

Air mata laju kembali menghujani pipi tembun Sofia.

—–

6 bulan lalu…

Kematian ibu cukup memberi kesan kepada Sofia. Ayah meninggal ketika dia berumur 12 tahun. Kini 6 bulan ibunya pergi meninggalkannya selamanya.

Keluarganya kecil. Abah, ibu, Sofia dan adik kesayangannya, Atikah.

Atikah dipeluknya erat. Hanya Atikah tempat Sofia melepaskan rasa kasih yang membelenggu dirinya.

Raut wajah Atikah saling tak tumpah dengan keayuan ibunya. Putih merah kulit dihiasi sepasang lesung pipit.

Comel. Berumur 12 tahun kini.

Tapi cukup manja dengan Sofia. Lebih tabah daripada kakaknya.

Macam mana kalau aku kehilangan Atikah pula?

Sanggupkah aku kalau menghadapi kehilangan lagi?

Kenapa perasaan ini tiba-tiba datang lagi?

Kepala adik di ribaannya diusap lembut. Bibir merah Sofia dikucup, ditekup lama di dahi Atikah.

“Kenapa akak nangis ni?” Tanya Atikah sambil memandang wajah Sofia.

“Akak takut kehilangan awak, adik. Akak dah takda siapa-siapa lagi.”

Sofia memeluk kemas semahunya. Seperti ada sesuatu bakal terjadi.
Perasaan ini akan datang setiap kali hadir jika perkara itu bakal datang…

Arghhhh!!!

Peduli!

Ini permainan syaitan, iblis!

Silih berganti suara hati Sofia menjerit…

“Adik, jangan tinggal akak tau. Tolonglah…”

Sofia memicit-micit bahu kirinya. Mencucuk-cucuk.

Ya Allah… Jangan lah kau mengujiku lagi…

—-

Sofia meniup lilin yang tertanam di permukaan kek hari lahirnya yang kedua belas.

Air mata terharu mengalir.

Walaupun ayahnya seorang buruh kasar, tetapi untuk kali ini, ayahnya berhabis demi menyambut hari kelahirannya.

Kek aiskrim biru, dilukis kemas kartun kesayangan Usop Sontorian.

Ayahnya dipeluk kemas.

“Terima kasih, ayah.”

“Sama-sama Sofia. Sofia dah besar, jaga ibu dan adik.”

“Adik?”

“Ya nak, ibu baru disahkan hamil. Alhamdulillah.”

“Tak sabarnya ayah!”

Air mata kegembiraan pula meluncur laju.

Ibunya terus memerhatikan gelagat dua beranak itu. Erat hubungan.

“Ayah, ayah lupa nak beli air soya kegemaran Sofia.” Sofia mencebik sambil menggelengkan kepala.
Terlentok ikatan rambut mengekori arah goyangan kepala. Sofia cuba bermanja dengan ayahnya.

“Ala, ayah lupa la. Demi Sofia, apa saja untuk Sofia. Yang, abang keluar kejap. Baby besar nak soya.”

Ayah mengusik sambil memberi kucupan tepat di dahi, lalu menghulur tangan.

Itu kali terakhir Sofia bermanja dengan ayahnya.

Ayah kemalangan di selekoh selepas membeli air soya kegemarannya.

Air mata Sofia tertumpah buat pertama kali dalam hidup. Bahu kirinya sakit teramat sangat…

—-

5 bulan 11 hari yang lalu…

“Akak menangis lagi ye?”

Atikah menegur Sofia sambil menyeka air mata yang bertakung.

“Ya Tikah. Akak teringat ibu, ayah dan..”

“Dan apa kak? Akak ni. Tikah kan ada. Akak jangan fikir bukan-bukan okay?”

Atikah tersengih sambil mencubit-cubit kedua belah pipi.

“Cuma bahu akak ni sakit, selalunya..”

“Selalunya apa? Ala, akak kan aktif hiking, mungkin sebab tu..” pujuk Atikah.

“Bukan sakit biasa ni. Degup jantung akak pun lain macam..”

“Akak ni. Takda apa la.”

Atikah mengenyitkan mata, lantas menghadiahkan sebuah kucupan tepat di pipi kiri. Sejuk kucupan Atikah.

“Eh, lupa nak bagitau kat akak. Saya nak pergi berkelah di Jeram Toi kak. Boleh ye kak?”

“Tapi Atikah. Tak payah la. Akak tak sedap hati.”

“Akak. In Shaa Allah. Takda apa-apa. Saya janji apa-apa saya akan call akak.”

“Kalau tak call?”

“Kalau tak call, saya mungkin dah jumpa buah hati saya, hehe..”

“Kecik-kecik dah gatai, budak ni.”

“Haaa. Kan dah tersengih akak kesayangan ni. Saya janji dengan akak. Walaupun saya dah jumpa buah hati saya, saya akan bagitahu dia, suruh jagakan akak sekali.”

“Macam-macam la adik aku ni. Tu kawan dah tunggu kat luar tu. Apa-apa call akak tau!”

—–

Sakit!

Pedih!

Sedih!

Kenapa aku. Kenapa aku?

Zulkhairi mencuit.

“Awak, dah pukul 11 malam ni. Awak okay ke?” Soal Zulkhairi.

“Awak sedih lagi. Teringat kisah tu lagi. Tabah, sabar awak. Kita tempuh ni sama-sama.”

Bersungguh Zulkhairi menenangkan perasaan gundah buah hatinya.

“Awak cakap senang. Awak tak rasa apa yang saya rasa. Mula-mula ayah, ibu dan 5 bulan lepas adik!”

“Itu kehendak dia awak. Kehendak dia. Memang sedih, tapi kena belajar reda awak.”

“Ya, saya dah reda. Saya dah tenang. Tapi sekarang bahu saya sakit teramat sangat. Sangat-sangat! Kini dua-dua belah!”

“Lepas tu?”

“Awak tinggalkan saya. Nanti awak mati! Pergi bodoh!” Herdik Sofia semahunya.

Dia tak sanggup lagi merasai pedihnya, sedihnya, sugulnya menghadapi kematian.

Dia betul-betul fobia!

Fobia!

Bukan hanya takut.
Tapi FOBIA!

“Kalau macam tu saya balik dulu. Esok awak dah tenang. Kita jumpa,” rayu Zulkhairi.

“Pergi. Pergi!”

—-

SKREETTT… BAAAMMMMM!

Bunyi dentuman kuat mengejutkan Sofia yang terlelap di atas bangku.

Sofia menatap muka jam tangan.

Allah!

Zulkhairi!

Sofia mencampak beg sandang.

Terus berlari laju menuju ke seberang jalan tanpa berkalih..

BAAMMM!!!!

Sofia terbaring di atas pembahagi jalan. Pandangannya dilapisi lapisan merah pekat. Kesemua anggotanya kaku dan terpaku. Dengus nafas semakin ketara.

Dik, mengucap dik…

Sofia, kenapa jadi macam ni…

Sofia, tenang Sofia. Ambulans dah dihubungi..

Telinga Sofia mulai dihujani suara-suara sekeliling.

Allah.

Lailahaillallah.

Sayup-sayup kelihatan di pandangan Sofia.

Ibu.
Ayah.
Adik Atikah.

Berbaris menghulurkan tangan sambil dihadiahkan senyuman ukirannya indah.

Penghujung fobia…

SHARE
Previous articleKAMPUNG KEDUK NYIUR
Next articleTHE SLEEPING FREEKI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here