Tangisan Rania

0
1320
Penulis: Siti Haslinda binti Yusof
Tajuk:Tangisan Rania

***

Rizal memandu kereta Honda Civic miliknya dengan laju.Cahaya lampu jalan yang Samar-Samar sedikit sebanyak membantu pemanduannya.Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam.Sunyi benar malam itu.Tiada satu pun kenderaan kelihatan.Mungkin disebabkan bukan musim perayaan. Dia pula nekad untuk pulang ke kampung apabila mendapat berita ibunya sakit melalui aplikasi WhatsApp abangnya petang tadi.

Hatinya berasa sangat risau meskipun tiada perkara yang serius.Rizal memang rapat dengan ibunya,apatah lagi setelah kehilangan ayahnya tahun lalu.

Matanya sudah terkedip-kedip menahan mengantuk yang kian terasa.Lagi sejam 30 minit untuk sampai ke rumahnya.Rizal menguatkan bunyi radio dengan harapan dapat menghilangkan rasa mengantuknya,tapi hampa apabila semua lagu yang didendangkan sangat membosankan dan siaran radio juga tidak jelas.

Kedudukan rumahnya yang agak dalam di kampung itu memang agak mengambil masa.Jalan pula sempit dan memerlukan tumpuan yang teliti takut terlanggar sesuatu.

************************************************

Zaki membersihkan dirinya.Dia tersenyum puas.Lumpur yang membaluti tubuhnya dibersihkan.

‘Padan muka kau!Sombong lagi dengan aku..’

Zaki ketawa sendiri.

‘Zaki…Zaki…buang tabiat ke mandi pagi-pagi buta ni.Biasa siang pun kau susah nak mandi..’

‘Ala..bising la Mak ni.Orang nak mandi pun salah ke…ish!’

Mak Besah menggelengkan kepalanya.Pening dengan perangai anak terunanya itu.Pagi keluar,tengah malam baru nak balik.Entah apa yang dibuat,dia pun tak pernah ambil tahu.Baginya,Zaki dah besar dan sudah pandai menilai baik buruk sesuatu.Lagipun dia tidak pernah mendengar aduan dari penduduk kampung yang Zaki buat perkara tidak elok.

************************************************

Rizal meneruskan pemanduannya sehinggalah tiba di simpang tiga kawasan perkuburan,Rizal mula terasa seram sejuk.Bulu romanya meremang.Dia cuba membaca ayat2 suci Al Quran walaupun tergagap-gagap menahan ketakutan.

Tiba-tiba…

Eeeeeekkkkkkkkkk!!!

Rizal menekan pedal brek secara mengejut.

Dia ternampak sesuatu melintasi keretanya tadi.Tidak seperti ‘benda tu’ dan dia yakin sesuatu yang dia fikirkan itu ialah manusia.

Rizal bergegas keluar dari kereta.Rasa takut tadi hilang begitu sahaja malahan perasaan risau pula menjalar di jiwanya.

Kelihatan seorang gadis berpakaian serba putih dan berselendang rebah di depan keretanya.Gadis itu memalingkan mukanya ke arah yang bertentangan,mungkin silau dengan cahaya lampu kereta.Dia menangis teresak-esak.

‘Cik..maafkan saya.Saya betul-betul tak nampak tadi..’

Rizal resah dan gelisah.Suara esakan gadis itu semakin kuat.Ingin sahaja dia tolong bangunkan gadis itu tetapi takut disalah anggap.Dia serba salah.

Esakan gadis itu semakin lama semakin kuat.

‘Kaki saya sakit..’

Allahuakbar..suara itu,seakan memukau Rizal.Halus,merdu,manjanya suara itu.

Tanpa berfikir panjang lagi,Rizal menghampiri gadis itu dan menolongnya untuk bangun.

Mata mereka bertentang,Rizal seolah-olah terpesona.

‘Bidadari malam..’

Spontan ayat tersebut keluar dari mulutnya.

Gadis itu tersipu malu.Dia menarik selendang yang sudah jatuh dan menutupi mulutnya sambil tersenyum manis.

Jiwa Rizal bergetar.Ya Allah senyuman dia.Iman lelaki mana tidak tergugat jika seorang gadis persis bidadari tiba-tiba muncul di waktu begini.Cantiknya dia sehingga mampu melekakan sesiapa sahaja.Bibirnya merah bak delima merekah,alis matanya lentik,kulitnya putih kemerah-merahan,wajahnya bujur sireh,baunya harum bak bunga mekar setaman,suaranya membuai sesiapa sahaja.Ahhh..dia sungguh sempurna.

‘Saudara,kenapa pandang Rania seperti hantu?Rania tahu Rania buruk,tak cantik..’

Rizal tersedar dari lamunannya.Terlalu asyik dia merenung sang bidadari di hadapannya itu.Dia menampar pipinya berkali-kali.

‘Eh..haaaa…hmmmm…apa nama tadi?Rania ya?Nak tanya boleh?’

Gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Rania itu mengangguk manja.Dia tersenyum manis..

‘Rania ni dari mana?Buat apa jalan-jalan malam-malam buta ni?’

Rania memalingkan mukanya ke sisi tepi lalu menangis tersedu-sedu.Tangisannya kali ini lebih mendayu.Sumpah!Belum pernah Rizal mendengar tangisan yang begitu menyayat hati seperti itu.Lama-kelamaan tangisan itu semakin merobek jiwa Rizal.Seakan-akan memaksa Rizal untuk turut menitiskan air mata.Tidak disangka persoalan Rizal tadi menyentuh perasaan gadis itu.

‘Rania..Rania!Okay2.Saya minta maaf..’

Bulu Roma Rizal sesekali meremang namun entah mengapa ada sesuatu yang menghalang dia untuk bersangka buruk mengenai Rania.Di mata hatinya,Rania terlalu cantik.Tidak pernah dia jumpa gadis secantik Rania.Ditambah pula dia sedang mencari calon isteri.Mungkin ini jodohnya.

‘Hmmm,Rania…dah lewat ni.Saya hantar Rania balik rumah nak?’

Tangisan Rania terhenti.Ada senyuman terukir di bibirnya.

‘Baiklah Abang Rizal..’

Mulut Rizal terlopong.Tergamam bila gadis itu memetik namanya.

‘Rania tengok nama abang dekat kereta tu hah.Tergantung pass kerja abang..’

Rizal yang tadinya terlopong memalingkan mukanya ke arah pass kerja yang elok tergantung dalam keretanya.

‘Ohh..Rania ni,pandai bergurau.Takut abang tadi’

Rizal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Malu pula dengan gadis di hadapannya itu.Jatuh air mukanya tadi.

Rania tersenyum.Mata mereka bertentangan lagi.Rizal cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain.Risau.Dia juga seorang lelaki.Nafsunya satu-satunya adalah untuk wanita.

‘Jom abang hantar Rania balik..’

Rania mengangguk tanda setuju.Mereka beriringan menuju ke kereta Honda Civic milik Rizal.

Haruman semerbak bak bunga setaman memenuhi setiap ruang udara kereta Rizal.Tak jemu-jemu Rizal menikmati haruman itu.

‘Wanginya Rania ni…haish.’

Rania tersenyum sambil matanya melirik ke arah Rizal.Rizal membalas senyuman itu dengan jiwa yang gelisah.Entah kenapa nafsunya seolah digoda oleh gadis itu.Tapi imannya masih tebal,sesekali dia teringat akan ibunya yang tidak sihat.Ya…dia mesti hantar Rania balik dan sampai ke rumah ibunya secepat mungkin.

‘Hmmm..rumah Rania dekat mana?’

Soalan Rizal memecah kesunyian di dalam keretanya itu.Rania tidak banyak bercakap.Dia banyak termenung.

‘Abang…abang tak rasa apa-apa ke bila tengok Rania?’

Rizal memandang Rania dengan penuh persoalan.

‘Maksud Rania?’

‘Abang tak rasa nak ambil kesempatan ke pada Rania?’

Rizal tercengang dengan soalan yang diutarakan oleh Rania.Tidak sangka gadis itu akan bertanya soalan yang seperti itu.

‘Rania tak percaya Kat abang ke?Abang ni lelaki,tipulah kalau abang cakap abang tak ada rasa macam tu.Tapi iman abang kuat lagi.Astagfirullahhalazim..’

Rizal meraup-raup mukanya.Ya,tadi kalau diikutkan bisikan syaitan,ingin sahaja dia melarikan gadis itu dan memuaskan nafsunya yang memuncak.

‘Rania,jangan fikir bukan-bukan ya..’

Rania mengangguk lesu.Wajahnya sedih.Tergambar seribu kedukaan.

‘Ha..mana rumah Rania?’

‘Abang jalan je.Nanti dah sampai Rania beritahu’

Rizal ikutkan sahaja.Perjalanan yang tadinya terasa dekat tiba-tiba dirasakan semakin jauh.

‘Hmmm..Rania.Kalau ikutkan kawasan ni dah dekat dengan kampung abang.Semua ni hutan je..Rania tinggal dekat mana?’

Rania hanya menyepi.Rizal serba salah.Hendak banyak bertanya takut menangis macam tadi.

‘Abang,berhenti di sini!’

Rizal menekan pedal brek secara mengejut.Dia kebingungan.Di situ setahunya tiada rumah orang,hanyalah hutan belantara yang tebal,Hutan Gasing namanya.

‘Rania…betul ke tinggal di sini?’

‘Ya abang.Rania tinggal di tepi sungai.Nanti abang lapang datanglah ziarah Rania ya.Abang…Rania harap abang boleh tolong Rania,tolong Rania ya Bang!’

Mata Rania berkaca.Rizal bingung.Tidak faham dengan maksud percakapan Rania tadi.

‘Rania,abang…’

Belum pun habis Rizal menghabiskan ayatnya itu,Rania sudah tiada di tempat duduknya dan hilang di dalam Hutan Gasing yang gelap seram itu.Rizal tercengang.Bulu romanya menegak.Badannya seram sejuk.Dia mula membaca ayatul kursi dan beberapa potong ayat al Quran lantas berlalu dari situ.Dia seolah-olah baru tersedar dari lena dan seperti dipukau.

‘Allahuakbar,allahuakbar,allahuakbar..’

Rizal berterusan berzikir dan cuba bertenang.Entah manusia atau hantu yang dia jumpa tadi,tapi dia dapat rasa sesuatu yang aneh.Gadis itu seolah-olah ingin memberitahunya sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.Badannya menggigil,dia seperti hilang arah dan khayal.Seakan-akan ada sesuatu memandu keretanya dan bukan dirinya…

************************************************

‘Acu..Acu..’

Rizal terjaga dari lena.Kedengaran suara sayup-sayup memanggil namanya dan dia pasti suara itu ialah suara abangnya.

‘Aku dekat mana ni?Aku dekat mana ni?’

Rizal seolah-olah baru tersedar dari mimpi.Kepalanya bingung dan dia meracau-meracau.

‘Mengucap Acu,mengucap.Kau dekat kampung ni hah,rumah mak Kau..’

Razif,abang sulungnya cuba menenangkannya.

Rizal menggosok-gosok matanya.Dia memandang sekeliling,ramai orang mengerumuninya.

‘Hmmm…along,kenapa ramai sangat ni?’

‘Nanti lah along cerita.Kau rehat lah dulu..’

Rizal masih bingung.Kepalanya seperti dihempap batu yang besar,berat dan sakit.

Dari pintu bilik kelihatan ibunya datang sambil tersenyum.

‘Mak!!!Acu rindu mak.Mak dah sihat?’

Mak Munah mengusap kepala anak bongsunya itu.

‘Mak sihat,Alhamdulillah.Kenapalah Acu degil juga memandu malam-malam buta.Kan along dah cakap Mak okay..’

‘Entahlah Mak.Macam ada sesuatu yang nak Acu balik juga semalam..Lagipun Acu rindu Mak..’

Rizal memeluk ibunya.Rasa rindunya terubat.Ya,dia anak manja ibunya.

‘Mak..tadi kenapa ramai orang?’

Rizal masih bingung dengan situasi tadi.Ramai orang dan Ada yang tidak dia kenali.

‘Nantilah..sekarang Acu kena rehat dulu..’

‘Hmmm..Mak,macam mana Acu boleh sampai rumah ya?Acu macam ingat-ingat lupa..’

Mak Munah memeluk anak bongsunya itu.Air matanya menitis.Sebak pula terasa di dalam dadanya.

‘Acu..rehatlah dulu.Nanti along cerita..’

Mak Munah menyeka air matanya yang gugur lalu mencapai nasi dan sup ayam yang dibawa bersama tadi.

‘Sekarang,Acu makan ya.Mak suap..’

Rizal hanya mengangguk sambil memerhatikan ibunya.Semua orang berperangai pelik,dan masih banyak persoalannya yang belum terjawab.

************************************************

‘Abang….tolong Rania ya.Tolong Rania tau bang.Bawa ibu Ayah Rania sekali..’

Rizal tersedar lalu terduduk.Razif dan Mak Munah yang tidur bersamanya turut terjaga.

‘Kenapa Acu?’

Mak Munah memeluk Rizal sambil membaca ayatul kursi lalu dihembuskan pada anaknya.

Badan Rizal menggigil.Dia seolah-olah dirasuk.

‘Along,Mak..Rania!’

‘Along,Mak…Rania!’

‘Rania…Rania…’

Razif mengeluh.Dia megusap-usap kepala adik bongsunya itu sambil membaca sesuatu lalu dihembuskan ke ubun-ubun Rizal.

‘Acu,Rania tu sebenarnya gadis yang hilang semalam.Sejak dia hilang,memang orang kampung berusaha cari dia tapi tak jumpa..’

Rizal yang terkulai layu dalam dakapan ibunya mendengar cerita Razif dengan khusyuk sambil mengangguk-angguk.

‘Semalam masa Acu jumpa Rania,dia cakap dia tinggal di tepi sungai..dalam Hutan Gasing tu.Dia lari dari rumah ke long?’

Rizal bercerita dengan lemah.Cuba mengingati peritsiwa semalam.

Razif menggeleng-gelengkan kepalanya.

‘Tiada siapa tahu sebab dia hilang.Dia lari dari rumah ke,kena culik ke,ataupun lain-lain.Mak Ayah Dia pun tak pasti.Tapi budak ni cantik orangnya,rajin mengaji,anak solehah la.Along pun tak berapa kenal lagi keluarga ni sebab mereka baru pindah ke kampung ni.Mereka duduk di hujung kampung tu hah.Pak Mail jual rumah banglo dia tu kepada mereka,dah jual Pak Mail pindah Kuala Lumpur,duduk dengan anak bongsu dia..’

Rizal mendengar penerangan abangnya dengan teliti.Masih dia ingat peristiwa malam tadi.Ya,Rania memang cantik.Perwatakan dia juga lembut dan menyenangkan.

‘…Yang ramai-ramai datang tengok Acu petang tadi,ibu Ayah Rania pun ada.Masa Along jumpa Acu awal pagi tadi,Acu meracau-racau nama Rania dalam kereta.Tapi mujurlah Acu selamat sampai rumah ni.Ayah Rania tu kebetulannya Ustaz.Dia la yang ubat kan Acu..’

Rizal mengangguk faham.Sedikit sebanyak persoalan di benaknya terjawab.

‘Tadi Acu mimpi kan dia.Dia cakap Acu kena tolong dia.Bawa ibu Ayah dia sekali..Acu tak faham long..’

‘…Semalam masa jumpa dia pun,dia nampak sedih sangat.Tangisan dia mendayu-dayu .Bila Acu nak tanya lebih lanjut,Rania lari masuk Hutan Gasing.Tak tahu apa dia buat dalam Hutan tu.Acu curiga!’

Razif mendengar setiap cerita adiknya dengan teliti.

‘Mungkin sesuatu sudah terjadi pada Rania ni.Along rasa sesuatu yang buruk sudah terjadi.Sebab tu dia minta tolong Acu..’

‘Maksud Along?Rania dah meninggal dunia?Yang Acu jumpa hari tu???Hantu??’

Wajah Rizal tidak semena-mena menjadi pucat.Bila dikenang kembali peristiwa semalam,dia menggigil.

‘Acu,mungkin dia nak Acu tolong dia..Tak apalah,esok Along ajak orang-orang kampung redah Hutan Gasing.Acu rehat lah,jangan banyak berfikir.

Rizal mengangguk faham walaupun jiwanya tidak tenteram.Dia takut hendak melelapkan matanya.Badannya masih menggigil.

Mak Munah mencapai kitab suci Al Quran lalu dialunkan di telinga Rizal apabila melihatkan anaknya itu tidak keruan.

************************************************

Rizal berjalan menyusuri Hutan Gasing yang tebal itu.Hutan Gasing memang menakutkan,jarang sekali orang-orang kampungnya berani meredah hutan itu.

‘Rania…Rania!Rania dekat mana?Abang datang ni..’

‘Abang…’

Rizal terkejut apabila Rania tiba-tiba muncul dari tepi.Rania hanya tersenyum manja.

Aduh…senyumannya,selalu menggugat jiwa Rizal.

‘Kenapa Rania panggil abang?’

‘Abang,Jom ikut Rania.Rania nak tunjuk rumah Rania?’

‘Maksud Rania rumah dekat tepi sungai tu ke?’

‘Ya abang…ikut Rania ya.’

Rizal hanya mengangguk sambil membuntuti Rania yang berjalan mendahuluinya.

‘Rania…kenapa tinggal dalam hutan tebal ni,tak takut ke?’

Rania menoleh ke arah Rizal sambil tersenyum .

Rizal mula berasa tidak selesa.Dengan pokok-pokok yang menjalar,kadang-kadang dia hampir tersadung jatuh ke tanah.Nyamuk pun banyak dan hutan itu sangat seram.Anehnya,perjalanan Rania sangat lancar.Mungkin sebab dia dah biasa.Getus hati kecil Rizal.

Mereka berjalan sehingga tiba di sebatang sungai.Airnya jernih dan pemandangannya cantik.Tidak pernah Rizal tahu ada sebatang sungai yang bersih dan cantik di dalam Hutan Gasing itu.

‘Rania tinggal sini ke?Mana rumah Rania?’

Rania mengangguk sambil tangannya menunjukkan ke arah sebuah batu besar.

‘Rania tinggal di sebalik batu besar tu bang..’

Suaranya tiba-tiba berbunyi sayu.Air matanya mengalir laju.

‘Hmmmm…abang tak faham..’

‘Abang…tolong Rania!!’

Rizal membuka matanya.Badannya menggigil.Azan Subuh jelas kedengaran.

‘Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar’

Dia mengulangi kalimah itu berkali-kali.

‘Acu…mengucap ye Cu.Istigfar banyak-banyak.Acu demam ni.Panas sangat badan ni.’

Mak Munah mengelap badan Rizal yang semakin membahang.

‘Kejap lagi Acu makan saràpan dan telan ubat ya..Acu rehat dulu,nanti Mak siapkan makanan..’

Rizal hanya mengangguk lesu.Dia tidak bermaya.Dia berasa sangat penat dan mengantuk.Matanya kian berat dan layu….

************************************************

‘Assalamualaikum…Mak Besah,Zaki..’

‘Waalaikumussalam…oh Along!Ada apa awal-awal pagi ni long?Tak kerja ke hari ni?’

‘Hari ni kan Sabtu..tak kerja’

‘Eh,Mak Besah lupa..’

Mak Besah tersenyum malu sambil menampakkan giginya yang rongak.

Razif dan Mak Besah ketawa bersama.

‘Macam ni Mak Besah,Along datang ni nak cari Zaki,nak minta tolong dia..’

‘Oh..dia ada tu.Tidur lagi agaknya.Yelah,tiap-tiap malam balik lewat.Nak bangun Subuh pun liat.Kena membebel satu tong dulu baru terhegeh-hegeh nak bangun.Itu pun tarik muka masam mencuka..’

Bebelan Mak Besah mencuit hati Razif.

‘Budak muda Mak Besah…jangan dia buat benda tak elok dah la kan?’

Mak Besah mengangguk setuju.

‘Eh Along.Awal datang,ada apa long?’

Perbualan Razif dan Mak Besah terhenti apabila Zaki tiba-tiba munculkan diri di pintu.

‘Hah,dah bangun pun.Ni haaa…Along cari kau.Korang borak lah,Mak Besah buatkan air ya..’

Razif hanya mengangguk sambil memerhatikan Mak Besah masuk ke dalam rumah.

‘Ada apa long?’

Zaki memulakan bicara.Pelik dengan kehadiran ketua pemuda di kampungnya itu pada awal pagi.Razif memang dihormati semua orang kerana sikapnya yang matang,adil dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang.Sebab itu juga semua orang mesra memanggilnya dengan panggilan Along.

‘Along datang ni nak minta tolong dengan kau.Sekejap lagi kami nak buat operasi mencari Rania dalam Hutan Gasing.Sebab kau je yang kami tahu hebat dengan selok belok Hutan Gasing tu,kami nak minta kau guide kami lah..’

Zaki yang mendengar permintaan Razif itu,terkejut.Mukanya pucat dan perasaan takut menjalar di jiwanya.

‘Sekejap!Kenapa kita nak kena cari dia dalam Hutan Gasing tu Long?Tak mungkinlah dia ke sana..’

Zaki cuba mengemukakan pandangannya.

‘Kita cuba dulu Zaki.Mana tahu Rania ada kat situ..’

Zaki serba salah.Hendak ditolak,itu merupakan permintaan Razif.Selama ni Razif sudah banyak menolong keluarganya.

‘Baiklah Long.Nanti aku datang..’

************************************************

‘Abang,tolong Rania!!’

‘Allah!!!!!!’

Rizal terjaga sambil matanya membulat.Badannya berpeluh-peluh.Mak Munah bergegas mendapatkan Rizal yang kelihatan tercungap-cungap.

‘Acu…mengucap nak.’

Mak Munah memeluk anaknya sambil menitiskan air mata.

‘Mak…Along mana?’

‘Along ada kat luar tu.Tengah kumpulkan orang-orang kampung nak cari Rania..’

‘Acu nak ikut…’

‘Tapi,Acu kan demam,tak sihat lagi ni.’

‘Acu kena pergi Mak.Acu tahu dekat mana Rania.Rania tunjuk dekat Acu dalam mimpi tadi..’

Mak Munah hanya membisu.Tidak mampu menolak permintaan anak bongsunya itu.

‘Mak,Jangan risau ya.Acu nak tolong Rania.Acu tahu Rania perlukan Acu..’

Tamat

SHARE
Previous articleTEROWONG
Next articleBuaiku Laju

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here