PINTU PAGAR PULANG V

1
501

baca episod 1-4 di sini: episod 1-4

“Macam mana ni, Yang? I takutlah nak balik sana.”

Menyesal aku pergi cerita pada isteri aku perihal penampakan di dalam bilik tetamu tu. Kononnya nak “come clean” tentang kes dengan perempuan gaun putih ni, sekali lagi jadi masalah. Isteri aku tak nak balik rumah.

Malam tu bermalam dekat hotel berhampiran rumah kami. Rugi je pun bayar motel, bukan boleh lelap mata pun.

Esok paginya aku terus usahakan untuk cari bantuan. Orang pertama yang aku cari adalah Badrul. Aku tak berapa kenal dia ni, hanya kawan atas kawan, tapi dalam situasi ni, nama dia terpacul dalam fikiran, sebab ramai orang sebut-sebut dia boleh iktiarkan sesuatu kalau berkaitan gangguan mistik.

Sekitar jam 12.30 minit malam, Badrul sampai. Lambat sedikit daripada yang dijanjikan. Aku dah tak senang hati. Lebih kepada tak puas hati. Aku memang pantang kalau orang berjanji, di tak tepati. Namun, dalam hal ini, aku tak ada pilihan lain, jadi aku simpan sahaja rasa itu di dalam hati.

Aku minta dia jumpa kami di persimpangan masuk ke taman perumahan aku. Tak berani aku nak tunggu di depan rumah. Kami buat pertemuan ini pada waktu malam kerana Badrul berpendapat bahawa masa yang sesuai nak buat penilaian adalah pada ketika makhluk itu “masuk shif”.

Masuk shif ini bermaksud waktu permulaan kejadian aneh itu kerap berlaku.

“Selalu dia punch card dekat mana?” soal Badrul sebaik sahaja kami masuk ke dalam rumah.

Aku teragak-agak nak jawab sebab tak berapa pasti apa cuba di tanya oleh si Badrul ni. Nak tanya dia untuk dapatkan kepastian, aku segan pula.

“Maksud saya, dia selalu menjelma dekat mana?” jelas Badrul.

Nasib baik dia perasan yang aku tak faham soalan dia.

“Dekat bilik tetamu, dekat tingkat atas,” kata aku sambil mengajak Badrul ke tingkat atas.

Sejujurnya pada ketika ini, aku dah rasa macam sanggat canggung dah. Pelik benar istilah yang digunakan. Badrul ni berumur sekitar 35 tahun. Muda lagi. Mungkin sebab itu karakter percakapan dan penampilan dia tak seperti perawat yang selalu kita bayangkan. Pendek kata, tidak stereotaip.

Sampai sahaja di dalam bilik, Badrul melihat ke setiap sudut bilik dah berkata “Saya tak ada rasa apa-apa aura dalam—-” kata-katanya terhenti di situ, anak mata dia meliar ke segenap ruang, dan kemudian tertancap di pintu bilik.

“— OK dia dah sampai,” katanya pula, bercanggah dengan apa yang cuba dikatakannya awal tadi. Dalam pada masa yang sama, menolak aku yang berada di bukaan pintu, ke tepi agar dia boleh keluar dari bilik, dan berjalan ke arah tangga. Dia jengah ke bawah.

Kemudian dia baca sesuatu dan suruh aku dan isteri aku masuk ke dalam bilik. Isteri aku menuruti arahan Badrul tanpa sebarang pertanyaan. Aku berbelah bahagi antara takut dan curiga. Namun aku terpaksa masuk ke dalam bilik aku kerana diruntun oleh isteri aku.

Sebelum tutup pintu, aku mengintai di celah pintu. Kelihatan Badrul berdiri di puncak tangga. Kepalanya mengangguk-angguk. Kelihatan pandangannya menyusuri tangga bawah dan perlahan-lahan naik ke atas. Kemudian dia ke tepi seolah-olah memberi laluan kepada sesuatu untuk lalu.

Badrul masuk ke dalam bilik tetamu dan menutup pintu.

Aku pun tutup pintu bilik aku.

“Apa kawan awak tu buat?”

Terkejut aku dengan suara isteri aku berada di belakang aku. Rupanya di pun mengintai-ngintai juga. Persaan curiga dan ingin tahu ni sesuatu yang kita tak boleh endahkan. Ibarat kalau gatal, mesti sukar nak elakkan daripada menggaru. Begitulah juga kalau curiga, mesti tetap nak tahu walaupun berbahaya aku menakutkan.

Kami berdua menunggu di dalam bilik dengan perasaan yang tak tenteram. Isteri aku duduk di bucu katil. Pahanya rapat ke dada. Tangannya memeluk lutut. Aku pula mundar-mandir di dalam bilik. Kalau aku risau, aku memang tak senang duduk.

“NI BUKAN RUMAH KAU LAGI! PERGI!” kedengaran Badrul bertempik.

Langkah aku terhenti. Isteri aku melepaskan pelukan pada lututnya menengadah mukanya, memandang aku. Kami saling berpandangan, kemudia anak mata isteri aku meliar ke sana ke mari, aku tahu dia bukan cari apa yang di dalam bilik ini, tetapi sedang memasang telinga, mencari-cari apa lagi yang akan kedengaran.

Sepi.

Klak!

Terkejut aku dibuatnya apabila tiba-tiba pintu bilik aku di buka. Wajah Badrul terpacul di bukaan pintu. Dia pandang aku, dia pandang isteri aku, dan kami berdua pastinya memandang dia dengan penuh harapan. Harapan yang perkara ini dah selesai.

“Firstly, sorry sebab lupa nak ketuk pintu. Secondly, saya dah usir benda tu. Hopefully dia tak punch in lagilah lepas ni!” kata Badrul.

Aku toleh kepada isteri aku. Isteri aku pandang aku dan mengangkat kedua-dua bahu. Jika ikut pengalaman hidup sebumbung dan tidur sebantal dengan wanita cantik ni, itu adalah tanda isyarat yang bermaksud— “Jangan tanya I! Youlah buat keputusan.”

“Dah selesai? Alhamdulliah! Tak sangka sekejap sahaja dah boleh selesai.” kata aku lalu keluar dari bilik.

Setelah itu Badrul terus meminta diri, aku iring dia turun ke bawah, keluar dari rumah. Di hadapan pintu rumah, Badrul ada baca sepotong ayat. Tak pasti dari surah apa. Aku bertanya tentang upah untuk khidmat dia, tapi di berkeras menolak apa-apa bayaran.

“Encik Badrul, Terima kasih sebab sudi usir benda tu dari rumah kami. Ada apa-apa pantang larang tak?” kata aku pada perawat yang pakai baju bundle dan seluar khakis tu.

“Eh tak ada pantang larang. Cuma pastikan jaga kebersihan, jaga solat, dan ibadah lain. Itu sahaja. OKlah, saya minta diri dulu!” katanya dah terus beredar.

Aku pun masuk balik dalam rumah. Masuk sahaja, isteri aku tanya— “Itu je? Betul ke kawan awak dah halau benda tu? Macam tu je dia halau? Tak percaya saya.”

“Entah eh? Tapi tadi I nampak macam dia boleh nampak benda tu naik tangga, lepas tu masuk dalam bilik. Macam lebih kurang yang jadi pada kita malam tu, kan?” balas aku.

Isteri aku angguk.

“Tak apalah. Kita lihat dulu macam mana.” tokok aku.

Tak sangka. Semenjak hari tu, tenang rumah kita orang. Rasa seram tu masih ada, tapi tak ada nampak apa-apa yang anehlah. Namun begitu, baru sahaja kehidupan nak kembali seperti sedia kala. Gangguan itu datang balik.

Kali ni jadi lebih menakutkan kami berdua. Tengah malam, sekitar jam 1 pagi mesti ada bunyi orang ketuk-ketuk pintu. Kadang-kadang lempar batu di tingkap. Nak jengah keluar tingkap memang tak berani, apatah lagi nak buka pintu.

Satu malam, terdengar suara perempuan menangis merayu-rayu di tingkap-tingkap dan pintu rumah. Rapat macam mana pun tutup pintu dan tingkap, gema suara itu akan masuk ikut celahan daun dan bingkai pintu serta tingkap. Getarannya dari suara itu sampai terasa di tulang, menggerit-gerit, membuatkan seluruh badan terasa ngilu, dan kulit berasa kesemutan.

Memang meremang bulu roma!

Bersambung!

ikuti sambungannya di sini : episod 6

SHARE
Previous articlePIANO
Next articleANGKUH

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here