Tudung

0
1954

Tudung
Karya: @SenyumanPerantau SP

—-

Bila aku baca kisah tular tak nak berhijab dah, aku teringat sebuah kisah seram masa aku zaman matriks.

Kawan baik aku ni nama Shima.

Baik orang dia. Cantik, putih dan kacukan juga lah. Ramai la nak tackle dia ni termasuk la…
Eh, bukan aku.

Aku budak nerd masa tu. Walaupun berkenan Ya Rabbi kat budak ni, aku sedar aku hanya sekadar teman baik untuk study sekali.

Ya lah, aku ni jenis pemalu. Teman-teman camtu je la masa study. Shima ni baik dan sopan-santun walaupun tak bertudung.

Solat semua dia jaga. Tak pernah sentuh-sentuh lelaki atau bertepuk-tampar la masa bergurau. Bila azan je, dia pasti akan menuju ke surau untuk solat. Pendek kata, boleh cair la mata kau kalau cari calon isteri.

Memang berkenan la kat mata aku. Pendek kata, dia ni tak bertudung sebab adik beradik dia memang majoritinya tak bertudung kecuali kakak sulung dia.

Rambut dia separas pinggang, hitam, ikal mayang.

Aku pun study la dengan si Shima ni sepanjang sem 1. Bukan berdua ye. Ada lagi 3, Zack, Sean dan Fatin.

—-

Masuk je Sem 2…

Aku terserempak dengan seorang perempuan semasa melepasi pagar matriks. Ayu, putih dan redup matanya.

“Hai, awak…”

Aku terkedu. Ternganga.

“Weh, Jie! Kau ternganga apesal!”

“Cantiknya kau…”

“Mengada la kau, hahaha..”

Baru aku sedar, itu Shima, tapi dengan versi berbeza…

Bertudung litup tapi berbekalkan muka kacukan separa melayu dan mat salleh.

Fuhhh…

“Bila kau dapat hidayah bertudung ni! Dakwah sapa berkesan ni. Aku ke?” usik aku walaupun sedikit hambar.

“Hambar la kau. Hahaha. Jom kantin, nanti aku cerita.”

—-

Dari mulut Shima…

Aku belum balik masa tu. Tiket bas aku ada problem. Patutnya balik pukul 9 malam, tapi bas ada masalah, bertolak pukul 9 pagi esoknya.

So, malam tu, aku terpaksa balik matriks balik.

Aku pun ambil prebet sapu dan balik bilik.

Tiara, Jacklyn dan Zainab dah takda. Semua dah balik. Maka, tinggallah aku keseorangan.

Sampai je aku kat bilik, perut aku lapar gila.

Burger aku beli kat stesyen bas tertinggal atas kerusi pondok guard.

Aku pun malas dah nak kuar balik. Aku pun ambil keputusan untuk masak maggi kari Zainab.

Aku pun pergi tandas, ambil air nak didihkan.

Masa aku tengah tadah air dalam cerek tu, aku lihat pantulan cermin tandas tu lain macam.

Semuanya sama dengan muka aku.

Cuma, rambutnya sedikit lebih panjang.

Rambut aku separas pinggang, tapi ‘si dia’ pantulan aku, rambutnya sedikit mengerbang dan panjang dia seakan beralun dan separas punggung.

Aku dah pelik.

Sinki bilik air tu, pinggang aku tak nampak penuh.

Tapi, pantulan dalam cermin, atau ‘Shima Cermin’ , akan kelihatan sehingga paras punggung.

Aku dah mula goyah masa ni.

Aku buat-buat tak peduli.

Aku sengaja tadah air dalam cerek tu biarkan sedikit melimpah, agar aku dapat kesan perbezaan dalam cermin.

Ok!

Aku kaget. Air di dunia sebenar melimpah, mencurah-curah setelah penuh. Tetapi, air si ‘Shima Cermin’? Masih tak penuh-penuh. Air dia sedikit lebih laju dan aku dah perasan satu benda.

Cerek aku warna putih.

Cerek ‘Shima Cermin’?

Warna keemasan.

Peluh panik dah mula berkumpul memenuhi dahi lapang aku.

Aku cepat-cepat capai pili, cepat-cepat tutup.

Tapi, ‘Shima Cermin’, kali ini tak mengikuti gerak dunia sebenar. Dia terus kuatkan air sambil menghadiahkan aku senyuman sinis.

Aku cabut lari, masuk dalam bilik.

Sejak hari tu, aku bertudung… Aku trauma. Aku akan bertudung walaupun aku ke tandas.

—-

“Sebab tu kau pakai tudung,” soal aku.

“Ya Jie, sebab tu. Mungkin tu asbab aku berhijab sekarang.”

“Aku macam tak percaya sebab ni kau bertudung. Ingat sebab aku,” usik aku cuba melemparkan umpan.

“Hahaha. Kau tegur aku berapa lama dah, aku tak dengarkan. Sebab hantu baru aku berubah! Nampak sangat hantu lagi baik daripada kau!”

Kami berdua ketawa. Jelas dari riak wajah Shima, dia jujur.

Kesimpulannya, matriks aku tak kurang juga kisah seram. Tapi masa tu, takda la aku fanatik sangat kisah seram ni, sebab belajar di matriks ni susah.

Kalau senang, sempat aku mengorat si Shima ni. Hahaha. Ups, tu gurau.

Shima?

Shima ni konsisten bertudung sampai sekarang.

Dengar cerita, dia pun bakal bertunang bulan 8 ni. Tu pun aku dengar cerita dari kawan aku lepas aku keluar matriks dan memasuki sebuah institusi pengajian awam.

Owh lupa pula. Matriks aku terletak di utara tanah air. Tak tahu la cerita ni aku sorang je tahu, atau Shima dah cerita kat orang lain.

Pendek kata, bertudunglah bagi yang beragama Islam. Yang belum bersedia berhijab lagi, perlahan-lahan perbaiki diri, hidayah Allah pasti akan tiba.

Amiin😊

Ps: Itu cerita tudung. Cerita lain bakal menyusul.

Follow Arkib Angker Negara dan SP untuk baca kisah seram seterusnya..😘

Gambar: Sumber carian Google

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here