REPLY

0
3261

KARYA: Hazril Najmi
TAJUK: REPLY

========================

“Pernah dakhang reply chat markahang tu selalu ontime?. Dia chat ja sat tu jugak hang reply. Tapi bila dia, 10-20 minit lagu tu baru dia reply. Pernah?” Munir, sahabat aku sejak sekolah lagi, bertanya pada aku yang sedang memegang telefon bimbit. Kebetulan aku pun tengah menunggu marka aku reply chat aku.

“Eh pernah. Selalu jugaklah. Awat?”

“Maknanya dia tengah chat dengan laki lain. Dia langsung tak hadap nak wasap hang!” Lancang mulut Munir menyembur. Tersentak sebentar aku bila dia berkata sebegitu rupa. Kalau bukan sebab fikir kawan, dah lama gigi tengah dia ni aku lututkan.

“Eh hangbiaq betul?” Aku cuba meredakan ketegangan hati ini. Sinis Munir tersenyum sambil menghembuskan rokok seludupnya.

“Aku pernah kena bro. Tunggu dia reply bukan main lama. Rupa-rupanya tengah chat dengan laki lain kat wechat. Patutlah lambat reply.”

“Abis, kau buat apa je?” Aku mula rasa risau. Kebetulan, marka aku pun balas mesej lambat juga macam selalu.

“Dia ingat aku bodoh sangat ke apa?Masa dia chat aku diam jelah. Bagi dia sedaq diri sikit. Dan hang boleh buat cara ni.”

“Hmm err err..”

***

*Ting*
Bunyi deringan pendek pada telefon bimbit itu menandakan ada notifikasi masuk. Segera aku berlari mendapatkannya dengan segera. Aku tersenyum habis sampai ke telinga. Melihat satu mesej dari marka aku pun dah boleh buat hati berbunga-bunga.

Aku pantas membuka mesej dari si dia itu.
___
Dia (Online) : Hai sayang, buat apa tu? (21:30pm)
Aku (Online) : Hai too.. (21:30pm)
Aku (Online) : Tak ada buat apa2 pun. (21:30pm)
Aku (Online) : Tunggu awak mesej saya jelah huhu.. (21:31pm)
Aku (Online) : Awak dah makan? (21:31pm)
___
Aku tersenyum gembira. Mesej dengan teman istemewa ini membuatkan akutak tentu arah. Seakan ada suatu renjatan elektrik merenjat organ dalaman yang membuatkan jantung aku tak berhenti berdegup. Rasa nak melonjak kuat bagi melegakan hati ini. Tak sabar untuk menunggu si dia membalas mesej.

30 minit berlalu..

Aku masih setia memegang telefon mengharapkan balasannya. Aku nampak status dia online. Tapi kenapa masih tak membalas mesej aku? Jaringan tak ada? Mana mungkin! Mesej yang aku hantar pada dia sudah keluar simbol dua tanda berwarna biru. Ini bererti dia sudah dapat dan sudah membaca mesej aku sejak dari tadi. Tapi.. kenapa dia tak balas?

*Ting*
___
Dia (Online) : Oh haha yeke? (22:03pm)
Dia (Online) : Dah makan tadi.. awak? (22:03)
___
Aku tersenyum lagi. Mungkin tadi dia ada mesej lagi penting untuk balas, sebab itu lambat. Cukup baik aku berhusnuzon.
___
Aku (Online) : Dah tadi baru lepas makan. (22:03)
Aku (Online) : Sayang busy ke tadi? (22:03)
Aku (Online) : Lambat reply nya.. (22:04)
Aku (Online) : Sayang buat apa tu? (22:04)
___
Aku menutup sebentar telefon bimbit. Pergi ke dapur membuat air. Otak masih memikirkan perkara baik mengenai marka aku tadi. Mungkin betul ada hal lagi penting tadi dan sekarang mesti dia akan luangkan masa untuk aku pula.

40 minit berlalu..

*Ting*
___
Dia (Online) : Tak ada buat apa-apa. Baring je. (22:50pm)
Aku (Online) : Oo, ingat busy tadi. (22:53pm)
Aku (Online) : Tu sebab saya takut nak kacau. (22:53pm)
Aku (Online) : Tak study? (22:53pm)
Aku (Online) : Main fon je eh? Nampak online je. Haha.. (22:54pm)
___

40 minit berlalu..
___
Aku (Online) : Sayang..? (23:38pm)
Aku (Online) : Oo sayang.. (23:38pm)
Aku (Online) : Dah tidur ek? (23:39pm)
Aku (Online) : Night sayang.. (23:39pm)
Aku (Online) : Sweetdream.. (23:39pm)
Aku (Online) : Love you bye (23:39pm)
___
Aku mendengus hampa. Hanya merenung kosong memandang skrin telefon. Perkara-perkara positif yang aku cuba berhusnuzon tadi segera lenyap. Digantikan dengan prasangkaburuk mengenai si dia. Mungkin dia mesej lelaki lain? Atau dia buat panggilan video dengan lelaki lain? Atau…

*Ting*
___
Dia (Online) : Oh sorry baru nak masuk tido. Bye too.. (00:02am)
___
Dan persepsi aku padanya makin parah ke arah negatif. Lalu segera aku menekup bantal ke kepala. Cuba untuk menidurkan diri dari terus memakan hati.Sobs…

***

“Aku syak marka aku ada laki lain lah.” Aku memandang Munir serius. Dia terhenti mengunyah. Sudu dan garpu diletakkan dipinggan. Matanya disepetkan memandang aku dengan tanda tanya.

“Awatnya?”

“Problem aku dah jadi macam problem hang dah. Dia balas chat aku lambat. Kadang-kadang time aku nak tidur baru dia nak reply..”

“Hmm hang pasti ka?”

“Aku pasti. Sebabdia sentiasa online ja. Tapi tetap reply lambat. Aku memang syak dia ada laki lain la.” Aku luahkan perasaan sedih padanya. Munir ini lah sahabat aku susah senang. Waktu aku gembira dia ada, waktu sedih pun dia muncul.

“Aku rasa kes hang ni dah jadi macam aku haritu. Dia langsung tak hadap nak chat hangsebenaq-nya. Dia cuma tak mauhang syak bukan-bukan bila hang nampak dia online tapi tak chathang. Sebab tu dia reply jugak chat hang walaupun lambat.”

“Hmm tulah. So hang rasa aku kena buat apa?”

“Buat macam aku habaqhang haritu. Diam ja bila dia wasap hang. Tunggu sampai dia betul-betul nak sembang dengan hang.”

“Jadi ka?”

“Menjadi. Aku dah kena. Dan aku dah buat. Dia akan mintak maaf dengan hang semula. Percayalah!” Bersungguh Munir yakinkan aku dengan idea-nya itu. Aku masih was-was nak cuba sebab aku masih sayangkan marka aku tu.

“Hm aku try.”

***

Aku percaya yang marka aku bukan apa yang Munir cakap tu. Dia setia sama aku. Tak mungkin dia akan curang dengan aku. Aku yakin!
Aku buka aplikasi yang biasanya aku chatting dengan dia. Nampak dia masih online. Aku cuba memulakan perbualan. Dan mengharapkan prasangka buruk dari Munir tadi salah sama sekali. Aku siap menaip ayat yang paling bagus. Menggeletar jari aku mahu menekan butang hantar. Takut apa yang Munir cakap itu benar-benar terjadi.

Ahh apa pun nak jadi, jadilah! Hantar.

1 jam berlalu..

Masih tiada balasan. Si dia tetap online. Aku segera matikan telefon bimbit. Mungkin betul apa yang Munir cakap. Sobs.

***

“Sedap betui daging bakaq hang ni. Seleqha aku nak tambah lagi. Bak mai sikit lagi boleh?”

“Haha sedap ek? Boleh. Makan ja. Banyak lagi dalam peti ais tu.” Aku terhibur melihat Munir meratah daging bakar itu. Gelojoh ya amat. Macam tak pernah pulak dia makan sebelum ini.

“So? How?”

“Awat?” Aku menjungkit kening. Tak faham soalan apa yang ditanya Munir.

“Pasaihang dengan markahang lah bodoh. Ada kemajuan dak? Ka still sama ja?” Munir mengetuk kepala aku. Mungkin geram dengan kelembapan otak aku ini. Aku tersengih.

“Hm still sama jugak. Tetap reply lambat.”

“Walaupun hang dah buat apa aku habaqritu? Diam sampai dia terhegeh dekat hang balik. Hang dah buat?”

“Dah. Aku siap teruih jumpa dia depan-depan lagi kat rumah sewa dia tu.”

“Fuhh terbaik. Hanghabaq apa ja kat dia?” Munir teruja memandang aku. Mungkin dia tak sabar nak dengar adegan aku dengan marka aku selanjutnya.

“Aku ugut dia. Kalau dia reply lambat lagi, aku potong tangan dia.”

“Perghhh! Dasyat gila hang. Haha! Dia takut dak?” Makin teruja si Munir ni. Aku ketawa.

“Takutlagu mana… Tetap reply lambat adalah. Tapi dia ingat aku main-main ka apa dengan ugutan aku tu? Memang silaplah.”

“Haa? Jangan habaq yang hang..”

“Betul lah tu. Ni hah tangan dia.” Aku mencampakkan sebelah tangan ke atas meja. Munir terkejut besar. Sampaikan terundur kerusinya kebelakang.

“Sial! Ha.. hangbiaqbetui wei.. ta.. tangan betuika ni..?” Munir cuba menyentuh tangan itu dengan hujung jari. Cuba memastikan itu benar atau palsu.

“Abis hang ingat apa? Aku beli? Aku buat teruihlah apa aku habaq. Ni lah makan dia.”

“Ja.. jadi..? Dia chathang lagi dak..?”

“Hm tulah masalah dia.Lepas potong tu, aku try chat dia depan mata dia. Mengeletar tangannya cuba menaip dengan sebelah tangan. Dia bagi alasan pulakada sebelah tangan ja. Susah nak taip. Aku bukan boleh terima alasan tu. Akudak habaq banyak, terus potong lagi sebelah.”Aku menggeleng kepala. Serasa alasan marka aku tu langsung tak masuk akal untuk diterima. Munir sudah mula menggeletar badannya.

“Fu.. ck..!”

“Aku try chatdepan mata dia lagi, tapi langsung dia takbalas jugak. Katanya dia dah tak ada tangan untuk menaip. Aku geramlah. Dia merayu suruh lepaskan dia. Aku buat-buat tak dengar. Terus aku potong satu-satu anggota badan dia. Dari kaki sampai kepala aku cincang kuat2. Sambil tetak aku teriak dekat dia laguni-lah balasan untuk dia yang selalu lambat reply chat aku. Habis cincang terus aku letak daging dia tu dalam beg plastik dan bawak balik rumah. Tak sangka daging dia ni sedap. Seleqha ja nampak hang makan. Sedap kan?”

“Gulp..!”

Munir menelan liur. Tercengang mendengar cerita aku. Badannya makin hebat menggeletar. Dia memandang daging di depannya. Sudah hampir habis daging yang dia makin tadi dipinggan. Munir mula merasa mual. Termuntah Munir dipinggannya sendiri. Habis keluar sisa makanan yang dia makan tadi.

Aku ketawa kuat. Bergerak ke arahnya. Belakang badannya aku usap perlahan.

“Munir.. munir.. hang sahabat baik aku munir. Jangan risau.. hang tak akan mati…”

Aku berhenti seketika. Mengambil pisau di atas meja lalu menghunus ke lehernya. Munir sudah tak tentu arah. Aku dapat rasa getaran hebat badannya. Juga ter-bau hamis. Mungkin Munir sudah terkencing. Aku berhenti ketawa lalu memandang tajam ke-arahnya.

“… melainkan hang bukan jenis manusia yang lambat reply chat orang, so hangtak akan mati. Mudah kan?”

“…”

-END-

SHARE
Previous articleSI ANEH
Next articleLIGAYA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here